Ahad, 22 Ogos 2010

Hikayat Khoja Maimun

Sinopsis

Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam. Isterinya pula bernama Bibi Zainab. Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor burung bayan dengan harga yang sangat mahal. Mereka juga membeli seekor burung tiong. Kedua-dua burung itu boleh berkat-kata.

Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi berlayar untuk berniaga. Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burng bayan dan burung tiong di rumah. Beberapa lama kemudian, Bib Zainab terkenang akan suaminya lalu duduk di tingkap memerhatikan alam sekeliling. Bibii Zainab terpandang anak raja yang lalu berhampiran rumahnya, lalu beliau jatuih hati kepadanya. Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya untuk bertemu Bibi Zainab. Setelah mendengar cerita perempuan tua itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja bahawa beliau akan bertemu baginda pada malam harinya.

Setelah malam hari, Bibi Zainab memakai pakian yang indah dan bau-bauan yang harum dengan tujuan untuk bertemu anak raja Sebelum keluar, Bibi Zainab memberi tahu burung tiong akan perasaannya dan meminta izin untuk bertemu anak raja itu. Burung tiong berasa marah kerana Bibi Zainab cuba berlaku curang terhadap suaminya. Bibi Zainab berasa marah lalu menangkap burung tiong yang berada dalam sangkar lalu menghempaskannya ke lantai. Burung tiong mati. Burung Bayan melihat kejadian itu, tetapi pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian itu.

Bibi Zainab mengejutkan burung bayan untuk meminta izin keluar rumah untuk berjumpa anak raja. Burung Bayang tahu jika dia melarang Bibi Zainab keluar, pasti dia akan menerima nasib yang sama seperti burung tiong. Burung Bayang membenarkan Bibi Zainab untuk berjumpa anak raja. Bagimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung baying telah bercerita kisah burung bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar. Bibi Zainab tertarik untuk mendengar cerita itu, lalu meminta burung bayan untuk menceritakannya sehingga waktu subuh. Sebaik sahaja habis bercerita, burung bayan menyuruh Bibi Zainab pergi dengan segera berjumpa dengan anak raja. Walau bagaimanapun, Bibi Zainab tidak jadi pergi kerana hari telah siang.

Pada malam kedua Bibi Zainab juga bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja berkenaan. Sebelum keluar, Bibi Zainab sekali lagi meminta kebenara burung bayan . Burung bayan sekali lagi membenarkan Bibi Zainab berjumpa dengan buah hatinya, Tetapi sebelum Bibi Zainab kelaur, burung bayan menceritakan Hikayat Taif. Lantas Bibi Zainab mendengar cerita Hikayat Taif daripada burung bayan sehingga pagi. Sekali lagi hasrat Bibi Zainab tidak kesampaian.

Pada malam ketiga, Burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemu anak raja. Dalam pada masa yang sama, burng bayan mencerita kisah suami yang cemburu. Lantas Bibi Zainab seklai lagi duduk mendengar cerita burung bayan sehingga pagi dan tidak jadi keluar untuk bertemu anak raja.

Pada malam keempat, Bibi Zainab sekali lagi berusaha untuk berjumpa anak raja berkenaan. Seperti yang telah diamanahkan oleh suaminya, Bibi Zainab meminta izin daripada burung bayan untuk berjumpa buah hatinya. Burung baying sdeperti biasa membenarkan Bibi Zainab menunaikan hasratnya. Tetapi pada malam tertsebut, burung baying menceritakan kisah Hikaya Serimala dengan PAndai Emas. Bibi Zainab sekali terpesona dengan cerita itu lalu meminta burung bayan menceritakannya supaya boleh dijadikan pengajaran untuk dia berbakti kepada suaminya.


Tema

Kebijaksanaan dalam memberi nasihat. Burung bayan telah bertindak dengan bijak untuk memelihara kesetiaan dan ketaatan Bibi Zainab terhadap suaminya. Kalau dia mengikut langkah burung tiong melarang Bibi Zainab bertemu anak raja, pasti dia juga akan mati. Manakala pendakatan burung bayan dengan cara bercerita telah menarik perhatian Bibi Zainab untuk dijadikan pengajaran agar tetap setia kepada suaminya.

Persoalan

  1. Tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga kehormatan dan kesucian diri sewaktu suami keluar mencari rezeki. Isteri yang baik akan menjaga dirinya supaya tetap setia kepada suaminya, walaupun suami tiada di rumah.

  1. Kebijasanaan bertindak. Khoja Maimun telah bertindak dengan bijak untuk membeli burung bayan dan burung tiong yang dapat menjaga dan mengawal isterinya daripada terjerumus ke lembah maksiat.

  1. Suami yang bertanggung jawab. Khoja Maimun adalah seorang yang bertanggung jawab kerana sanggup keluar jauh untuk mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan isterinya yang cantik dalam tempoh yang lama.

Nilai

Pengajaran.

  1. Bijaksana. Burung bayan telah bertindak dengan bijaksana secara bercerita sehingga Bibi Zainab terleka untuk bertemu anak raja.

SEtiap tindakan yang hendak dilakukan hendak secara bijaksana agar dapat diterima oleh orang lain tanpa sebarang masalah.
  1. Berani. Burung tiong telah bertindak dengan berani untuk mengakkan kebenaran, walaupun dia menerima hukuman mati.

Untuk menegakkan kebenaran, kita perlu berani walaupun terpaksa menerima hukuman yang berat.
  1. Jujur dan setia. Sikap jujur dalam berumah tangga penting untuk memelihara kerukunan rumah tangga.

Kesetiaan dan kejujuran adalah penting dalam sesuatu perkahwinan. Jika berlaku curang, sesebuah rumahtangga akan hancur berkecai.
  1. Kasih sayang. Walaupun Khoja Maimun terpaksa keluar jauh, beliau telah membeli dua ekor burung untuk memastikan isteri beliau tidak kesunyian.

Kehidupan berumahtangga perlu dipupuk dengan kasih sayang.


Watak

Burung Bayan

  1. Pandai berkata-kata, dan bercerita.
  2. Memiliki semangat kesetiaan yang tinggi kepada tuannya.
  3. Bertindak secara bijaksana untuk mencapai maksudnya melarang Bibi Zainab bertemu anak raja.


Bibi Zainab

  1. Isteri Khoja Maimun yang cantik dan masih muda.
  2. Oleh kerana terlalu lama ditinggalkan suami, beliau berniat untuk berlaku curang, tetapi berjaya dihalang melalui kebijaksanaan burung bayan.
  3. Tidak kuat iman dan mudah terpedaya melalui kedudukan seseorang.

Khoja Maimun

  1. Suami kepada Bibi Zainab.
  2. Ahli perniagaan yang ternama.
  3. Bersifat penyanyang terhadap isterinya.
  4. Bertindak secara bijak dengan membeli dua ekor burung untuk menemani isterinya
Dipetik daripada Blog Cikgu Hj. Amin (http://hjamin.blogspot.com)

3 ulasan:

  1. laman ini mmnag sgt bergna kpada para remaja sperti sy untuk mencari rujukan..
    sy perlu lmm web sperti ini pada bila2 masa..

    BalasPadam
  2. laman ini sngt brgna kpda sya untk mncri maklmt tntng komsas bhsa melyu..

    BalasPadam
  3. Tq..Sgt berguna terutamanya sbgai rujukan utk last minute...

    BalasPadam