Rabu, 20 April 2016

Nilai Dalam Novel Songket Berbenang Emas

1. Kasih sayang
Dahlia menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. 


2. Keberanian
Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya manakala Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.


3. Setia kawan
Kavita sanggup membuat salinan nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah demi pelajaran kawannya itu.


4. Pengorbanan
Embong sanggup berkorban dengan bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki buat keluarganya.

5. Keikhlasan
Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia dan memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. 

6. Kerjasama
Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Selain itu, mereka bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran

7. Kegigihan
Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Dia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital


8. Ketabahan
Dahlia tabah menghadapi situasi emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular

9. Keinsafan
Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya dan mencuri kambing abahnya.

Selasa, 22 Mac 2016

Plot Novel Songket Berbenang Emas



Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa. 

Permulaan 
Dahlia  pelajar  tingkatan  enam  atas  sedang  menjalani  latihan  bola  jaring  di  padang  bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti   rehat,   Dahlia   teringat   akan   emaknya   yang   hilang   ingatan. Azhari   datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia  menyuarakan  hasrat  mahu  merisik  Dahlia.  Pada  petang  itu,  Azhari  menghantar  Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. 

Perkembangan 
Dahlia  amat  sedih  apabila  melihat  keadaan  emaknya, Saleha  yang  berada  di  kebun  getah pada  waktu  senja.  Emaknya  sudah  tidak mengenalinya lagi.  Dahlia  dan  abahnya  memujuk emaknya  balik ke  rumah  dengan  bantuan  orang kampung. Nek  Kiah  menyalahkan  Embong yang menyebabkan aleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya  semakin  serius.Dahlia  terpaksa keluar  dari  asrama  dan kerap  ponteng sekolah  kerana  menguruskan  adik-adiknya.Abah  Dahlia  pula  dimasukkan  ke  wad  kerana dipatuk ular.

Perumitan/Konflik
Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi  kawasan  tempat  tinggal  Dahlia  sekeluarga.  Nek  Kiah  mahu  Dahlia  dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia  tertekan  kerana  keluarganya  tidak  mampu  untuk  menyediakan wang sebanyak itu.
Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
Nek  Kiah  memandang  serong  terhadap  Dahlia  atas  kehadiran  Azhari  dan  Najib  ke rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap  orang  lain.  Selaku  ketua  kampung  Haji  Sulaiman  menasihati  orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga. 

Klimaks/Kemuncak
Abu  Bakar  menjumpai  kain  merah  yang  sudah  reput  yang  membungkus  telur  ayam  yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya  ke  sungai.  Selepas  itu,  Saleha  sudah  sembuh  dan  dibenarkan  pulang  ke rumahnya.Nek  Kiah  pula  sakit  dan  dirawat  di  hospital  selama  dua  hari. Keluarga  Dahlialah yang  menjaganya.  Setelah  keluar  dari  wad,  Nek  Kiah tinggal  dengan  keluarga  Dahlia sehingga  benar-benar  pulih.Nek  Kiah  mula  berubah  dan  berbaik  semula  dengan  keluarga Dahlia.
Banjir  yang  berlaku  di  Kampung  Parit  Haji  Rais  telah  membawa  hikmah  apabila  penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. 

Peleraian/ Pengakhiran
Dahlia  tinggal  di  asrama  semula  kerana  peperiksaan STPM  semakin  hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat. Kedatangan  Cikgu  Daim  membawa  berita  gembira  apabila  Dahlia  terpilih  untuk mengikuti  pengajian  di  Jepun  selama  empat  tahun.  Sebelum  ke  Jepun  ,Dahlia  perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia  terlewat  kerana  jurucakap  majlis  lewat  sampai.  Azhari  datang  berjumpa  Dahlia  di stesen  bas  sebelum  Dahlia  bertolak  ke  Kuala  Lumpur.
Dia  telah  menghadiahkan  songket berbenang  emas  berwarna  merah  kepada  Dahlia.  Azhari  mahu  Dahlia  menjaga  jati  dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.

Watak Sampingan Novel Songket Berbenang Emas



1.   Saleha 
Ibu Dahlia
Berumur 39 tahun 
Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)
Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
Bekerja sebagai penoreh getah
Seorang   yang   penyayang-   semasa   sihat   ,beliau   yang menjaga   semua keperluan anak-anaknya.

2.   Embong
Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
Seorang  ketua  keluarga  yang  bertanggungjawab.  Beliau  tidak  mahu  anak-anaknya  berhenti  sekolah  dan  mengatakan  beliau  akan  bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
Seorang  yang  percaya  akan  kehendak  takdir
Isterinya  menjadi  kurang siuman.
Seorang yang penyabar. Dia sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
Seorang  yang  mementingkan  ilmu  untuk  anak-anaknya. tetap menyuruh  Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.
Seorang  yang  berani. Embong  berani  membunuh  ular  sawa  yang  membelit badannya.

3.   Azhari
Berkumis nipis
Bermuka bulat
Tinggi 
Kacak
Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
Suka akan Dahlia
Seorang  yang  suka  memberi  nasihat. Dia  menyuruh  Dahlia  belajar  bersungguh-sungguh.
Seorang  yang  pandai  memujuk. Dia  pandai memujuk  Dahlia  agar menerima lamarannya.

4.   Siti Wangi
Sahabat Dahlia
Bermuka bulat
Sentiasa ceria

5.   Tauke Lim 
Berbangsa Cina
Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong  untuk  dibayar  kepada  Nek  Kiah  yang  berhasrat  menjual  tanah tempat mereka tinggal.
Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
Seorang  yang  prihatin  akan  masalah  orang  lain -  Sangat  prihatin  atas  nasib keluarga Embong
Seorang  yang  pemurah-    menyumbangkan  barang-barang  untuk  sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan  melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama
Seorang  yang  pandai  bergaul-  Walaupun  Tauke  Lim  berbangsa  Cina  tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

6.   Nek Kiah
Ibu Saleha
Suka  membandingkan  antara  anaknya-  Nek  Kiah  suka  membandingkan anak-anaknya  dengan  keluarga  Dahlia  yang  hidup  dalam  kemiskinan.  Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.
Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak  suka  akan keluarga  Dahlia.  Apabila  keluarga  Dahlia  dalam kesusahan, dia  langsung  tidak  membantu  malah  menyalahkan  Saleha  yang  berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.
Seorang yang pemarah
Seorang  yang  suka  mempercayai  perkara  tahyul-  Nek Kiah  mengatakan rumah  Dahlia  ada  hantu.  Dia  menggores  kapur  di  setiap  pintu  kerana dipercayai boleh menghalau hantu. Menyuruh mayat Said dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali kerana dipercayai boleh hidup semula.
Seorang  yang  mementingkan  diri-  Nek  Kiah  tidak  mengambil  tahu  akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.

Watak Utama Novel Songket Berbenang Emas



Dahlia

Anak sulung dan harapan keluarga. Dia mempunyai lima orang adik

Seorang yang bakal menduduki STPM

Pelajar  di  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Temenggung Ibrahim  (Ting.  6)  dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)

Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya

Seorang yang bijak. Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia  merupakan  pelajar  harapan  sekolah.  Dahlia  mendapat  tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

Hidup dalam suasana kemiskinan. Selalu berhutang dengan Tauke Lim.

Ibunya menghidap penyakit kemurungan.

Bapanya dipatuk ula.

Seorang  yang  tidak  sombong. Dia melayan  Aton  yang  menyindirnya  ketika dihantar pulang oleh Azhari.

Seorang  yang  taat  akan  perintah  Allah. Buktinya dia berdoa  selepas  sembahyang  Isyak.

Seorang yang penyayang. Dia sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.

Seorang  yang  menghormati  tetamu  –memberi  layanan  yang  baik  kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya. Dia juga  menghidangkan  air  bujang  ketika  Kavita  dan  Najib  berkunjung  ke rumahnya.

Seorang  yang  menjaga  tatasusila  budaya. Dahlia akur  kepada  budaya  Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

Seorang  yang  berani.   Dahlia  terjun  ke  dalam  sungai  untuk  menyelamatkan Said.

Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.

Seorang yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.