Isnin, 8 Februari 2016

Novel Songket Berbenang Emas (Sinopsis Bab 21 - 28)



Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai   raya   untuk   bergotong-royong   bagi   majlis   sambutan   Maulidur   Rasul   yang   akan diadakan  malam  nanti  .  Dahlia  membantu  kerja-kerja memasak  di  situ.  Tauke  Lim  turut  menyumbangkan  barang-barang  untuk  sambutan  tersebut.Haji  Sulaiman  selaku  ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di  balai  raya  itu.  Kedatangan  Abu  Bakar  mengejutkan  Dahlia  kerana  dia  tidak  menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
 Aton  banyak  bercakap  daripada  melakukan  kerja.  Dia  memberitahu  Mak  Aji,isteri Haji  Sulaiman  bahawa  Dahlia  membawa  lelaki  silih  berganti ke  rumahnya.    Kata-kata  Aton telah  menyebabkan  Dahlia  bersedih.  Abu  Bakar  yang  terdengar  akan  kata-kata  Aton  itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia  memberitahu  telah  banyak  dugaan  yang  ditempuhinya.  Abu  Bakar  juga  telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22:  Kain Merah yang Reput
Abu  Bakar  telah  insaf  akan  perbuatannya  yang  terpengaruh  oleh  kawan-kawannya yang  datang  daripada  keluarga  yang  senang.  Dia  banyak  membantu  dalam  melakukan kerja-kerja rumah.Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu  mengemas  barang-barang  di  bawah  rumahnya, Abu  Bakar  terjumpa    kain merah  yang  hampir  reput  membalut  dua  biji  telur  ayam  yang  mengandungi  jarum  peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana  di  kampung  itu.  Keadaan  ini  merisaukan  Dahlia.  Dahlia  telah  pergi  ke  rumah Nek   Kiah   dan   didapati   neneknya   sedang   sakit.   Namun begitu,   Nek   Kiah   telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.Kavita  memberitahu  Dahlia  bahawa  Najib  begitu  berharap  agar  Dahlia dapat  menerima  cintanya.  Akan  tetapi,  Dahlia  hanya menganggap  Najib  sebagai  sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa  pulang  ke  rumah,  Dahlia  amat  gembira  apabila  mendapati  emaknya  telah pulang  dari  hospital.  Saleha  telah  pulih  daripada  penyakitnya.Azhari  juga  ada  bersama-sama  ketika  itu.  Dahlia  mengajak  Azhari    pergi  ke  rumah  neneknya.Nek  Kiah  terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek  Kiah  tinggal  di  rumah  Embong  selepas  dimasukkan  ke  wad  selama  dua  hari. Nek  Kiah  berasa  bersalah  terhadap  keluarga  Embong. Mereka  melayan  Nek  Kiah  dengan baik.  Anak-anak  dan  cucunya  yang  lain,  termasuk  Seman  langsung  tidak  menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan  jambatan  telah  patah  dan  orang  kampung telah  mula  mengemas  barang-barang  untuk  berpindah  ke  balai  raya.Embong  dah  ahli  keluarganya  turut  berkemas  untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia  dan  keluarganya  berpindah  dengan  menaiki  bot  ke  balai  raya.  Terdengar rungutan  penduduk  tentang  keadaan  yang  berlaku  itu.  Bagi  Haji  Sulaiman,  banjir  yang  berlaku  itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga  tinggal  di  rumahnya.  Mereka  bersyukur  akan  perubahan  Nek  Kiah.  Nek  Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan  ucapan  kepada  penduduk  Kampung  Parit  Haji  Rais.  Beliau  menyeru  agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga.Beliau  juga  berharap  supaya  penduduk  kampung  bersatu  dan  bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.  Kesan  daripada  kata-kata  Haji  Sulaiman,penduduk  kampung  itu  mulai  insaf  dan mereka telah bergotong-royong  membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.  Haji  Sulaiman  bangga  akan  perubahan  sikap  penduduk  kampungnya.  Begitu  juga dengan  Tauke  Lim.Dahlia  amat  terharu  dan  terasa  dirinya  tidak  disisihkan.  Tauke  Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM,akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia    sibuk    membuat    persiapan    terakhir    sebelum    peperiksaan    STPM menjelang.Dalam  kesibukan  itu,  Azhari  telah  datang dengan  ibunya  bagi  membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas  tamat  peperiksaan,Dahlia  berasa  sedih  kerana  terpaksa  berpisah  dengan kawan-kawannya.Dahlia  juga memberitahu  Siti Wangi  dan  Kavita  tentang  pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di  Jepun selama empat tahun. Pemilihan   Dahlia   dibuat   atas   cadangan   sekolahnya   dan   Jabatan   Pelajaran   Johor berdasarkan  pencapaiannya  dalam  peperiksaan.  Sebelum  bertolak  ke  Jepun  Dahlia  akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari  terdengar  berita  itu  ketika  dia  datang  untuk  membeli  cincin  pertunangan mereka.Dia  mengucapkan  tahniah  dan  merelakan  Dahlia  belajar  di  Jepun.Dahlia  akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia  amat  gembira  kerana  hubungan  keluarganya  dengan  Nek  Kiah  semakin rapat.  Akan  tetapi,  Dahlia  rasa  sedikit  berduka  kerana  dia  akan  ke  Kuala  Lumpur  selepas pertunangannya.Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. 
Dahlia  teringat  kembali  kenangannya  sewaktu  pergi membeli  cincin  dengan  Azhari. Kawan  –kawan  Dahlia    dan  Cikgu  Hisyam  turut hadir  sewaktu  majlis  pertunangannya.  Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga  sampai.Dahlia  semakin  risau.  Abahnya  menyuruh Dahlia  berkemas  untuk  bertolak  ke Kuala  Lumpur.  Haji  Sulaiman  menyerahkan  sumbangan  orang  kampung  kepada  Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya,  Dahlia  tiba  di  stesen  bas  Bandar  Penggaram  yang  jauhnya  kira-kira  17 kilometer dari kampungnya.Azhari datang berjumpa dengan Dahlia  dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.Sebelum menaiki  bas,  Azhari  telah  menghadiahkan  sehelai  songket  berbenang  emas  berwarna merah  kepada  Dahlia.Azhari  juga  menyebut  “Koi-bito”  yang  tidak  diketahui  maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana sahaja.

Novel Songket Berbenang Emas (Sinopsis Bab 11 - 20)



Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong  marah  akan  Abu  Bakar,anak  lelaki  tunggal  yang  tidak  boleh  diharap  dan suka  berseronok  sahaja.  Abu  Bakar  kerap  tidak  pulang  ke  rumah.  Kemarahan  Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.Tiba-tiba  Embong  berasa  kesal  dan  takut.  Lamunan  Embong terhenti  apabila  Mawar,anaknya yang  bersekolah  di  Sekolah  Menengah  Sains  Johor  di Kluang,  pulang  bercuti.  Mawar memberitahu  bahawa  dia  balik  kerana  rindu  akan  emaknya.  Mawar  bertanya  tentang emaknya  tetapi  Embong  mengatakan  nanti  Mawar  akan  tahu  sendiri.  Pada  hari  itu,  Dahlia pergi   menziarahi   emaknya   di   Hospital   Permai.   Embong   tidak   pergi   kerana   masalah kewangan.  Beliau  tidak  sanggup    lagi  untuk  meminjam  daripada  Haji  Sulaiman  dan  Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya. 

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai               
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik.  Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita  itu  mencadangkan  agar  Dahlia  berjumpa  dengan  doktor  yang  merawat  emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin  mengetahui  hal-hal  yang    menyebabkan  emaknya menjadi  sebegitu.  Beliau  juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.  Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia  melawat emaknya di bilik 16.  Dahlia  terkejut  kerana  Azhari  bekerja  di  situ. Azhari  memberitahu    bahawa  dia  bekerja sementara  di  situ  baru  dua  minggu.  Azhari  ingin  mengetahui  punca  Dahlia  berada  di  situ. Dahlia  dan  Azhari  pergi  melawat  emaknya,  tetapi  Saleha  tidak  mengenali  anaknya  itu  dan dikatakan  Dahlia  sebagai  pengutip  hutang.  Keadaan  tersebut  sangat  menyedihkan  Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ. 

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong  terkejut  apabila  melihat  Dahlia  pulang  dengan  kereta  yang  dipandu  oleh seorang  lelaki.  Embong berprasangka  yang  bukan-bukan  terhadap  Dahlia.Pada  malam  itu, Dahlia  memberitahu  keluarganya  supaya  tidak  risau  akan  keadaan  Saleha  yang  sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara  sebenar.  Dahlia  tidak  mahu  adik-adiknya  risau  akan  keadaan  emak  mereka. Tambahan  pula,  Mawar  akan  menghadapi  peperiksaan  SRP  tidak  lama  lagi.Dahlia  juga memberitahu  abahnya  bahawa  dia  telah  keluar  dari  asrama.Tiba-tiba,  Embong  terdengar sesuatu  di  kandang  kambingnya.  Embong  terkejut  apabila  melihat  dua  ekor  kambing peliharaannya telah hilang. 

Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke  Lim  datang  kerana  mahu  membeli  kambing  Embong. Dia  berasa  hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing  itu  menjadi  harapannya.Embong  yakin  kambing  peliharaannya  telah  dicuri  orang. Embong  meminta  Tauke  Lim  memberitahu  kepadanya  jika  ada  orang  yang  ingin  menjual kambing  kepada  Tauke  Lim  kerana  dia  ingin  memastikan  sama  ada  kambing  itu  miliknya atau milik orang lain. 
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari  masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu  bapanya  mendesaknya  berbuat  sedemikian.  Kemudian,  Dahlia  dikejutkan  dengan kedatangan  tetamu.  Rupa-rupanya  yang  datang  itu  ialah  rombongan  keluarga  Azhari  yang ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga  Azhari  telah  datang  merisik  Dahlia.Embong berasa  berat  untuk  menerima lamaran  tersebut  kerana  Dahlia  merupakan  anak  sulung  yang  menjadi  harapan  keluarga. Embong  sangat  berharap  Dahlia  dapat  belajar  hingga ke  universiti  dan  dapat  membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke  Kuala  Lumpur.  Beliau  mengatakan  bahawa  perkara  itu  tidak  menjadi  halangan  kepada ikatan  Azhari  dan  Dahlia.  Mereka  sanggup  menunggu  Dahlia  hingga  tamat  pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas  meja.  Selepas  itu,  Embong  bersiap-siap  untuk  menunaikan  solat  di  masjid.  Semasa mandi,Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya. 

Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong   terpaksa   dimasukkan   ke   wad   untuk   mendapatkan   rawatan.Semasa ketiadaan  abahnya,  Dahlia  terpaksa menguruskan  banyak  perkara.Melihatkan keadaan  itu, Mawar  menyuarakan  hasratnya  untuk  berhenti  sekolah agar  dapat  menjaga  adik-adiknya. Dahlia  melarang  hasrat  Mawar  kerana  Mawar  pernah  berjanji  kepada  emak  mereka  untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. 
Sewaktu  Dahlia  melawat  abahnya  di  Hospital  Batu  Pahat,  dia  terserempak  dengan Cikgu  Hisyam  dan  Kavita  yang  kebetulan  menghantar  Siti  Wangi  yang  pengsan  semasa menjalani  latihan  bola  jaring.  Kemudian,Cikgu  Hisyam  dan  Kavita  menziarahi  abah  Dahlia. Cikgu  Hisyam  meminta  Kavita  untuk  membuat  salinan  nota-nota  sepanjang    Dahlia  tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada   petang   itu,Nek   Kiah   dan   Seman   datang   melawat   Embong.Nek   Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi  seorang  keluarga  Dahlia  mendapat  bencana.  Nek Kiah  juga  memberitahu  tanah  itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung . Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia   tertekan   kerana   banyak   perkara   yang   difikirkannya.   Antaranya   ialah pelajarannya  yang  banyak  ketinggalan  disebabkan  dia  kerap  ponteng  sekolah,  emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,  Abu  Bakar  tidak  boleh  diharap  untuk  membantunya  dan  juga  hasrat  Azhari  yang ingin  melamarnya.  Semasa  Abu  Bakar  balik  ke  rumah  untuk  menukar  pakaian,Dahlia  memeriksa  dompet  milik  adiknya,  dia  terkejut  apabila  terdapat  RM120  di  dalam  dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari  datang  ke  rumah  Dahlia  untuk  mengambil  pakaian  emak  Dahlia.Azhari terkejut  apabila  dimaklumkan  bahawa  abah  Dahlia  dimasukkan  ke  Hospital  Batu  Pahat kerana   dipatuk   lar.Selepas   Azhari   pergi,   Nek   Kiah datang   untuk   bertanya   tentang rancangannya  untuk  menjual  tanah  tempat  tinggal  keluarga  Dahlia.Jika  keluarga  Dahlia mahu  terus  tinggal  di  situ  mereka  perlu  membayar  sebanyak  RM15000  kepadanya.  Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada  pagi  itu,  Dahlia  membawa  Anggerik  untuk  melawat  abahnya  di  hospital.  Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut   Seman,   Dahlia   telah   bersetuju   untuk   menjual   tanah   tersebut,   tetapi   Dahlia menafikannya.Tauke  Lim  berasa  hairan  akan  sikap  Nek  Kiah  yang  tamak  akan  wang sedangkan   Nek   Kiah   tidak   mengalami   masalah   kewangan.Tauke   Lim   berjanji   akan berbincang  tentang  perkara  itu  dengan  abah  Dahlia.Tauke  Lim  juga  meminta  agar  Dahlia mengajarkan  anaknya,  Ann  dalam  penulisan  karangan  Bahasa  Melayu  kerana  anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.Dahlia bersetuju  untuk  menerima  tawaran  Tauke  Lim  itu.  Dahlia  terkejut  apabila  tiba-tiba  sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu   Hisyam   dan   Kavita   menasihati   Dahlia   supaya   tidak   berhenti   sekolah sebaliknya  terus  bertahan  lebih  kurang  empat  lima  bulan  sahaja  lagi  sebelum  menghadapi peperiksaan.  Namun  begitu,  Dahlia  terasa  amat  sukar  untuk  ke  sekolah  semula  kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah  di  kawasan  itu.  Dahlia  memaklumkan  tanah  itu akan  dijual.  Najib  bersedia  untuk membayar  harga  tanah  tersebut  tetapi  Dahlia  menolak  tawaran  Najib.  Kemudian,  Azhari pula  datang  ke  rumah  Dahlia.  Timbul  pelbagai  persoalan  dalam  hati  Azhari  mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan  Najib  dan  Azhari  ke  rumah  Dahlia  telah menyebabkan  Nek  Kiah memandang serong akan cucunya.Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya.Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah. 

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada  Dahlia  sama  ada  dia  telah  memberitahu  abahnya  tentang  hal  tanah,  Embong menggunakan  kesempatan  itu  untuk  mengenakan  Nek  Kiah  dengan  menggunakan  parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi  membantu  meringankan  beban  abahnya.Akan  tetapi,  Embong  tidak  bersetuju  kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke  Lim  datang  ke  rumah  Embong  dan  menyatakan  kesanggupannya  untuk membayar  harga  tanah yang  mahu  dijual  oleh  Nek  Kiah  supaya  Embong  dan  keluarganya dapat  terus  tinggal  di  situ.  Menurut  Tauke  Lim,  beliau  ikhlas  membantu  demi  kebaikan bersama-sama.