Bab
1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat
berlatih bola jaring
untuk bertanding dengan
pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti
Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh
Cikgu Hisyam.Dia memberitahu
Siti Wangi, isi
telah dicari tetapi
fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita
datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya
di kantin.Dahlia pergi
bertemu dengan lelaki
itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu
Dahlia ,dia telah
habis belajar dan
akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan
datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.Dahlia
meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya
kerana dia merupakan anak sulung.
Bab
2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang
itu, Azhari menghantar
Dahlia pulang ke kampungnya tetapi
sehingga ke jambatan sahaja.Jirannya yang
bernama Aton telah
menegurnya semasa dia
turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal
di asrama. Dahlia
membalas sindiran Aton dengan
mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia
tidak suka akan
Aton kerana Aton
mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai
di rumahnya,Dahlia terdengar
adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka
telah keluar rumah
dan belum pulang
lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi
Melati kerana membuat
susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu
telah habis.. Dahlia
telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli
susu dan gula pasir sekilo secara
hutang.
Selepas itu,
Dahlia pergi mencari
emaknya di kebun getah.
Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya.Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia
di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia
menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan
dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan
abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum
emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab
3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat
Isyak,Dahlia asyik befikir
tentang penyakit emaknya
itu. Dia tertanya-tanya sama ada emaknya terkena
buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya,
Dahlia pasrah dan
mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah
ketentuan Allah.Dahlia berdoa
agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan
untuk melalui hari-hari
yang mendatang.Dia juga berdoa
agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah
habis berdoa, Dahlia
terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah
memarahi Embong kerana
mengikat Saleha. Abah
Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak
suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup
dalam kemiskinan.Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya
hidup senang-lenang.Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang
membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa
Saleha mendapatkan rawatan.Walaupun anak-anak
dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk
dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.
Bab
4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia
menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan matematik.
Dahlia merebahkan dirinya
di sebelah Anggerik.Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh
Azhari sewaktu menghantarnya
pulang pada hari Khamis
yang lalu.Dahlia tidak
sanggup untuk melukakan
hati sesiapa. Dia
meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang
belum sempurna. Dahlia
juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan
keluarganya.Pada petang Khamis
itu, dia dihantar
oleh Azhari pulang
ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh
dari rumahnya untuk
mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan
paginya,Dahlia dikejutkan oleh
abahnya yang menyuruhnya pergi
ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal
berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara
untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital.
Embong pasrah memikirkan
masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada
Tuhan. Embong megimbas kembali
perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka
akan keluarga mereka.
Nek Kiah tidak suka
keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak
seperti anak-anaknya yang
lain. Anak-anak Saleha dan
Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh
Nek Kiah. Embong juga
teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa
sejak kebelakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya.Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan
oleh suara Dahlia
yang disangkakan isterinya.
Embong memberitahu Dahlia doktor
memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang
berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu
bahawa beliau akan
memetik buah kelapa
sawit Haji Sulaiman
pada keesokannya.Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat
gred tiga dalam SPM.
Bab
5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki
bas JMBC berjalur
merah untuk ke sekolah.Dia yang
sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama
tidak berbuat demikian
kerana adiknya, Anggerik
asyik menangis.Dahlia tidak rela
dituduh mementingkan diri
sendiri oleh sebab
itu dia pergi
ke sekolah pada hari
Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai
lewat ke Sekolah
Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu
lima minit pukul
lapan pagi. Pintu
pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan
meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak
dapat menumpukan perhatiannya
di dalam kelas.
Dia asyik teringat emak, Anggerik dan abahnya. Siti
Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00
petang untuk membincangkan
kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia
tidak bersedia dan pada petang
itu dia hendak
melawat emaknya di hospital. Pada
petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau
akan ditanya macam-macam.
Dahlia telah keluar
dari asrama tanpa
kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital
untuk berjumpa emaknya.
Dahlia terserempak dengan Haji
Sulaiman ketika di hospital.Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab
6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah
dihantar oleh Haji
Sulaiman ke rumahnya.
Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya tentang Saleha
yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan
nasibnya yang sebegitu.Pada
petang itu Nek
Kiah telah datang
ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan
perkataan “ orang
gila” yang dilafazkan
oleh Nek Kiah,
nenek yang melahirkan emaknya.
Nek Kiah memberitahu
beliau geram apabila
semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai
raya.Beliau memberitahu punca
emak Dahlia gila
kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh
syaitan dan selepas
ini mungkin ahli
keluarga yang lain pula akan
terkena.Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah
beberapa kali kerana
tidak percaya dengan
tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia
dikejutkan dengan jeritan
di tebing sungai
yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus
sungai.Dahlia terus terjun
ke dalam sungai
untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said
setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang
bukan daripada penduduk kampung
itu. Malangnya, denyutan jantung Said
sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa
Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.
Bab
7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis
setelah pulang daripada
menziarahi mayat Said.
Embong kehairanan kerana selama
ini Dahlia telah
dididik berjiwa kuat
dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong
ke rumah Aton
untuk menziarahi mayat
Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan anaknya,Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan
Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam
kelompok orang ramai
di halaman di
bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata
tentang dirinya dan Dahlia, beliau
yakin kebenaran akan terbukti
kelak. Embong terdengar
suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka
yang semakin menyakitkan
hatinya.
Namun,
Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari
musuh. Dalam perjalanan pulang ke
rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia
yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari
rumah Aton. Memandangkan
masa baru pukul
10.25 pagi , Embong pergi
memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa
pada petang semalam
ketika Dahlia sedang
memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah
selepas menyelamatkan Said.Tersentuh hati
Embong kerana sepatutnya masa
remaja Dahlia dihabiskan
dengan buku-buku pelajaran
dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk
bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit
itu, Embong terbau sesuatu.Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari
pokok kelapa sawit.
Sewaktu Embong pergi mencari
buluh, ular sawa
itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke
arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab
8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi
buruk tentang ular
sawa itu yang
cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik.
Anggerik demam panas.
Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik
ke klinik pada
petang itu. Dahlia
ternampak dua orang
lelaki bersongkok ke rumah
Aton.Dia teringat semula
kata-kata orang yang
menuduhnya lambat menyelamatkan
Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di
dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk
berhenti sekolah dan
mahu Dahlia yang
meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia
menasihati Melati supaya
tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang
itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang
membawa ular sawa
di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu.
Embong membawa ular
itu pulang sebagai
bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba
mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu
akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan
aliran sungai yang
deras berhampiran rumahnya
itu, dia
memikirkan kesanggupan
Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa
orang lain sehingga
sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan
dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis
India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab
9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah
datang bersama dengan
Kavita untuk berjumpa
dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia.
Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada Hari
Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik. Pada
ketika itu, bapa
saudara Dahlia, Pak
Cik Seman pergi
ke rumah Nek
Kiah. Seman memberitahu Nek
Kiah dia malu
apabila orang bercakap
tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke
hospital di Johor
Bahru. Seman menuduh
Embong mempelajari ilmu sehingga
Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak
diketahui asal usulnya.
Seman mencadangkan agar tanah
yang diduduki oleh
keluarga Dahlia dijual.
Seman berjanji dengan emaknya
untuk mencari pembeli.
Nek Kiah bersetuju
dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab
10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani
memarahi Dahlia yang
telah mengambil keputusan untuk keluar
dari asrama. Beliau memaksa
Dahlia untuk memberitahu
puncanya tetapi Dahlia
hanya memberitahu bahawa dia
ada masalah keluarga.
Dahlia tidak mahu
menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia
agar jangan keluar
dari asrama kerana
STPM tinggal hanya empat bulan sahaja .Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan. Tiba-tiba dia
disergah oleh Kavita
yang memberitahu bahawa
Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik
Kerjaya. Cikgu Hisyam
telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang
pernah berkunjung ke
rumah Dahlia. Cikgu
Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang
dalam STPM.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam