Isnin, 23 Mac 2009

Aspek Kajian Sastera

Aspek kajian sastera meliputi:

1. Tema dan Persoalan

2. Watak dan Perwatakan

3. Latar

4. Plot

5. Gaya Bahasa

6. Pengajaran

7. Sudut Pandangan

Sudut Pandangan

1. Sudut pandangan ialah kedudukan penulis sebagai pencerita dalam usaha menyampaikan ceritanya.

2. Terdapat tiga sudut pandangan yang biasa digunakan oleh penulis, iaitu:

a. Sudut Pandangan Orang Pertama

i. Penulis terlibat dalam penceritaan.

ii. Penulis juga berperanan sebagai salah satu watak dalam cerita.

iii. Penulis mungkin memegang watak utama atau watak sampingan dalam cerita.

iv. Penulis biasanya menggunakan kata danti diri orang pertama seperti aku atau saya.

b. Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu

i. Penulis berada di luar lingkungan cerita.

ii. Penulis amat mengenali semua watak yang ada dalam ceritanya.

iii. Penulis dapat menceritakan secara terperinci tentang watak-watak dalam ceritanya, baik dari segi fizikal, perasaan atau pemikiran.

c. Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas

i. Penulis berada di luar lingkungan cerita.

ii. Pengetahuan penulis tentang watak-watak dalam ceritanya agak terbatas.

iii. Kebiasaannya watak-watak dalam cerita hanya diceritakan secara ringkas.

Pengajaran

1. Pengajaran juga dikenali sebagai amanat atau mesej.

2. Pengajaran bermaksud peringatan atau pedoman yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca.

3. Pengajaran boleh disampaikan melalui dua cara, iaitu:
a. Secara langsung atau tersurat
b. Secara tidak langsung atau tersirat.

Ahad, 22 Mac 2009

Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih

Isi dan Persoalan

Kebesaran dan kemuliaan golongan raja
Suasana aneh sewaktu kelahiran seorang putera raja

Bentuk

Syair ini terdiri daripada enam rangkap
Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris serangkap
Bilangan katanya tidak sama, iaitu sembilan hingga dua belas
suku kata sebaris
Rima akhirnya aaaa
Semua baris berisi maksud
Bentuknya tidak bebas

Gaya Bahasa dan Keindahan

Kata klasik, contohnya berketi, laksa, peri
Inversi, contohnya Di tempat padang berbunyi meriam
Asonansi, contohnya Hairan tercengang isi negeri
Aliterasi, contohnya Seorang laki-laki konon khabarnya
Kata Arab, contohnya nur
Kata ganda, contohnya bunyi-bunyian, gilang-gemilang

Nilai dan Pengajaran

Nilai

Sabar

Pengajaran

Jangan mermbuang masa
Hendaklah bersabar dan bersyukur

Syair

1. Syair ialah karangan berangkap yang setiap rangkap terdiri daripada 4 baris

2. Setiap baris merupakan maksud.

3. Setiap rangkap syair saling berkait dan keseluruhan rangkap syair mengungkapkan maksud secara kesatuan.

5. Rima akhirnya ialah aaaa.

6. Isi syair lazimnya berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat pengajaran, nilai keagamaan dan cerita yang berunsur sejarah dan dongeng.

Syair Pembunuhan Angreni

Isi dan Persoalan

1. Ratna Angreni hendak dibunuh.

2. Penipuan terhadap Ratna Angreni. Dikatakan untuk berjumpa dengan Raden Menteri, tetapi dibawa ke dalam belukar.

3. Simpati terhadap Ratna Angreni. Raden Perbangsa simpati tetapi terpaksa menjalankan titah Sang Nata.

Bentuk

1. Terdiri daripada 8 rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu empat.

3. Bilangan kata tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata sebaris.

4. Bilangan suku katanya tidak sama, iaitu sembilan hingga sebelas suku kata sebaris.

5. Rima akhirnya aaaa.

6. Semua baris berisi maksud.

7. Bentuknya tidak bebas.

Pantun Mengenang Nasib

Isi dan Persoalan

1. Kekecewaan yang sukar diubati

2. Kebahagian boleh berakhir bila-bila masa

3. Kesedihan dapat disembunyikan

4. Nasib yang baik atau tidak baik terpaksa dihadapi

Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada empat rangkap

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap sama, iaitu empat rangkap

3. Ada pembayang dan maksud

4. Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata setiap baris

5. Bilangan suku kata tidak sama, iaitu sembilan hingga sepuluh suku kata setiap baris

6. Rima akhir abab

7. Bentuknya terikat atau tidak bebas

Gaya Bahasa dan Keindahan

1. Pemilihan kata yang indah, contohnya karam di hati

2. Bahasa kiasan, contohnya Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari

3. Anafora, contohnya Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah

4. Asonansi, contohnya Karam di hati bilakah sudah

5. Aliterasi, contohnya Untung nasib permainan badan

Nota

Anafora – pengulangan kata
Asonansi – pengulangan vokal dalam baris yang sama
Aliterasi – pengulangan konsonan dalam baris yang sama

Pengajaran

1. Hendaklah menjaga hati

2. Hendaklah menerima takdir

3. Jangan menyembunyikan kesusahan

Pantun Kiasan

Isi dan persoalan

1. Barang yang buruk jangan dibuang

2. Dagang yang merendah diri

3. Cita-cita yang sukar dicapai

4. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti

5. Kekuatan menyelesaikan masalah

Bentuk

1. Pantun ini terdiri daripada lima rangkap

2. Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris serangkap

3. Ada pembayang dan maksud

4. Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata
sebaris

5. Bilangan suku katanya tidak sama, iaitu antara sembilan hingga sebelas
suku kata sebaris

6. Rima akhirnya abab

7. Bentuknya terikat dan tidak bebas

Gaya Bahasa dan Keindahan

1. Pemilihan kata yang indah, contohnya Kumbang mengidam nak
seri bunga

2. Bahasa kiasan, contohnya Bunga kembang di puncak gunung

3. Pengulangan kata, contohnya Tebang gelam, tebang kenanga

4. Simile, contohnya Macam melukut di tepi gantang

5. Asonansi, contohnya Saya dagang tidak terpakai

6. Aliterasi, contohnya Tikar pucuk, tikar mengkuang

Nilai

Merendah diri

Bercita-cita tinggi

Berani

Yakin diri

Pengajaran

Jangan membazir

Jangan terlalu merendah diri

Hendaklah gigih berusaha

Janganlah terlalu mengharap

Hendaklah yakin diri

Puisi

1. Puisi merupakan kerangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah.

2. Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.

3. Puisi terbahagi kepada:
a. Puisi tradisional (klasik) yang meliputi pantun, syair, gurindam dan seloka.
b. Puisi moden, iaitu sajak.

Isnin, 9 Mac 2009

Watak dan Perwatakan

1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.

2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.

3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata atau watak-watak berkenaan.

4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protogonis dan antogonis.

Latar

1. Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan tempat, masa, ruang, dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.

2. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat.

3. Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa dalam cerita, misalnya bandar, kampung, lapangan terbang atau hutan.

4. Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu cerita, misalnya waktu pagi, waktu siang dan sebagainya.

5. Latar masyarakat pula merupakan keadaan masyarakat di tempat berlakunya cerita berkenaan yang antara lain merangkum agama,kepercayaan dan pekerjaan. Contoh latar masyarakat ialah masyarakat pada zaman pemerintahan Jepun, masyarakat orang asli dan sebagainya.

Plot

1. Plot ialah susunan cerita atau peristiwa dalam sesuatu cereka.

2. Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak.

3. Dalam plot terdapat binaan plot dan teknik plot.

Binaan Plot

1. Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.

2. Pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan konflik yang wujud, sama ada dalam diri watak, antara watak-watak dan watak dengan persekitarannya.

3. Dalambahagian pertengahan, konflik cerita semakin rumit sehingga mencapai puncak cerita atau klimaks.

4. Pada peringkat klimaks, penyelesaian konflik akan berlaku dan bahagian cerita kan menuju kepada pengakhiran atau peleraian.

Teknik Plot

1. Teknik plot ialah cara penulis mengembangkan plot ceritanya agar menarik perhatian pembaca.

2. Teknik plot yang digunakan termasuklah:

a. Imbas kembali

i. Imbas kembali ialah mengenang kembali peristiwa yang pernah dialami oleh watak.

ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog oleh watak.

iii. Penulis juga boleh mengimbas kembali peristiwa melalui pemerian yang dilakukannya.

b. Imbas muka

i. Melalui imbas muka, pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada tindakan dan aksi watak dalam cerita itu.

ii. Imbas muka dapat memberi gambaran kepada pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

c. Saspens

i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

d. Konflik

i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman dan luaran.

iii. Konflik dalaman merupakan konflik dalam diri watak.

iv. Konflik luaran merupakan konflik antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan persekitarannya.

v. Konflik dapat digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.

e. Kejutan

i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan cerita yang berlaku secara mengejut tanpa diduga oleh pembaca.

ii. Biasanya, kesan kejutan tidak sama dengan peristiwa yang dibayangkan oleh pembaca

f. Dialog

i. Dialog ialah pertuturan atau percakapan antara dua atau lebih watak.

ii. Melalui dialog antara watak-watak ini, biasanya akan tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema dan persolan dalam cereka tersebut.

g. Monolog

i. Monolog merupakan pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau meluahkan perasannya.

ii. Penyataan perasan dan fikiran ini mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan dan sebagainya.

h. Monolog Dalaman

i. Monolog dalaman merupakan kata hati atau pengucapan batin oleh watak.

ii. Teknik ini digunakan penulis untuk menyatakan isi hati watak, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dapat dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.

Gaya Bahasa

1. Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.

2. Berikut diberikan bebrapa istilah-istilah gaya bahasa yang perlu difahami oleh pelajar:

a. Diksi

i. Bermaksud pemilihan kata

ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka

b. Ayat

i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya

ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya

c. Personafikasi

i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda-benda lain

ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan

iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambai-lambai dan rumput menari-nari ditiup angin

d. Simile

i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara.

ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing

e. Metafora

i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis

ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

f. Hiperbola

i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar

ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

g. Sinkope

i. Bermaksud penyingkatan kata

ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

h. Rima

i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi

ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir

iii. Perhatikan rima pantun berikut:

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah di saun kayu.

i. Asonansi

i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

j. Aliterasi

i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

k. Perlambangan

i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam,

ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senja melambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda

Tema dan Persoalan

Tema dan Persoalan

1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit)

2. Persoalan bermaksud perkara-perkara atau isi yang lebih kecil yang berhubungan dengan tema sesuatu karya.

Pantun

1. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris dalam setiap rangkap atau baitnya sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan atau dua belas baris.

2. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenal sebagai pantun empat kerat dan begitulah seterusnya.

3. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud dan maksud.

4. Dalam pantun empat kerat, pembayang meksud dimuatkan pada dua baris pertama dan maksud pula diungkap pada dua baris yang berikutnya, seperti:

Buah berangan masaknya merah, [a] Pembayang
Kelekati dalam perahu, [b] maksud
Luka di tangan nampak berdarah, [a] Maksud atau
Luka di hati siapa tahu. [b] isi