Selasa, 21 Februari 2012

Tanggar Amanat

Sinopsis

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalusinasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Tema

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halusinasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Hawa
- keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah.
- Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
- Seorang yang setia dalam hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam, suaminya.
- Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
- Isteri kepada Adam.


Watak sampingan

Adam
- Suami Hawa.
- Seorang yang penyabar. Adam sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
- Mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.

Janin
- .Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
- Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberikan pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
- Ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.
- Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabaran. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah bersabar menghadapi tekanan. Contohnya, Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan