Ahad, 15 Mei 2011

Hikayat Siak

Sinopsis:

Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabal sebagai Yantuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk. Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar olehorang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntuk bela atas kematian ayahandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negeri Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang. rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan "daulat". Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Tema:
  • Pengembaraan anak raja.

Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangat Dijulang sehingga baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

Persoalan:

  1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan.
  2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.

Watak dan Perwatakan:

1. Yang Dipertuan Raja Kecik.

  • keturunan Raja Johor.
  • nama asalnya Tuan Bujang.
  • berkahwin dengan Tengku Kamariah.
  • ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.
  • Berani. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
  • Gigih. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.

Latar:

Latar Masyarakat

  1. Golongan masyarakat feudal. Contohnya, masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  2. Golongan masyarakat istana. Contohnya, masyarakat yang tinggal di istana.

Latar Masa

  1. Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.

Latar Tempat

  1. Rawas. Contoh: Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.
  2. Siak. Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.
  3. Johor. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Gaya Bahasa:

1. Penggunaan Bahasa Arab.

  • Contoh: Allah Ta'ala.

2. Penggunaan Bahasa Istana.

  • Contoh: Patik, Baginda, Hulubalang, titah

3. Penggunaan Kata Ganda.

  • Contoh: Kaya-kaya, besar-besar, masing-masing

Nilai:

  1. Nilai kegigihan. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang.
  2. Nilai keberanian. Contoh: Yang Dipertuan Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah.
  3. Nilai ketaatan. Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahui baginda ialah keturunan raja.

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
  2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal.
  3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

Hikayat Langlang Buana

Sinopsis

Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Tema

Percintaan anak raja
Raja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.

Persoalan

1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .

2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

WATAK PERWATAKAN

1. Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar
Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
Puteri Raja Bahrum Dewa
Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir
Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.

3. Raja Bahrum Dewa
Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.

Latar Masa

Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.

Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir

Latar Tempat

Kolam tempat Tuan Puteri mandi

Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.

Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat

Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.

Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.

Nilai

1. Nilai keberanian
Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.
2. Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.
3. Nilai bekerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.
4. Nilai kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
5. Nilai ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.

3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatiakan gerak geri Tuan Puteri.

Sabtu, 14 Mei 2011

NOVEL KEMBARA AMIRA: NILAI DAN PENGAJARAN

NILAI

CONTOH

Kecekalan

Walaupun pergelangan tangannya terseliuh selepas terlibat dalam suatu kemalngan, Profesor Zaidah tetap meneruskan usahanya mencari gali bahan arkeologi.

Bantu-membantu

Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai.

Kasih sayang

Jidin membesarkan Samantha atau Ipah dengan penuh kasih saying walaupun kaumnya tidak menerima Samantha kerana berlainan rupa denga orang asli.

Setia kawan

Amira mengajak Jacinta menghabiskan cuti bersama dengan ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya supaya Jacinta tidak keseorangan di asrama.

Belas kasihan

Ludin amat simpati terhadap Tau yang mengasingkan diri daripada kaumnya kerana kecewa dengan tindakan Ipah yang lari meninggalkannya tanpa sebab.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah

Amira dan Jacinta mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya.

Kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah

Ludin membantu merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan kaedah rawatan herba.

Kita perlu mengamalkan kerja secara berpasukan untuk memastikan usaha kita membuahkan hasil

Amira, Jacinta, dan Itai sering melakukan pekerjaan secara berkumpulan seperti membantu mencari dan mengesan Malique yang hilang.

Kita harus berani bertindak untuk menyelamatkan nyawa

Pak Lias berani berdepan dengan makhluk berbulu tebal yang cuba menyerangnya demi menyelamatkan nywa Amira, Itai, Roslan dan Malique.

Janganlah kita lupa asal usul kita

Itai yang kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan tidak lupa aka nasal usulnya yang pernah dibesarkan oleh Ludin di perkampungan suku Orang asli Semai.

NOVEL KEMBARA AMIRA: LATAR

LATAR MASA

LATAR TEMPAT

PERISTIWA

Malam

Di dalam Kereta api

Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa

Pagi

Stesen Kereta api Dahan Hijau

Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya

Tengah hari

Sungai Bukit Mat Raya

Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas.

Petang

Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya

Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang Asli


Gunung Gua Gajah

Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang mencintai alam semula jadi

Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan

Masyarakat yang saling membantu

Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan.

Masyarakat yang mencintai ilmu

Itai yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba.

Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi

Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi.

NOVEL KEMBARA AMIRA: WATAK DAN PERWATAKAN

PERWATAKAN WATAK UTAMA : AMIRA AMIR

- Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university

- Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional.

- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar,

dan manja.

- Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.

- Berani : Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.

-. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin.

- Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira

- Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : ITAI

- Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira.

- Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau

- Pelajar sekolah menengah yang pintar

- Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

- Berani : Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.

- Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.

- Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : JACINTA

- Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar

negara

- Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang

- Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu

- Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.

- Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar.

- Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya.

- Meminati seni hiasan dan kecantikan : Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : MALIQUE / SABI

- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai

- berusia awal 20-an

- Anak sulung Tau dan Ipah

- bertubuh besar dan tegap

- Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique membantu O’Hara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu.

- Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.

- Taat kepada ibu : Malique mengikut O’Hara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu.

- Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi computer.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : TAU

- Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an

- Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam

- Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.

- Penyayang : Dia amat menyayangi anak-anaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemarankanak-kanak itu.

- Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya berpeluang menjadi ketua masyarakat.

- Baik hati : Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.

- Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie mencederakan Pak Lias.

PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH

- Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah.

- Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi

- Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira

- Cekal : Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.

- Bersikap professional dalam menjalankan tugas : Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.

- Suka membantu : Beliau membantu MAlique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong Orang Asli.

- Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan.

NOVEL KEMBARA AMIRA: PLOT

BAHAGIAN PLOT

HURAIAN

Bahagian Pengenalan / Eksposisi

Pembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang berada di dalam kereta api menuju ke Bukit Mat Raya. Mereka akan menghabiskan masa cuti sekolah di tapak projek arkeologi yang diketuai oleh ibu Amira, Profesor Zaidah. Ketika berehat di kawasan air terjun, Amira berkenalan dengan MAlique, pemuda yang sama di dalam kereta api. Malique dipertanggungjawabkan menyediakan laporan tentang projek cari gali emas di Bukit Kerengga.

Bahagian Perkembangan

Amira dihanyutkan oleh arus deras sungai ketika menunggu MAlique di kawasan air terjun. Amira hamper lemas, tetapi diselamatkan oleh Itai dan Tau. Malique pulq menemani john O’Hara ke Pulau Pinang untuk berbincang dengan pelabur emas. Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Pak Lias menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit. Kemalangan itu menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh.

Bahagian Konflik

Itai membawa Amira ke hulu sungai yang mempunyai ketulan emas. Mereka mengambil emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan makhluk berbulu hitam.Tau membawa Amira, Itai, Dr, Zawawi, dan Rusdi ke Gunung Gua Gajah. Mereka menemukan lakaran pada dinding gua dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Malique pula hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Dia disembunyikan oleh makhluk berbulu di sebuah pondok.

Bahagian Klimaks / Puncak

Amira, Itai, Jacinta, dan Pak Lias Berjaya menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Mereka nyaris diserang makhluk berbulu hitam tetapi diselamatkan oleh Pak Lias. Misteri makhluk itu terbongkar apabila Ludin tiba di puncak gunung. Tau rupanya yang menyamar sebagai makhluk itiu. Jennifer yang baru tiba di hutan itu sebenarnya isteri Tau manakala MAlique dan Itai ialah anak Tau.

Bahagian Peleraian

Amira kini bergelar mahasiswa dalam bidang aeroangkasa di sebuah university di ibu Negara. Sebelum pulang bercuti, Amira membaca e-mel yang dihantar oleh ibu dan rakan-rakannya. Itai melanjutkan pelajaran di Kubang Kerian dalam bidang perubatan. Jacinta menguruskan perniagaan fesyen bapanya di Paris. Ibu Amira masih meneruskan kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Malique Berjaya menggagalkan projek cari gali emas. Dr. Zawawi bertukar bidang, iaitu terlibat dalam aktiviti mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut.

NOVEL KEMBARA AMIRA: PERSOALAN

PERSOALAN

HURAIAN

Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya

Tau akhirnya bertemu dengan anaknya Sabi yang telah dilarikan isterinya Ipah. Tau dapat mengenali Sabi meskipun anaknya itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique.

Persahabatan erat antara dua insane berlainan bangsa

Amira dan Jacinta berkawan baik bukan sekadar semasa di sekolah sahaja. Jacinta sering mengikuti ke mana-mana sahaja Amira pergi. Selain itu, banyak rahsia hidup Jacinta diketahui Amira.

Semangat kerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan

Pelajar Profesor Zaidah saling bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja arkeologi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar projek cari gali mereka berjalan lancar.

Kemusnahan hutan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kehidupan manusia

Kemalangan yang menimpa Pak Lias dan Profesor Zaidah apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. Hal ini membuktikan bahawa kemusnahan alam sekitar member kesan buruk kepada kehidupan kita.

Hutan menyimpan pelbagai khazanah yang berharga

Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh disembuhkan dengan menggunakan daun-daun herba yang diambil dari hutan oleh Ludin.

Sikap tamak manusia yang mementingkan keuntungan berbanding kesejahteraan alam sekitar

Tindakan John O’Hara yang berusaha mencari gali emas akan menyebabkan kawasan hutan musnah .

NOVEL KEMBARA AMIRA : TEMA

PERNYATAAN TEMA

HURAIAN

Kesanggupan remaja menyertai aktiviti lasak dan mencari pengalaman yang mencabar untuk mengisi masa cuti sekolah.

Amira Amir menghabiskan cuti sekolah dengan membantu ibunya Profesor Zaidah melakukan kerja-kerja arkeologi di Bukit Mat Raya. Amira menempuh banyak pengalaman yang sangat mencabar sepanjang berada di tapak arkeologi itu. Antaranya, lemas di dalam sungai, berkenalan dengan remaja suku Orang Asli Semai, memahami corak kehidupan masyarakat Orang Asli, bertemu dengan Malique, dan menghadapi pelbagai dugaan semasa mencari Malique yang hilang di dalam hutan.

Perkenalannya dengan Itai, iaitu remaja dari suku Orang Asli Semai menjadikan Amira lebih dekat kepada alam sekitar, berusaha menjaga alam sekitar, serta menghalang kegiatan cari gali emas. Di samping itu, dia menimba banya pengalaman berharga apabila turut serta dalam usaha cari gali itu. Dia juga menemukan tembikar dan lakaran manusia purba di dinding Gunung Gua Gajah.