Rabu, 24 Ogos 2011

Hikayat Indera Nata

Sinopsis

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja
 Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
 Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
 Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
 Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara.
 Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia
 Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.
 Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Indera Nata
 Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
 Digelar Si Piatu
 Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
 Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.
 Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
 Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma
 Anak Raja Mesir
 Memiliki rupa paras yang cantik
 Menjadi tawanan raksasa .
 Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.
 Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri
 Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
 Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
 Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
 Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
 Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma
Indera Jenaka
 Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
 Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
 Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat
i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)
 Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata

ii. Negeri Pattani
 Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

iii. Sebuah bukit yang tinggi
 Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.

iv. Sebuah peti emas
 Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.

v. Tepi Laut / Pantai
 Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
 Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
 Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.

Latar Masa

 Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
 Waktu petang – raksasa tidur.
 Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
 Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri.
 Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat

 Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
 Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa
 Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas
 Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.
 Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit.
 Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

Gaya Bahasa

 Bahasa Klasik – sebermula, hatta
 Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
 Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
 Puisi – pantun contoh:
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga;
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.
 Bahasa Arab – Allah
 Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.

Nilai

 Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
 Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.
 Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
 Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

 Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
 Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
 Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
 Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Hikayat Opu Daeng Menambun

Sinopsis

Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.

Bab IV
Setelah berkahwin dengan puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.

Bab V
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.

Bab IV
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.

Bab VII
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi.Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu sebuah rumah dalam sebuah kampung.Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.

BabVIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalau mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaanya.setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknua serat saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin.Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX
Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam,rombongan raja perempuan .Mereka kemudiannya sampai ke sebukit lalu membuka negeri di situ.Setelah selesai segala urusan membuka negeri,mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.


Tema

Kepahlawanan.Kepahlawanan Opu Daeng lima bersudara dalam menakluk dan meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.Keupayaan mereka diperakuan oleh raja-raja Nusantara.


Persoalan

  • Persoalan keberanian dan menegakkan keadilan.
  • Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
  • Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.


Watak Utama


Opu Daeng Menambun

  • Anak raja
  • Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak.
  • Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau.
  • Dilantik menjadi raja di Mempawah.

Daeng Perani

  • Saudar yang tertua antara lima bersaudara.
  • Beristerikan anak Nakhoda Alang dari siantan.
  • Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.

Daeng Kemasi

  • Beristerikan anak Raja Mempawah.
  • Dilantik menjadi raja di sambas.

Daeng Chelak

  • Dilantik menjadi raja di Riau.
  • Berkahwin dengan Tengku puan,adinda Sultan Raja Sulaiman

Daeng Merewah

  • Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau.
  • Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.


Latar Masyarakat

  • Masyarakat Feudal.Contoh :Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  • Masyarakat Istana.Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.


Latar Tempat

Riau.Contoh : Opu Daeng menambung lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
Siak.Contoh : peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak.
Negeri Matan.Contoh:Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.


Gaya Bahasa

  • Bahasa Istana .Contoh:sultan,ayahanda,patik,paduka,dayang-dayang
  • Bahasa Pinjaman bahasa Arab
  • Contoh : warith,Allah Subhanahu Wa Ta’ala
  • Kata Ganda
  • Contoh : berkasih-kasihan,dibagi-bagi,betul-betul

Nilai

Nilai Keberanian.
Contoh:Opu Daeng berlima berani menentang musuh.

Nilai tolong –menolong.
Contoh:Opu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

Nilai menepati janji.
Contoh:Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima .

Nilai bermuafakat
Contoh:Opu Daeng lima bersaudara sentiasa bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusan


Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh.

2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng Menambun.

3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.

4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu mendapatkan taktha.