Selasa, 7 April 2009

Cerpen Lambaian Malar Hijau

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.


Tema dan Persoalan


Ø Tema

* Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar.Daneng sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya.Dia tidak rela melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ø Persoalan

* Kesedaran tentang kepentingan pendidikan

§ Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang asli di negara ini.Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.

§ Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun enggan meneruskan persekolahannya.Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh dengan ketenangan,keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar.

§ Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus asa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu.

* Kekayaan flora dan fauna

§ Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini.Pengarang menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah,tenang dan mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan burung yang mempersonakan.

* Sikap tamak manusia

§ Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini.Kegiatan pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong oleh sikap tamak haloba.

* Kehidupan orang asli

§ Melalui cerpen ini,pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli.

§ Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan yang sederhana,tidak terburu-buru mengejar masa,tidak sibuk,aman dan tenang.Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian,mereka tidak mengambil kisak tentang kepentingan ilmu.

§ Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang.Ini dapat dilihat melalui watak Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika berada di hutan.



Gaya Bahasa

* Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup.

§ Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.

§ Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi

* Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat)

§ Manik-manik peluh

§ Rantai keresahan

§ .....diselubungi awan kerisauan

* Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan

§ Seperti seekor rerama yang terbang bebas

§ Bagai seorang pemburu gagah.

* Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.

§ Engkau bunga bangsa belantara ini

§ Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.

* Peribahasa

§ Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang .

* Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.

§ Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!

§ Milik kami bersama,milik kami bersama



Latar

* Latar Masa

§ Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga ke petang).

§ Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita.

* Latar Tempat

§ Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal Daneng

§ Pada akhir cerita,Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang.

* Latar Masyarakat

§ Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.

Dipetik daripada Konsas, Sastera dan Peribahasa (http://www.blogger.com)

Cerpen Kerana Manisnya Epal

Sinopsis

Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.

Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.

Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.

Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus jenis di ladang itu musnah.


Tema

Ø Perjuangan mempertahankan hak warisan

o Contohnya:-Buchanan berusaha mempertahankan ladang epalnya daripada dirampas oleh Jabatan Tanah British Columbia yang berhasrat untuk merampasnya.


Persoalan

Ø Keberanian mempertahankan hak

o Contohnya:-Buchanan mempertahankan ladang epalnya dengan berani.

Ø Kehidupan seorang tua

o Contohnya:- Kehidupan Buchanan selepas kematian isteri.Beliau tinggal seorang diri kerana anak-anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

Ø Hubungan anak angkat dengan bapa angkat

o Contohnya:- Buchanan mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mazlina dan Yvonne yang sangat memahaminya.

Ø Kebun epal yang disayanginya

o Contohnya:- Ladang warisan peninggalan nenek moyang Buchanan.


Latar

Latar Tempat

  • Di rumah Buchanan dan di Tsolum River Fruit Trees.

Latar Masa

  • Waktu siang dan malam,pada zaman pemerintahan gabenor British Columbia.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat luar negara.
  • Masyarakat pelbagai bangsa iaitu Inggeris,Melayu dan Russia .
  • Masyarakat peladang epal dan pelajar.
  • Masyarakat yang mementingkan hak warisan.
  • Masyarakat yang penyayang dan gigih berusaha.
  • Masyarakat yang berani mempertahankan hak.
  • Masyarakat pelajar yang cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Gaya Bahasa

  • Penggunaan kata klasik
    • Contohnya:-Nirmala (Bermaksud bersih lagi suci)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Ambon.
    • Contohnya:- lenso (Bermaksud sapu tangan)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Inggeris
    • Contohnya:-Fellow,jeans
  • Peribahasa
    • Contohnya:-Patah tongkat berjemang
  • Ayat pendek
    • Contohnya:-Pagi nirmala,terdekih-dekih
  • Personifikasi
    • Contohnya:-Epal di kebun juga bergembira.
  • Metafora
    • Contohnya:-Samudera hampa
  • Sinkof
    • Contohnya:-Dah,tawa,tak
  • Simile

o Contohnya:-Bagaikan kaca terhempas di batu,perbezaan mereka melangit.

  • Repitasi
    • Contohnya:-Buahnya besar,cukup besar.
Dipetik daripada Komsas, Sastera dan Peribahasa (http://www.blogger.com)

Cerpen Annyss Sophillea

Sinopsis


Annyss Sophillea telah berusaha mencari saudara kembarnya,Eyrique yang telah hilang. Dalam pencariannya Annyss telah singgah ke bumi dan telah berkawan dengan Akmal. Oleh kerana Annyss gagal menemiu Eyrique di bumi,dia kembali semula ke planetnya, Alstonia untuk meneruskan tugasnya untuk mencari Eyrique yang sebenarnya telah diculik oleh Strenn kerana Strenn mahu merampas takhta Mahajara Alstonia yang sepatutnya dimiliki oleh Eyrique selepas kemangkatan ayahanda dan bonda Eyrique. Pencarian Annyss berakhir selepas dia berjaya menemui Eyrique di tempat kegemaran dia dan Eyrique bermain semasa kecil dahulu tetapi malangnya mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn terlebih dahulu.Pertarungan berlaku di antara Eryque dan Strenn.Akmal yang tidak ingin melihat rakan barunya itu kecundang,menembak Strenn.Strenn meninggal dan Akmal pula berada dalam keadaan parah kerana di Alstonia siapa yang membunuh akan turut mati.Akan tetapi Akmal berjaya diselamatkan dengan bantuan gabungan kuasa Annyss dan Eyrique.


Binaan Plot


* Permulaan cerita

o Annyss Sophillea telah turun ke bumi untuk mencari saudara kembarnya Eyrique Etiqaz yang telah diculik sepupunya Strenn.

* Perkembangan cerita

o Pencarian Annyss di bumi tidak berjaya tetapi dia telah berkenalan dan bersahabat dengan Akmal.Annyss kemudiannya kembali semula ke Alstonia untuk meneruskan pencariannya.

* Perumitan cerita

o Annyss menghadapi pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Eyrique.Dia dan Akmal berusaha mengeluarkan Eyrique dari tempat dia disembunyikan tetapi tindakan mereka telah diketahui oleh Strenn dan konco-konconya yang telah bersedia menanti kedatangan mereka.

* Puncak cerita / Klimaks

o Akibat rasa tidak puas hati antara Strenn dan Eyrique,berlakunya pertempuran hebat di antara mereka.Eyrique hampir tewas tetapi Akmal telah mengadaikan nyawanya untuk menembak mati Strenn.Akmal hampir terbunuh.

* Peleraian

o Eyrique dan Annyss cuba untuk menyelamatkan Akmal menggunakan gabungan kuasa mereka.

Watak dan Perwatakan


* Watak utama

o Annyss Sophillea

§ Watak

· Berusia 22 tahun

· Berasal dari Alstonia

· Seorang yang lemah lembut

· Saudara kembar Eyrique Etiqaz

§ Perwatakan

· Gigih ~ Dapat dibuktikan melalui kesungguhannya mencari Eyrique untuk menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya yang mahukan Eyrique menjadi Maharaja.

· Penyayang ~ Dia begitu menyayangi Eyrique dan seorang yang lemah lembut.

· Tegas ~ Dia tidak mudah terpengaruh dengan pujukan Strenn.

o Eyrique Etiqaz

§ Watak

· Pewaris takhta kerajaan Alstonia

· Diculik oleh Strenn pada malam pertabalannya sebagai Maharaja Alstonia yang ke-74.

· Saudara kembar Annyss Sophillea

§ Perwatakan

· Sakti~Dia dapat memulihkan tenaganya dengan hanya memegang tanduk eustary(unicorn).Lebih kuat jika bersama Annyss Sophillea.

o Strenn

§ Watak

· Sepupu Annyss dan Eyrique

· Ingin merampas kerajaan Alstonia

· Ditembak mati oleh Akmal

§ Perwatakan

· Tamak Kuasa ~ Sanggup menculik sepupunya sendiri Eyrique agar dia dapat merampas takhta Alstonia.

o Akmal

§ Watak

· Sahabat Annyss di bumi.

§ Perwatakan

· Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi ~ Sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan musuh Annyss dan Eyrique iaitu Strenn

Dipetik daripada Komsas, Sastera dan Peribahasa (http://www.blogger.com)

Cerpen Menatap Wajahnya

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iait6u Cikgu Balkis yang sudah lama terpisah. Alasan Cikgu Balkis bahawa suamimya melarangnya meneruskan hubungan dengan Muliati menyebabkan hatinya bertambah dukacita. Muliati berfikir mesti ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian.

Muliati seorang gadis yang cacat apabila terjatuh ke dalam gaung semasa ekspedisi di hutan. Beliau juga seorang anak yatim piatu dan tinggal bersama nenek. Cikgu Balkis banyak membantunya semasa di alam persekolahan dahulu. Muliati menganggap gurunya itu sebagai ibu keduanya. Dia amat rindu kepada gurunya itu.

Muliati berjaya memperoleh ijazah di sebuah universiti. Sebaik sahaja majlis konvokasyen tamat, Riani membawa sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengatakan Cikgu Kesayangannya itu akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.

CERPEN - MENATAP WAJAHNYA oleh Siti Hajar Mohd. Zaki

Watak dan perwatakan (FU)

  • Muliati
    • Pelajar aktif tetapi kemudiannya cacat dalam kemalangan.
    • Ibu bapa telah meninggal dunia.
    • Tinggal dengan nenek.
    • Gigih dan cekal hadapi cabaran.
    • Berjaya belajar hingga ke universiti.
    • Mengharap kasih berterusan daripada Cikgu Balkis tetapi terputus di tengah jalan.
  • Cikgu Balkis
    • Simpati terhadap penderitaan Muliati.
    • Ikhlas membantu Muliati semasa di sekolah.
    • Tabah hadapi dugaan hidup walaupun sakit ganjil.
Nilai (FS)
  • Kasih sayang.
  • Belas kasihan.
  • Kegigihan.
  • Sabar.
  • Ikhlas.
Pengajaran (FS)
  • Perlu tabah hadapi cabaran dan dugaan hidup.
  • Perlu menolong orang yang amat memerlukan bantuan.
  • Hendaklah menerima takdir.
  • Janganlah terlalu cemburu terhadap seseorang.
Sudut pandangan (FS)
  • Sudut pandangan orang pertama.

FU = Fokus Utama FS = Fokus Sampingan


Dipetik daripada www.bmspm.net



Sinopsis


Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iaitu Cikgu Balkis setelah lama berpisah. Cikgu Balkis enggan dan memberikan alasan bahawa suaminya melarang mereka meneruskan perhubungan. Muliati bertambah dukacita. Muliati menganggap ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian. Sewaktu zaman persekolahannya dahulu, Muliati yang cacat dan yatim piatu sering dibantu dan diberikan perhatian oleh Cikgu Balkis. Ketika Muliati memperoleh ijazah di sebuah universiti, dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah sekali gus mengatakan bahawa beliau akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.


Tema


Pengorbanan ikhlas seorang guru terhadap pelajarnya – Cikgu Balkis membantu Muliati sehingga berjaya memperoleh ijazah.


Persoalan


- Kegigihan mencapai cita-cita untuk berjaya

- Sikap tidak mahu berterus terang kadang kala disalah anggap oleh orang lain

- Kecacatan tidak menghalang seseorang untuk mengecapi kejayaan


Watak dan Perwatakan


Muliati

- Anak yatim piatu

- Tinggal bersama nenek

- Seorang yang cacat

- Mengenang budi guru

- Penyayang

Cikgu Balkis

- Guru Muliati/ibu angkat Muliati

- Menghidap penyakit ganjil

- Penyayang/prihatin

- Suka menasihati

- Bersimpati


Latar


Latar Tempat

- Rumah nenek Mualiti

- Kampus universiti

- Sebuah sekolah menengah

Latar Masa

- 4 tahun bermula sejak Muliati masuk ke universiti hingga berjaya menggenggam ijazah

- Majlis Konvokesyen Muliati

Latar Masyarakat

- Masyarakat yang mementingkan pendidikan tinggi

- Masyarakat yang prihatin dan penyayang

- Masyarakat kampus/pelajar universiti


Nilai


- Kasih sayang – nenek Muliati amat sayang akan cucunya, Muliati dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya

- Kegigihan – Muliati yang cacat tetap gigih berusaha untuk berjaya

- Kesabaran – Muliati sabar serta tabah menerima takdir Tuhan dan tidak menurut perasaan sedihnya

- Belas kasihan – Riani, rakan Muliati sangat kasihan melihat keadaan Muliati dan sanggup memberikan pertolongan ketika menghadapi kesukaran di universiti.



Pengajaran


- Walaupun menghadapi banyak kekurangan tetapi kita mestilah gigih dan tidak mudah berputus asa

- Kita perlu mengingati jasa dan budi orang lain terhadap kita

- Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada golongan yang kurang bernasib baik

- Kita perlu berusaha gigih sekiranya ingin berjaya


Dipetik daripada Laman Bimbingan Bahasa Melayu SPM MSAB(EC)