LATAR MASA | LATAR TEMPAT
| PERISTIWA |
Malam | Di dalam Kereta api | Amira dan Jacinta menuju ke stesen Dahan Hijau untuk ke Bukit Mat Raya yang terletak di banjaran Titiwangsa |
Pagi | Stesen Kereta api Dahan Hijau | Amira dan Jacinta menunggu kedatangan Pak Lias untuk ke Bukit Mat Raya |
Tengah hari | Sungai Bukit Mat Raya | Amira berkenalan dengan Itai. Itai membakar ikan sebagai makanan tengah hari Amira yang baharu diselamatkan daripada mati lemas. |
Petang | Perkampungan orang Asli Bukit Mat Raya | Amira melawat Itai yang telah dikurung selama dua hari kerana melanggar peraturan orang Asli |
| Gunung Gua Gajah | Kumpulan Profesor Zaidah yang diketuai Dr. Zawawi mengikut Tau ke gua itu dan menemui banyak artifak sejarah antaranya lukisan di dinding gua. |
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang mencintai alam semula jadi | Ludin, Tau, Itai, Malique, Jennifer dan kumpulan Profesor Zaidah amat mencintai hutan dan keindahan alam semula jadi. Tau bertindak terhadap pembalak dan pekerja cari gali emas kerana dia menganggap kumpulan itu akan memusnahkan kawasan hutan |
Masyarakat yang saling membantu | Itai dan Tau menyelamatkan Amira yang hamper mati lemas. Mereka juga membantu mencari Jacinta yang sesat di dalam hutan. |
Masyarakat yang mencintai ilmu | Itai yang pernah menang dalam Pertandingan Saintis Muda dengan mengemukakan rawatan berasaskan herba, masih berhasrat memperdalam ilmu pengetahuannya. Dia menanya Amira dan Jacinta tentang laman web yang memberikan maklumat rawatan berasaskan herba. |
Masyarakat yang celik teknologi maklumat dan komunikasi | Amira mengendalikan laman web ibunya dan kerap mengemaskinikan laman tersebut dengan laporan penemuan bahan kajian arkeologi. |
boleh x saya kta latar masa :
BalasPadamwaktu cuti sekolah?