RANGKAP | MAKSUD |
1 | Orang berakal atau cerdik dianggap lebih mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Mereka yang menjadi pengikut akan turut dipandang mulia dan dapat kebahagiaan hidup |
2 | Orang berakal akan mencari keadilan dan membela mereka yang teraniaya. |
3 | Orang berakal berpandangan jauh. Mereka teliti dalam memilih kawan dan setia kepada sahabat-sahabat mereka. Orang berakal tidak akan berkawan dengan orang jahat. |
4 | Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan hukum-hakam agama. Mereka tidak tamak kerana mereka tahu matalamat akhir mereka ialah kehidupan kekal di akhirat. |
5 | Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh orang atasan/ orang besar. Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja dan tidak bersikap mengada-ada. |
6. | Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu mereka dikasihi orang atasan. Mereka tidak akan membuang saudara-mara dan sahabat handai mereka. |
7. | Orang berakal tidak akan bosan mengejar ilmu. Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya. |
- Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.
- Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.
- Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
- Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.
- Menjauhi sifat tamak yang buruk.
- Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
- Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
- Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.
- Kerajinan - menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.
- Bijaksana - bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat.
- Kesederhanaan - tidak sombong dan meninggi diri.
- Ketabahan - melawan sifat tamak.
- Baik hati - berbudi bahasa dalam pergaulan.
- Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu.
- Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
- Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
- Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk.
- Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
- Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
- Kita wajib taat akan perintah Tuhan.
Blog Cikgu Hj Amin (http://hjamin.blogspot.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan