Isnin, 8 Februari 2016

Novel Songket Berbenang Emas (Sinopsis Bab 21 - 28)



Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai   raya   untuk   bergotong-royong   bagi   majlis   sambutan   Maulidur   Rasul   yang   akan diadakan  malam  nanti  .  Dahlia  membantu  kerja-kerja memasak  di  situ.  Tauke  Lim  turut  menyumbangkan  barang-barang  untuk  sambutan  tersebut.Haji  Sulaiman  selaku  ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di  balai  raya  itu.  Kedatangan  Abu  Bakar  mengejutkan  Dahlia  kerana  dia  tidak  menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
 Aton  banyak  bercakap  daripada  melakukan  kerja.  Dia  memberitahu  Mak  Aji,isteri Haji  Sulaiman  bahawa  Dahlia  membawa  lelaki  silih  berganti ke  rumahnya.    Kata-kata  Aton telah  menyebabkan  Dahlia  bersedih.  Abu  Bakar  yang  terdengar  akan  kata-kata  Aton  itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia  memberitahu  telah  banyak  dugaan  yang  ditempuhinya.  Abu  Bakar  juga  telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22:  Kain Merah yang Reput
Abu  Bakar  telah  insaf  akan  perbuatannya  yang  terpengaruh  oleh  kawan-kawannya yang  datang  daripada  keluarga  yang  senang.  Dia  banyak  membantu  dalam  melakukan kerja-kerja rumah.Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu  mengemas  barang-barang  di  bawah  rumahnya, Abu  Bakar  terjumpa    kain merah  yang  hampir  reput  membalut  dua  biji  telur  ayam  yang  mengandungi  jarum  peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana  di  kampung  itu.  Keadaan  ini  merisaukan  Dahlia.  Dahlia  telah  pergi  ke  rumah Nek   Kiah   dan   didapati   neneknya   sedang   sakit.   Namun begitu,   Nek   Kiah   telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.Kavita  memberitahu  Dahlia  bahawa  Najib  begitu  berharap  agar  Dahlia dapat  menerima  cintanya.  Akan  tetapi,  Dahlia  hanya menganggap  Najib  sebagai  sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa  pulang  ke  rumah,  Dahlia  amat  gembira  apabila  mendapati  emaknya  telah pulang  dari  hospital.  Saleha  telah  pulih  daripada  penyakitnya.Azhari  juga  ada  bersama-sama  ketika  itu.  Dahlia  mengajak  Azhari    pergi  ke  rumah  neneknya.Nek  Kiah  terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek  Kiah  tinggal  di  rumah  Embong  selepas  dimasukkan  ke  wad  selama  dua  hari. Nek  Kiah  berasa  bersalah  terhadap  keluarga  Embong. Mereka  melayan  Nek  Kiah  dengan baik.  Anak-anak  dan  cucunya  yang  lain,  termasuk  Seman  langsung  tidak  menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan  jambatan  telah  patah  dan  orang  kampung telah  mula  mengemas  barang-barang  untuk  berpindah  ke  balai  raya.Embong  dah  ahli  keluarganya  turut  berkemas  untuk berpindah ke balai raya.
Dahlia  dan  keluarganya  berpindah  dengan  menaiki  bot  ke  balai  raya.  Terdengar rungutan  penduduk  tentang  keadaan  yang  berlaku  itu.  Bagi  Haji  Sulaiman,  banjir  yang  berlaku  itu ada hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga  tinggal  di  rumahnya.  Mereka  bersyukur  akan  perubahan  Nek  Kiah.  Nek  Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan  ucapan  kepada  penduduk  Kampung  Parit  Haji  Rais.  Beliau  menyeru  agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga.Beliau  juga  berharap  supaya  penduduk  kampung  bersatu  dan  bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.  Kesan  daripada  kata-kata  Haji  Sulaiman,penduduk  kampung  itu  mulai  insaf  dan mereka telah bergotong-royong  membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.  Haji  Sulaiman  bangga  akan  perubahan  sikap  penduduk  kampungnya.  Begitu  juga dengan  Tauke  Lim.Dahlia  amat  terharu  dan  terasa  dirinya  tidak  disisihkan.  Tauke  Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM,akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia    sibuk    membuat    persiapan    terakhir    sebelum    peperiksaan    STPM menjelang.Dalam  kesibukan  itu,  Azhari  telah  datang dengan  ibunya  bagi  membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas  tamat  peperiksaan,Dahlia  berasa  sedih  kerana  terpaksa  berpisah  dengan kawan-kawannya.Dahlia  juga memberitahu  Siti Wangi  dan  Kavita  tentang  pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di  Jepun selama empat tahun. Pemilihan   Dahlia   dibuat   atas   cadangan   sekolahnya   dan   Jabatan   Pelajaran   Johor berdasarkan  pencapaiannya  dalam  peperiksaan.  Sebelum  bertolak  ke  Jepun  Dahlia  akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari  terdengar  berita  itu  ketika  dia  datang  untuk  membeli  cincin  pertunangan mereka.Dia  mengucapkan  tahniah  dan  merelakan  Dahlia  belajar  di  Jepun.Dahlia  akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito
Dahlia  amat  gembira  kerana  hubungan  keluarganya  dengan  Nek  Kiah  semakin rapat.  Akan  tetapi,  Dahlia  rasa  sedikit  berduka  kerana  dia  akan  ke  Kuala  Lumpur  selepas pertunangannya.Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. 
Dahlia  teringat  kembali  kenangannya  sewaktu  pergi membeli  cincin  dengan  Azhari. Kawan  –kawan  Dahlia    dan  Cikgu  Hisyam  turut hadir  sewaktu  majlis  pertunangannya.  Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga  sampai.Dahlia  semakin  risau.  Abahnya  menyuruh Dahlia  berkemas  untuk  bertolak  ke Kuala  Lumpur.  Haji  Sulaiman  menyerahkan  sumbangan  orang  kampung  kepada  Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya,  Dahlia  tiba  di  stesen  bas  Bandar  Penggaram  yang  jauhnya  kira-kira  17 kilometer dari kampungnya.Azhari datang berjumpa dengan Dahlia  dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.Sebelum menaiki  bas,  Azhari  telah  menghadiahkan  sehelai  songket  berbenang  emas  berwarna merah  kepada  Dahlia.Azhari  juga  menyebut  “Koi-bito”  yang  tidak  diketahui  maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan