Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah
akan Abu Bakar,anak
lelaki tunggal yang
tidak boleh diharap
dan suka berseronok sahaja.
Abu Bakar kerap
tidak pulang ke
rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar tidak
mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan
takut. Lamunan Embong terhenti apabila
Mawar,anaknya yang
bersekolah di Sekolah
Menengah Sains Johor
di Kluang, pulang bercuti.
Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu
akan emaknya. Mawar
bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti
Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari
itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital
Permai. Embong tidak
pergi kerana masalah kewangan. Beliau
tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada
Haji Sulaiman dan
Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di
Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital
Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia membayangkan
kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita
berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu
mencadangkan agar Dahlia
berjumpa dengan doktor
yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia
penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui
hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau
juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada
tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari
untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut
kerana Azhari bekerja
di situ. Azhari memberitahu
bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua
minggu. Azhari ingin
mengetahui punca Dahlia
berada di situ. Dahlia
dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi
Saleha tidak mengenali
anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip
hutang. Keadaan tersebut
sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi
dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan
Kenyataan
Embong terkejut
apabila melihat Dahlia
pulang dengan kereta
yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang
bukan-bukan terhadap Dahlia.Pada
malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak
risau akan keadaan
Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar.
Dahlia tidak mahu
adik-adiknya risau akan
keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak
lama lagi.Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah
keluar dari asrama.Tiba-tiba, Embong
terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut
apabila melihat dua
ekor kambing peliharaannya telah
hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana
mahu membeli kambing
Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat tahu kambing tersebut
telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu
menjadi harapannya.Embong yakin
kambing peliharaannya telah
dicuri orang. Embong meminta
Tauke Lim memberitahu
kepadanya jika ada
orang yang ingin
menjual kambing kepada Tauke
Lim kerana dia
ingin memastikan sama
ada kambing itu
miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang
tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian,
Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang
itu ialah rombongan
keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting
Bunga di Taman
Keluarga Azhari
telah datang merisik
Dahlia.Embong berasa berat untuk
menerima lamaran tersebut kerana
Dahlia merupakan anak
sulung yang menjadi
harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat
belajar hingga ke universiti
dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun,ibu
Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan
bahawa perkara itu
tidak menjadi halangan
kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup
menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap
untuk menunaikan solat
di masjid. Semasa mandi,Embong telah dipatuk oleh seekor
ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa
dimasukkan ke wad
untuk mendapatkan rawatan.Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak
perkara.Melihatkan keadaan itu,
Mawar menyuarakan hasratnya
untuk berhenti sekolah agar
dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang
hasrat Mawar kerana
Mawar pernah berjanji
kepada emak mereka
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia
melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat,
dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita
yang kebetulan menghantar
Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan
bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam
dan Kavita menziarahi
abah Dahlia. Cikgu Hisyam
meminta Kavita untuk
membuat salinan nota-nota
sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang
itu,Nek Kiah
dan Seman datang
melawat Embong.Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa
rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat
bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia
duduk di kebun di hujung kampung . Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah
Sekangkang Kera
Dahlia tertekan
kerana banyak perkara
yang difikirkannya. Antaranya
ialah pelajarannya yang banyak
ketinggalan disebabkan dia
kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang
dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk
membantunya dan juga
hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke
rumah untuk menukar
pakaian,Dahlia memeriksa dompet
milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat
RM120 di dalam
dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang
ke rumah Dahlia
untuk mengambil pakaian
emak Dahlia.Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah
Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk lar.Selepas Azhari
pergi, Nek Kiah datang
untuk bertanya tentang rancangannya untuk
menjual tanah tempat
tinggal keluarga Dahlia.Jika
keluarga Dahlia mahu terus
tinggal di situ
mereka perlu membayar
sebanyak RM15000 kepadanya.
Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna
Kulit
Pada pagi
itu, Dahlia membawa
Anggerik untuk melawat
abahnya di hospital.
Dia menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah
yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia
telah bersetuju untuk
menjual tanah tersebut,
tetapi Dahlia
menafikannya.Tauke Lim berasa
hairan akan sikap
Nek Kiah yang
tamak akan wang sedangkan Nek
Kiah tidak mengalami
masalah kewangan.Tauke Lim
berjanji akan berbincang tentang
perkara itu dengan
abah Dahlia.Tauke Lim
juga meminta agar
Dahlia mengajarkan anaknya, Ann
dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana
anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang
tidak lama lagi.Dahlia bersetuju
untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu.
Dahlia terkejut apabila
tiba-tiba sahaja sebuah kereta
Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka
Bertemu
Cikgu Hisyam
dan Kavita menasihati
Dahlia supaya tidak
berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang
empat lima bulan
sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu,
Dahlia terasa amat
sukar untuk ke
sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia.
Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia
memaklumkan tanah itu akan
dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah
tersebut tetapi Dahlia
menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang
ke rumah Dahlia.
Timbul pelbagai persoalan
dalam hati Azhari
mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib
dan Azhari ke
rumah Dahlia telah menyebabkan Nek
Kiah memandang serong akan cucunya.Nek Kiah telah memberitahu Dahlia,
tanah tersebut telah ada pembelinya.Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia
untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung
Langit
Nek Kiah datang lagi untuk
mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut
apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia
telah memberitahu abahnya
tentang hal tanah,
Embong menggunakan
kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah
dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek
Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu
meringankan beban abahnya.Akan
tetapi, Embong tidak
bersetuju kerana beliau mahu
Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim
datang ke rumah
Embong dan menyatakan
kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang
mahu dijual oleh
Nek Kiah supaya
Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ.
Menurut Tauke Lim,
beliau ikhlas membantu
demi kebaikan bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan