Isnin, 25 Oktober 2010

Seloka Emak Si Randang

MAKSUD:-

  • Emak Si Randang yang baik hati sanggup menanakkan nasi kepada orang dagang yang lalu di depan rumahnya. Kerana ketiadaan kayu api, dia telah merobohkan rumahnya untuk mendapatkan kayu api. Disebabkan nasi telah dijamu kepada orang lain, anak sendiri yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Apabila dagang itu pergi, dia kerugian ditambah pula kerana beras habis dan tanaman padi juga tidak menjadi.

TEMA:-

  • Sindiran kepada orang yang suka bertindak tanpa berfikir baik buruknya.

PERSOALAN:-

  1. Lebih mementing orang daripada diri sendiri.
  2. Menghulurkan bantuan sehingga membebankan diri.
  3. Bertindak tanpa menggunakan akal yang bijak.
Pengajaran:-

Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil daripada Seloka Emak Si Randang, antaranya:-

  • Kita mestilah mengukur kemampuan diri sebelum membantu orang lain.
  • Kita seharusnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agar tidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
  • Kita sepatutnya berbuat baik kepada orang tetapi biarlah berpada-pada.
  • Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.
NILAI:-
  1. Berfikiran rasional
  2. Baik budi
  3. Bijaksana dalam tindakan
  4. Berhati-hati

GAYA BAHASA:-

  1. Sinkope / singkof > Beras habis padi tak jadi.
  2. Asonansi > Anak pulang kelaparan.
  3. Aliterasi > Dagang pergi awak terhutang.
  4. Anafora > Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan.
  5. Hiperbola > Tiada kayu rumah diruntuhkan.
Disalin daripada Blog Cikgu Azemi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan