Rabu, 26 Mei 2010

Israk

Sinopsis




Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.
Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj.
Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.
Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.
Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu.
Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.
Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

Dipetik daripada Blog MINDA MUDA (http://cikguzulkb.blogspot.com)

Pemain Catur

Sinopsis


Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.
Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.
Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.
Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.
Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).
Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.
Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.
Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

Dipetik daripada Blog MINDA MUDA (http://cikguzulkb.blogspot.com)

TEMA

1. Perpecahan ahli keluarga akibat perbalahan yang berpunca daripada permainan catur.

contoh : Uj dan Um berselisih faham dan saling mengalahkan antara satu sama lain dalam permainan catur sehingga mengeruhkan persaudaraan mereka yang selama ini baik.

2. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

contoh :salah seorang ahli keluarga meletakkan asid di bawah meja catur untuk mengenakan Uj ataupun Um .

PERSOALAN

1. Sangkaan buruk yang menjadi punca perbalahan keluarga .

contoh : Uj menyangka Um mahu mengalahkannya dalam permainan catur
bukti : Abang tahu sekarang , Um sedang bersungguh-sungguh berlatih untuk mengalahkan abang (hal.144)

2. Perabaian terhadap ibu.

Conoth :Uj menyerahkan tanggungjawab untuk merawat ibunya kepada doktor .
bukti : Itu tugas doktor untuk memikirkan . Kita sudah ada dua orang doktor keluarga.(hal. 144)

PLOT

Permulaan :
Uj mengajak adik bongsunya Um untuk berlawan catur .
Um menolak ajakan itu kerana tidak berminat .
Um menyatakan bahawa dia sedang berfikir mengenai kesihatan ibu mereka .

Perkembangan :
Uj menuduh Um berlatih dengan adik beradik yang lain untuk mengalahkannya dalam perlawanan catur – Uj memberitahu Um bahawa keluarga mereka adalah jaguh catur dunia .
Uj mengajar Um bermain catur dan Um tertarik dengan permainan ini setelah sering kali mendengar sejarah permainan ini .

Konflik :
Uk berbisik kepada Uj bahawa kononnya Um sedang tekun menelaah buku besar dan tebal tentang permainan catur untuk mengalahkan Uj .
Uj berasa benhan terhadap Um setelah mendengar dakwaan itu .

Klimaks :
Uj memaksa Um mengadakan pertandingan catur di hadapan keluarga mereka untuk memperlihatkan Um terlalu mentah untuk berlawan dengannya .
Ketika Um mengalihkan pandangan , buah caturnya dialih . Um cuba mengembalikan kedudukan buah caturnya ke tempat asal tetapi Uj telah menuduh Um melakukan penipuan .
Um terkuis asid yang terletak di bawah meja .
Berlaku tuduh menuduh esama ahli keluarga tentang asid tersebut .
Ibu yang berada dalam kesakitan berasa sangat sedih melihat kejadian tersebut .

Peleraian :
Tiada yang mengaku bertanggungjawab meletakkan asid tersebut .
Keluarga itu akhirnya berpecah belah .

WATAK DAN PERWATAKAN

Uj
Seorang ahli keluarga .
Pandai bermain catur dan penyandang IGM
Sangat menyayangi Um
Sungguh berbangga dengan keturunan mereka.
Bersemangat tinggi dalam meningkatkan imej dan nama keluarga mereka .
Taksub dengan anugerah catur yang di sandangnya .
Tidak dapat menerima kekalahan.
Mementingkan diri kerana tidak peduli akan kesihhatan ibunya .

Um
Adik bongsu kepada Uj.
Merupakan adik kesayangan Uj .
Mempunyai semangat juang yang tinggi kerana sanggup menerima cabaran Uj.
Berani kerana tidak gentar untuk berlawan catur dengan Uj yang mempunyai banyak pengalaman .
Juga seorang yang mementingkan diri sama seperti Uj.

Uk
Merupakan adik kepada Uj dan abang kepada Um.
Seorang yang memiliki sikap batu api.

LATAR

latar tempat .

Rumah keluarga Uj .
( tempat Uj dan Um berlawan catur)
(tempat dimana kaki Um terkena asid)

Bilik air
(tempat Um mencuci muka)

latar masa
Masa pertandingan catur .
(tiga hari tiga malam )

Latar masyarakat
Keluarga besar dan ternama .
Masyarakat yang mahir dalam permainan catur .
(Al-Hakam , Boris Spassky , Anatoly Karpov )

Masyarakat yang tidak dapat menerima kekalahan
(Uj tidak dapat menerima keadaan di mana Um hampir mengalahkan nya)

masyarakat yang mementingkan gelaran
(Uj berusaha sedaya upaya demi mengembalikan kegemilangan keluaarga mereka dalam permainan catur)


TEKNIK PLOT

pemerian :
Um terkejut . Khayalan bercempera . Buah-buah catur yang sedang dihadap terkuis jari .Ada yang rebah bertindih-tindih , ada pula yang terjatuh ke bawah meja . (hal.143)

dialog :
“untuk apa?” Uj mengerutkan dahi . Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan itu.
“Khabarnya mahu mengatasi kehandalan Uj” (hal.147)

imbas kembali .
“moyang kepada moyang kepada moyang kita dahulu daripada keturunan Al-Hakam , rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya As-Suli ……………..” (hal. 144)

saspens :
-Uj pula semakin cemas . Segala-galanya tdak kena . Strateginya tidak menjadi . Tembok kecundang kian sendeng ke arahnya ……….. (hal.150)

GAYA BAHASA

Perlambangan .
Um tetap di seretnya ke meja percaturan(hal.149)
(meja percaturan melambangkan pertandingan catur)

Peribahasa
Perjalanan seribu batu kata peribahasa can , bermula dari langkah pertama (hal.147)

Hiperbola .
…….Um ditatang dalam dulan emas (hal.144)

Simile
Um , bagi abang Uj Cuma seperti David the Gnome .. (hal. 144)

sinkope
“…… Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula?.. (hal. 146)

Personafikasi
…suaranya melibas telinga Um.. (hal. 144)

metafora
- …cahaya kepintaran.. (hal. 145)

Nilai Murni

sifat berani .
Um berani menyahut cabaran abangnya Um untuk berlawan catur.

kegigihan
Uj gigih mengajar Um agar menjadi pemain catur yang hebat .

Keprihatinan.
Um risau cara untuk mengubati ibunya yang sakit.

Bercita-cita tinggi.
- Uj bercita-cita tinggi untu mengembalikan kegemilangan nenek moyang mereka semula dalam permainan catur .

Pengajaran
setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan .
(Uj berusaha sehingga mendapat gelaran IGM)

Perasaan sayang menyayangi sesama ahli keluarga hendaklah di semai .
(Uj sangat menyayangi Um dan mengajarkan Um segala ilmu catur yang diketahuinya)

Sika berani hendaklah ada pada setiap orang
(Um berani menyahut cabaran Uj untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dalam permainan catur).

Dipetik daripada Blog rahmanlo (http://pelajarpkpgmoraluum.blogspot.com)

Mellisa

Sinopsis


Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.
Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.
Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.
Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.
Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.
Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.
Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.
Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.
Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.
Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.
Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.
Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.
Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.
Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.
Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.
Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.

Dipetik daripada Blog MINDA MUDA (http://cikguzulkb.blogspot.com)

Tema

Cerpen ini bertemakan cinta akan negara. Mellisa sanggup menolak cinta daripada orang yang dikasihinya semata-mata untuk berbakti kepada negara sebagai seorang tentera.

Persoalan

1. Kepentingan nasihat yang baik kepada seorang sahabat.
2. Kesukaran hidup akibat tiadanya perpaduan antara kaum.
3. Tolak ansur dalam persahabatan.
4. Bantu membantu tanpa mengira kaum.
5. Tradisi keluarga yang terpelihara.

Watak dan perwatakan

Mellisa
-Jatuh hati kepada Syahid.
-Menyambung pelajaran di peringkat sarjana.
-Mengetepikan kepentingan diri demi negara.
-Gadis cina yang cantik.
-Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

Hisyam
-Pandai mengambil hati
-Penyabar
-Muslim yang baik.

Syahid
-Seorang penulis.
-Mempunyai perwatakan yang menarik.

Farid
-Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah.
-Mudah bertolak ansur.

Latar

Latar masa…
-Masa sekarang.
-Masa tahun 60-an.

Latar masyarakat…
-Masyarakat intelektual.
-Masyarakat yang mementingkan perpaduan.
-Masyarakat yang berpegang kepada tradisi kaum.
-Masyarakat yang mementingkan cinta akan negara.

Gaya bahasa

Inversi
- Hanya dari situ sajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

Simile
- Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam di atas bibirnya.

Peribahasa
- ….jatuh hati dengan anak muda itu.

Repetesi
- barangkali juga itu hanya suatu helahnya sahaja, suatu gimik…

Sinkope
- “Mahu sambung angan-anganku,”

Bahasa inggeris
- …tidak sebulu dengan sifat frankness-nya itu

Nilai

Toleransi
- Mellisa dan Farid sentisa bertolak ansur ketika berhadapan dengan masalah pembelajaran.

Sabar
- Hisyam sabar melayani kerenah Mellisa.

Patriotisme
- Mellisa sanggup mengetepikan cinta Syahid demi mencapai cita-citanya sebagai tentera.

Pengajaran

-Kita hendaklah bertolak ansur dalam persahabatan
-Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan perkara lain.
-Kita hendaklah saling membantu tanpa mengira kaum.
-Kita perlulah menerima pakai nasihat yang baik oleh rakan-rakan.
-Kita tidak boleh terburu-buru mengambil sesuatu tindakan.

Dipetik daripada Blog rahmanlo (http://pelajarpkpgmoraluum.blogspot.com)

Biarkan Samudera

Sinopsis




Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjagA, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.
Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.
Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.
Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.
Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.
Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.
Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.
Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

Dipetik daripada Blog Minda Muda (http://cikguzulkb.blogspot.com)

Tema

Persahabatan yang ikhlas mampu menyelesaikan konflik.

-Hakimah yang berkawan baik dengan Amirah berjaya membantu rakannya itu menyelesaikan konflik jiwa yang dihadapi akibat umah ayahnya dirobohkan

Penderitaan batin seorang anak nelayan akibat gangguan perasaan.

Mir anak nelayan yang mengalami konflik jiwa kerana rumahnya yang terletak di tepi pantai akan dirobohkan untuk mendirikan kawasan peranginan.
Mir amat kasihan terhadap bapanya kerana bapanya sudah hilang tempat tinggal dan hilang mata pencarian sebagai nelayan.
Mir juga haus akan kasih sayang ibu lantaran ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya.


Persoalan

Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.

Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan laut terdedah kepada pencemaran.

Sahabat baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi sama ada keadaan senang mahupun susah.

Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan terbaik untuk memperoleh ketenangan jiwa.

Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai, asalakn tidak mencemari laut yang banyak mempunyai kepentingan kepada kehidupan kehidupan manusia.

Kasih sayang ayah terhadap anak
- Ayah Mir sangat menyayanginya.

Tanggungjawab seorang rakan.
- Hakimah berusaha untuk menyelesaikan konflik jiwa yang dihadapi oleh Mir.

Kepentingan kaunseling dalam kehidupan remaja.
- Ibu Hakimah menghadiahkan telekung kepada Mir agar Mir dapat menunaikan solat.

Kepentingan kata-kata perangsang daripada seorang bapa kepada anaknya.
- Ayah Mir mahukan dia berjaya dan membina kehidupan sendiri.

Teknik Plot

Teknik pemerian
- Pengarang memerihalkan keadaan Mir ketika dia teringat ayahnya.
… Kemudian Mir memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah mengawang-ngawangkan pukatnya. Ayah mengacung-ngacungkan pendayungnya. (hal 177)

Teknik dialog
- Dialog antara Hakimah dengan ibunya.
“Hakimah.”Ketika langkahnya tergerak untuk mendapatkan Mir, tiba-tiba ibunya mencekak tangannya. Dia berhenti mendadak, menoleh kearah ibunya yang sejarak selangkah di belakang. Ibu merenung wajahnya. Lama-lama.
“Ada apa, ibu?”“Tunggu.” Ibu menarik nafas. Kemudian ibu menghulurkan bungkusan yang berbalut kain putih. “Berikan ini kepada Mir.” (hal 180)

Teknik Imbas Kembali
- Hakimah mengimbas kembali kata-kata yang diucapkan oleh ibunya sewaktu dia mengusap-usap bahu Mir kerana simpati akan keadaan Mir.
“Ya, nur. Kau ajar dia sentiasa membaca al-Quran. Kau ajar dia mengenal Tuhan yang satu. Di situ ada ketenangan. Di situ ada kebahagiaan.” (hal 179)

Teknik monolog
- Mir teringat akan kata-kata ayahnya setelah melihat kipas yang berputar ligat yang ibaratkannya seperti pusaran ombak samudera.
“Tidak ada lagi ruang untuk kita, Mir. Lihatlah perahu ayah yang tersadai di lumpur itu. Tidak ada sesiapa yang mahu mengambilnya. Kau lihatlah, satu demi satu rumah nelayan roboh. Tidak lama lagi kau akan melihat satu demi satu kehidupan nelayan musnah…” (hal 175)

Teknik saspens
- Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada rumah Mir.

Bagaimana dia mahu melupakan? Diri berasa terhimpit dan terdesak. Hati terasa pedih dan perih. Hujung semester ini dia akan pulang. Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang dan telah dicemari itu? Di mana?
“Rumah kita sudah tidak ada, Mir. Kau pulang nanti, kau hanya akan melihat tiang-tiangnya yang berceracak. Menunggu masa dicabut dan dibuang. Tiang-tiang itu, tempat kau bermain sembunyi-sembunyi dengan Su, dengan Ti, dengan Min suatu masa dahulu tidak akan ada lagi.” (hal 174-175)


Watak dan Perwatakan

Mir atau Amirah

Berjiwa kental pada asalnya tetapi bertukar menjadi gadis yang berjiwa lemah.
- Sejak rumahnya yang terletak di tepi pantai dirobohkan, Mir menjadi pemurung.

Penuntut di pusat pengajian tinggi.
- Di kampus, Mir tinggal sebilik dengan Hakimah.

Seorang anak yang baik
- Mir sentiasa mengenangkan nasib dan kata-kata ayahnya.

Mengalami konflik jiwa atau skizofrenia.
- Konflik itu dialaminya setelah rumahnya dirobohkan. Kawasan tapak rumahnya yang terletak ditepi pantai itu akan dibangunkan sebagai pusat peranginan.

Tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.
- Mir tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja Mir dilahirkan.

Hakimah ialah sahabat baik Mir.

Seorang gadis terpelajar.
- Dia belajat di pusat pengajian tinggi bersama Mir.

Seorang yang baik hati.
- Dia sentiasa membantu Mir. Hakimah membawa Mir ke rumahnya untuk bertemu dengan ibunya yang mahu membantu memulihkan semangat Mir.

Hakimah sangat sayang akan ibunya.
- Dia beruntung kerana mempunyai seorang ibu yang sentiasa prihatin, lemah lembut dan berhati mulia.

Ayah

AyahMerupakan bapa kepada Mir.
- Ayah sudah tua dan berbadan kurus.

Seorang nelayan
- Sudah bertahun-tahun lamanya, ayah sentiasa bergelumang dengan laut dan ombak.

Miskin dan mencari rezeki di laut.
- Setelah rumahnya dirobohkan, ayah terpaksa tinggal di rumah papan panjang berderet yang dikongsi bersama jiran-jiran yang juga nelayan.

Sayang akan laut.
- Ayah mengumpamakan laut sebagai dirinya dan dirinya adalah laut.

Redha dengan nasib dirinya.
- Ayah menerima suratan takdir bahawa dia akhirnya akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah gantian itu.

Ibu

Ibu ialah emak kepada Hakimah

Seorang yang baik hati.
- Ibu menasihati Hakimah agar membantu Mir supaya tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya itu, Ibu turut menghadiahkan telekung putih berenda yang cantik kepada Mir.

Taat pada agama.
- Ibu meminta supaya Hakimah mengajar Mir mebaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu.

Lemah lembut dan prihatin.
- Melalui anaknya, Hakimah, ibu berusaha membantu Mir agar tidak terus murung dan agar pulih daripada mengalami konflik jiwa

Latar

Latar Tempat
Laut
- Tempat ayah Mir mencari rezeki.

Di rumah panjang
- Rumah gantian ayah Mir dan jiran-jiran nelayan yang lain.

Di kampus
- Tempat Mir dan Hakimah belajar

Di rumah Hakimah
- Tempat Hakimah membawa Mir bertemu dengan ibunya.

Di tepi pantai


Latar Masa
-Masa hujan rintik-rintik
-Pada hari Sabtu
-Pada waktu pagi
-Semasa sesi bimbingan kaunseling


Latar Masyarakat
Masyarakat yang penyayang
- Di wakili oleh Hakimah dan ibunya yang mempunyai sifat kasih
sayang sesama manusia. Mereka telah membantu Mir dengan ikhlas.

Masyarakat nelayan
- Rumah ayah Mir dan jiran-jirannya yang merupakan nelayan terletak
di tepi laut dan akan robohkan untuk medirikan rumah peranginan.

Masyarakat yang teguh pada ajaran agama.
- Ibu Hakimah menasihati Hakimah agar mengajar Mir membaca
al-Quran dan menghadiahkan Mir telekung putih.


Gaya Bahasa

Simile
- “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau, Mir.” (hal 174)
- Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang malang. (hal 180)

Penggunaan ayat tanya
- “Mir… Kau kenapa?” (hal 174)
- “… Di mana dia akan tinggal? Di samudera itu? Di samudera yang garang dan telah dicemari itu?” (hal 174)

Personafikasi
- Membiarkan cahaya matahari pagi terbias dan membiarkan juga bayu dingin menjamah kulitnya. (hal 175)

Metafora
- “…mengizinkan mata fikirnya menerawang jauh.” (hal 173)
- Air tenang dan membuahkan ketenangan. (hal 173)

Hiperbola
- “Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera.” (hal 181)

Inversi
Bagaimana mahu dia melupakan?

Simile
-wajah itu umpama salju…

Peribahasa
-tidak berhati perut

Personifikasi
Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita…

Monolog
Amirah mengelamun sendiri dan terucap.samudera itu ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsunhgan dinamika keseimbangan ekosistem samudera.

Nilai

Belas kasihan
- Sifat belas kasihan sesama manusia penting dalam mewujudkan keharmonian hidup.

Cth: Hakimah terlalu kasihan kepada sahabatnya Mir yang menghadapi konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.

Taat pada perintah agama
- Ketaatan pada agama membantu seseorang menghadapi pelbagai konflik hidup.

Cth: Mir bersembahyang dan jiwanya berasa lebih tenang.

Kasih sayang
- Seorang anak hendaklah menyayangi ayahnya yang membesarkannya.

Cth: Mir amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenang nasib ayahnya.

Sabar
- Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan dugaan.

Cth: Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir.

Berfikiran rasional
- Setiap perkara yang menimpa diri kita perlu kita hadapi dengan fikira yang rasional.

Cth: Ayah Mir berfikiran rasional dengan menerima hakikat bahawa rumahnya diroboh kerana tanah tapak rumah itu bukan hak dan miliknya.


Pengajaran

Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang menghadapi sebarang kesusahan dengan ikhlas
- Cth: Mir berusaha membantu Mir agar tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya.

Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana mengingati Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang.
- Cth: Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu.

Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan tidak mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekita dan kehidupan manusia.
- Cth: Ayah Mir tidak membantah rumahnya dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan

Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menhadapi sesuatu perkara supaya kita tidak bertindak diluar batasan
- Cth: Mir akhirnya dapat berfikir dengan rasional dan tidak terus hanyut dalam tekanan perasaannya akibat kehilangan tempat tinggal dan kehausan kasih sayang seorang ibu.

Hubungan antara anak dengan ibubapa hendaklah sentiasa erat supaya keutuhan institusi keluarga itu kukuh dan mewujudkan kebahagiaan.
- Cth: Hubungan Hakimah dengan ibunya amat rapat, begitu juga hubungan antara Mir dengan ayahnya.

Setiap masalah yang dihadapi mesti dibincangkan denagn pihak yang berwibawa supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan.
- Cth: Hakimah membincangkan masalah yang dihadapi Mir dengan kaunselor di tempatnya belajar.

Dipetik daripada Blog rahmanlo (http://pelajarpkpgmoraluum.blogspot.com)

Rabu, 12 Mei 2010

Memori Seorang Tua

SINOPSIS MEMORI SEORANG TUA



Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.

Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.
Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar.
Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

Minda Sastera Bahasa (http://mindasasterabahasa.blogspot.com)


Syair Definisi Orang Berakal

MAKSUD

RANGKAP
MAKSUD
1
Orang berakal atau cerdik dianggap lebih mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Mereka yang menjadi pengikut akan turut dipandang mulia dan dapat kebahagiaan hidup
2
Orang berakal akan mencari keadilan dan membela mereka yang teraniaya.
3
Orang berakal berpandangan jauh. Mereka teliti dalam memilih kawan dan setia kepada sahabat-sahabat mereka. Orang berakal tidak akan berkawan dengan orang jahat.
4
Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan hukum-hakam agama. Mereka tidak tamak kerana mereka tahu matalamat akhir mereka ialah kehidupan kekal di akhirat.
5
Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh orang atasan/ orang besar. Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja dan tidak bersikap mengada-ada.
6.
Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu mereka dikasihi orang atasan. Mereka tidak akan membuang saudara-mara dan sahabat handai mereka.
7.
Orang berakal tidak akan bosan mengejar ilmu. Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya.

TEMA:
  • Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.
PERSOALAN:
  • Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
  • Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
  • Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.
  • Menjauhi sifat tamak yang buruk.
  • Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
  • Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
  • Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.
NILAI:
  • Kerajinan - menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.
  • Bijaksana - bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat.
  • Kesederhanaan - tidak sombong dan meninggi diri.
  • Ketabahan - melawan sifat tamak.
  • Baik hati - berbudi bahasa dalam pergaulan.
PENGAJARAN:
  • Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu.
  • Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
  • Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
  • Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk.
  • Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
  • Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
  • Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

Blog Cikgu Hj Amin (http://hjamin.blogspot.com)

Selasa, 4 Mei 2010

Azfa Hanani

Sinopsis Novel Asfa Hanani

Takut:
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya.

Siapa Mereka?:
Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar.

Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya.

Kerana Terdesak:
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

Seawal Kehadiran:
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur, makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia dibawa ke bilik Tengku Murni ketika hayatnya dahulu. Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya yang mencari beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah sudah terjaga daripada tidur, Azfa Hanani dibawa bertemu. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran dan Syafinaz.

Sebagai Murid Baharu:
Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil Budak Glamor. Tengku Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.

Imbalan Budi:
Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan diari Tengku Murni dan dibaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.
Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.

Kerenah Laili:
Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot mengendalikan Malam Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Tertanya-tanya:
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran. Lidahnya menjadi kelu kala berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya mengapa Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia menganggap tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu marah.

Ekran:
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya dia cuma beralasan untuk keluar rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan.

Meluah Rasa:
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.

Bukan Dirancang:
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan akan hasrat Azfa Hanani ke rumah rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi, mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.

Melulu:
Pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar orang menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran. Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata menghina yang diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke pertandingan Forum Remaja.

Hadiah Bererti:
Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya, Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat dan hanya menyerahkan hadiah melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di kampung.

Misteri Yang Tersimpan:
Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa keping kad, dan sehelai kertas catatan.

Kunjungan Mengejut:

Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti. Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.

Hari Sumbangsih:
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu, dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.

Terusir:
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni. Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teknik yang tertentu, Azfa Hanani berjaya membaca rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin. Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari rumah itu.

Hakikat:
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar meletakkan Azfa Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini, Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya. Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani. Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di Indonesia.

Segala-galanya Berakhir:
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah berjaya mengumpul sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fauzana bersikap baik terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani telah diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran. Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibuny bekerja sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah asrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk dan neneknya.

Dipetik daripada Cikgu Roosezah@blogspot.com (http://cikguroosezah.blogspot.com)



Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)

A. Maksud Pantun:

Rangkap 1:
Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga.

Rangkap 2:
Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia.

Rangkap 3:
Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan.

Rangkap 4:
Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya.

Rangkap 5:
Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan.

B. Tema Pantun:
Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

C. Persoalan Pantun:
i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.
iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.
iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

D. Bentuk Pantun:
i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.
ii. Mengandungi 5 rangkap/ bait.
iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.
iv. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan.
v. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:
i. Rima akhir “abab”.
ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)
iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

F. Nilai Pantun:
i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.
ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.
iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

G. Pengajaran:
i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.
ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita.
iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita.
iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja

Dipetik daripada BLOG BAHASA MELAYU PMR SPM SMK SERI MUTIARA KUALA LUMPUR (http://bmsmkserimutiara.blogspot.com)

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI )

Tafsiran Maksud Pantun

PANTUN EMPAT KERAT
(BUDI )


Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka



1. Makna kata

Punggur = dahan kayu yang mati
Resam = kebiasaan hidup


2. Maksud

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut


Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain walaupun telah menabur bakti



Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.


Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal dunia sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang



Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.


Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati sampai bila-bila



Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila


3.TEMA

KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI DALAM MASYARAKAT

- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

4. PERSOALAN

i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan

ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia

iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang

iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas sampai bila-bila pun


5. NILAI

i. Berbudi bahasa – berbudi walaupun kecil
ii. Mengenang budi – orang berjasa sentiasa dihargai
iii. Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi



6. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat
ii. Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil
iii. Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita
iv. Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.

Dipetik daripada bahasa melayu tingkatan 4 dan 5 (http://cikgumarjana.blogspot.com)

Sabor

Sinopsis 'Sabor'

Sabor dibawa oleh saudaranya, Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan kepada isterinya, Siti Saidah. Setelah beberapa hari di rumah Jibor, Siti Saidah terlalu berahi melihat Sabor. Siti Saidah juga pernah bermukah dengan jauhari, tetapi perbuatanya itu tidak diketahui oleh suaminya. Setelah dua puluh hari Sabor di rumahnya, cinta dan berahi Siti Saidah kepada sabor semakin berkobar-kobar. Pada suatu malam, Jibor memakan majun lalu tidur dengan nyenyaknya. Siti Saidah mengambil kesempatan ini untuk menggoda Sabor. Apabila Sabor terasa ada seseorang yang memeluk dan menciumnya, dia terjaga daripada tidurnya. Dia terkejut lalu memarahi Siti Saidah kerana menduakan suaminya. Sabor menyuruh Siti Saidah ingat akan Allah dan Rasulullah.

Siti Saidah memberitahu Sabor bahawa dia sangat cinta dan berahi akan serta meminta Sabor memenuhi hajatnya. Apabila mendengar kata-kata Siti Saidah, Sabor hampir tergoda, tetapi Sabor teringat akan pesanan Raja Damsyik. Sabor juga teringat akan firman Allah yang bermaksud “Hai segala kamu yang percaya akan Allah Subhanahu wataala, jangan kamu berbuat zina bahawasanya itu terlebih keji lagi jahat perbuatan”. Sabor bertambah takut dan bersyukur kerana Allah telah melindunginya daripada melakukan zina.

Sabor kemudian marah kepada Siti Saidah dan menasihatinya supaya takut kepada Allah dan malu kepada Rasulullah. Siti Saidah masih merayu dan mencumbui Sabor, tetapi Sabor tidak melayan kehendaknya. Justeru Siti Saidah mengancam akan membunuhnya. Siti Saidah sangat marah dan mendapatkan suaminya.

Siti Saidah memfitnah Sabor dengan mengatakan bahawa Sabor hendak memperkosanya. Apabila mendengar kata-kata isterinya itu, Jibor sangat marah dan meminta supaya Siti Saidah tidak menghebohkan perkara itu dan dia akan memikirkan cara terbaik untuk membunuh Sabor. Jibor telah menghadiahi Sabor kopiah buatan Rom. Jibor mengupah empat orang sipahi (askar India) sebanyak seratus dinar setiap seorang supaya membunuh sesiapa sahaja yang memakai kopiah buatan Rom. Sebelum sembahyang fardu Subuh di masjid, Sabor terasa pening dan meninggalkan kopiah itu lalu diletakkan di mihrab. Apabila jauhari melihat kopiah itu, lalu diambil dan dipakainya, kemudian terus bersembahyang. Setelah itu datanglah empat orang askar India yang diupah oleh Jibor lalu memenggal leher jauhari yang disangkanya Sabor. Selepas itu, barulah Sabor sedar bahawa mungkin Siti Saidah yang memfitnah dirinya. Jibor berasa hairan melihat bukan Sabor yang mati, tetapi jauhari. Berdetik dalam hatinya bahawa mungkin Allah telah menyelamatkan Sabor kerana dia tidak bersalah.

Dipetik daripada KELAS 5 AGAMA 1 2005 SMK TUN PERAK (http://fivereligionone05.blogspot.com)


Soalan Latihan

1. Siapakah Siti Saidah ?
* Isteri Jibor
* Isteri yang tidak setia/curang(bermukah dengan jauhari)
* Tidak beriman/penzina
* Suka menabur fitnah
* Pendendam
* Berahi akan Sabor

2. Jelaskan sebab Sabor dapat menghindarkan diri daripada pujukan Siti Saidah?
* Teringat akan pesanan Raja Damsyik tentang dosa berzina/supaya menjauhi zina
* Takut akan balasan Tuhan apabila melakukan perbuatan terkutuk (zina)
* Tidak mahu mengkhianati saudaranya Jibor

3. Sekiranya adan adalah Sabor, apakah tindakan yang akan anda ambil terhadap Siti Saidah?
* Memberitahu Jobor akan kecurangan Siti Saidah
* Membawa Siti Saidah ke muka pengadilan supaya dijatuhkan hukuman yang sewajarnya
* Mengajak Siti Saidah mendalami ajaran agama
* Menasihati Siti Saidah supaya bertaubat/insaf akan kesalahannya

4. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Jibor apabila mendengar aduan Siti Saidah?
* menyiasat hal itu dengan teliti sebelum mengambil tindakan
* Bertanyakan hal yang sebenar daripada Sabor untuk mendapatkan kepastian
* Membawa perkara tersebut ke muka pengadilan (mahkamah)

Dipetik daripada KOMSAS SPM (http://komsasspm.blogspot.com)

Isnin, 3 Mei 2010

Cerpen Ibu dan Ceper

Sinopsis
"Ibu dan Ceper"
(Antologi Harga Remaja)
Tingkatan 4


Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.

Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi.

Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.

Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.

Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

Dipetik daripada LemBaraN PeNDiDik (http://norliza86usm.blogspot.com)


TEMA

Kepentingan tonggak keluarga yang gigih dan bersemangat yang sama pentingnya dengan sungai yang menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

PERSOALAN

  1. Kepentingan air kepada kehidupan manusia
  2. Hubungan simbiosis antara manusia dan alam sekitar
  3. Kegigihan dan kesabaran
  4. Sifat tidak bertanggungjawab manusia
  5. Peranan wanita
  6. Kasih sayang
NILAI

  1. Kasih sayang
  2. Sayang akan alam sekitar
  3. Berdikari
  4. Kecekalan
  5. Kesyukuran
  6. Bermasyarakat
PENGAJARAN

  1. Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya
  2. Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar
  3. Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga
  4. Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana
  5. Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah
Dipetik daripada BILA CHE'GU MEMBEBEL (http://cikgujj.blogspot.com)