PERWATAKAN WATAK UTAMA : AMIRA AMIR
- Anak kepada Profesor Zaidah ,pensyarah arkeologi di sebuah university - Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. - Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja.
- Baik hati : Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta. Dia mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.
- Berani : Amira mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Kebanyakan aktiviti kembara bersama-sama Itai dilakukan tanpa pengetahuan ibunya.
-. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin.
- Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira
- Berdikari : Amira bertindak mengajak Itai menyelamatkan Malique tanpa meminta bantuan ibu dan orang dewasa yang lain. |
PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : ITAI
- Remaja lelaki Orang Asli suku Semai seusia dengan Amira. - Anak kedua kepada pasangan Ipah atau Jennifer atau Samantha dan Tau - Pelajar sekolah menengah yang pintar
- Sedia membantu orang lain : Dia berusaha memujuk Jacinta yang merajuk kerana ditanyakan hal peribadi. Bersama-sama Amira, Itai mengambil emas dari sungai walaupun melanggar peraturan kaumnya untuk dihadiahkan kepada Jacinta.
- Berani : Itai menyelamatkan Amira yang hampir mati lemas dibawa arus deras sungai. Itai juga membantu mencari Jacinta dan Malique yang hilang di hutan.
- Rajin belajar : Apabila cuti sekolah, Itai kembali ke perkampungan dan belajar pelbagai ilmu tentang hutan daripada Tau.
- Bertanggungjawab : Itai menjaga keselamatan Amira ketika meredah hutan untuk mengambil emas. Dia menutup mata Amira apabila makhluk berbulu itu melibas parang kea rah orang yang ditawannya.
|
PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : JACINTA
- Anak hartawan yang menjalankan pelbagai perniagaan di dalam dan di luar negara - Berketurunan Cina dan berasal dari Pulau Pinang - Telah kematian ibu sejak empat tahun yang lalu
- Mudah merajuk : Dia kerap tidak pulang ke banglonya di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada musim cuti sekolah kerana dia berasa jauh hati setelah bapanya berkahwin lain.
- Tidak tahan menghadapi cabaran : Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah. Dia tidak tahan bau busuk daripada najis kelawar.
- Mementingkan diri sendiri : Jacinta tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang sebagai protes bapanya berkahwin lain. Dia tidak mempedulikan perasaan orang lain akibat perbuatannya.
- Meminati seni hiasan dan kecantikan : Setelah tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan fesyen di Paris. Dia juga tertarik dengan rantai batu kuarza milik Amira.
|
PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : MALIQUE / SABI
- Remaja lelaki berketurunan Inggeris dan Orang Asli suku Semai - berusia awal 20-an - Anak sulung Tau dan Ipah - bertubuh besar dan tegap
- Sayang akan alam semula jadi : Walaupun Malique membantu O’Hara untuk menyimpan semua laporan dan data tentang emas di dalam system komputernya supaya pelabur-pelabur dapat maklumat terbaharu tentang projek cari gali emas di hutan itu.
- Redha pada ketentuan Ilahi : Malique berusaha menerima Tau sebagai bapanya setelah mengetahui keadaan sebenarnya. Dia sanggup tinggal di dalam hutan sehingga kakinya sembuh dan enggan mengikut Jennifer pulang ke Melaka.
- Taat kepada ibu : Malique mengikut O’Hara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu.
- Tidak lupa asal usul : Malique tidak membantah apabila dia dicalonkan untuk menjadi ketua kaumnya bagi menggantikan Ludin .Dia juga kembali ke kampungnya untuk berbakti kepada masyarakat kampong dan penduduk Dahan Hijau dengan projek literasi computer.
|
PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : TAU
- Lelaki Orang Asli dari suku kaum Semai. Berusia dalam lingkungan 40-an - Bertubuh tegap, sasa dan berkulit hitam - Mahir mengesan sesuatu di dalam hutan.
- Penyayang : Dia amat menyayangi anak-anaknya Sabi dan Itai. Ketika Sabi kecil, dia sering member Sabi makan daging bakar yang menjadi kegemarankanak-kanak itu.
- Sanggup berkorban : Tau sanggup mengahwini adik angkatnya Ipah yang berketurunan Inggeris demi abangnya Ludin supaya abangnya berpeluang menjadi ketua masyarakat.
- Baik hati : Dia bersusah payah selama empat jam mencari Jacinta yang hilang di dalam hutan.
- Mengakui kesalahan : Tau meminta maaf daripada Pak Lias atas sikapnya yang ganas ketika dia dipengaruhi roh beruang dan hampie mencederakan Pak Lias.
|
PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN : PROFESOR ZAIDAH
- Pakar arkeologi yang berasal dari Kedah. - Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi - Berusia 40-an dan merupakan ibu Amira
- Cekal : Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan kerjanya, antaranya anaknya Amira hamper mati lemas, beliau tetap meneruskan projek mencari gali bahan arkeologi di hutan itu.
- Bersikap professional dalam menjalankan tugas : Dia memasukkan maklumat penemuannya dalam sistem komputer. Beliau juga tenang berhadapan dengan sebarang masalah, sehingga tidak diketahui ahli kumpulannya.
- Suka membantu : Beliau membantu MAlique mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan projrk teknologi komunikasi di kampong Orang Asli. - Tegas : Walaupun Amira dan Jacinta bukan pelajar university yang terlibat dalam kerja mencari gali, namun beliau tetap tegas supaya mereka juga mematuhi peraturan. |
Sabtu, 14 Mei 2011
NOVEL KEMBARA AMIRA: WATAK DAN PERWATAKAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
menarik juga cikgu...i harap i dapat mbuat peperiksaan percubaan ku ni dgn baik.....drpd kurnia dan nota yg guru ku ni berikan......
BalasPadam