Sinopsis
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit
berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian
penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh
penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit
Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang
untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh
Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari
bersetuju dengan permintaan Patih Gajah
kerana ingin membalas dendam atas
kematian ayahnya yang dibunuh oleh
laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari
mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit
yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang
diri menyebabkan Seri Betara
menitahkan Kertala Sari segera ke
Melaka untuk membunuh Sultan Melaka
dan laksamana Melaka dan menjanjikan
jawatan penggawa agung kepadany.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai
pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri
harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta
mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan
kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar
Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan
mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian.
Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan
rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan
ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap.
Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri
kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut
firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki
oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari
untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta
mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala
Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat
Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh
penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan
kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh
Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang
lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah
berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah
memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan
membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di
Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan
semua empunya barang untuk menuntut barang-barang
tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian
dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun
laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian
sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah
diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-
orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta
tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh
oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah
Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus
mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana
Melaka.
Tema
Kepahlawanan seorang laksamana
mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana
mempertahankan negeri Melaka dari
ancaman penjurit tujuh bersaudara serta
Kertala Sari dari Majapahit yang membuat
hura hara.
Persoalan
Persoalan keberanian dalam
menegakkan keadilan.
Persoalan pemimpin mestilah
seorang yang bijaksana.
Persoalan pemimpin yang
mengambil berat kesusahan rakyat.
Persoalan penggunaan ilmu
kesaktian dalam kehidupan
seseorang.
Persoalan perasaan dendam
membawa akibat buruk.
Watak Perwatakan
Laksamana
– Seorang yang berani
– Seorang yang pemurah
– Seorang yang bijaksana
– Cinta akan keamanan negara
• Taat setia kepada pemerintah
• Pandai dalam ilmu kesaktian
• Memiliki sifat kepahlawanan
Kertala Sari
– Anak kepada Petala Bumi
– Berasal dari Majapahit
– Seorang pencuri yang handal
– Seorang yang tamak dan angkuh
– Seorang pendendam
– Pandai dalam ilmu kesaktian
– Suka membuat huru hara
– Taat kepada pemerintah
Sultan Melaka
- Seorang yang prihatin
- Seorang pemimpin yang adil
- Seorang yang mengenang budi
Patih Gajah Mada
– Berasal dari Majapahit
– Seorang pendendam
Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang
menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
Masyarakat yang mengenang budi
Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat
dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta
mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka
ditemui.
Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan
mencuri harta saudagar dan orang-orang kaya
di Melaka
Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara
merancang untuk membalas dendam
atas kematian penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina.
Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh
Laksamana.
Latar Masa
Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke
rumah saudagar dan orang-orang
kaya pada sebelah malam.
Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada
Sultan bahawa rumahnya telah
dimasuki pencuri dan habis segala
harta-hartanya.
Gaya Bahasa
Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh: manira,kula,pakanira
Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-
nampar,tikam-menikam,radak-meradak
Nilai
Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri
Melaka.
Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala
Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh
saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang
bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta itu.
Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi musuh
supaya keselamatan negara akan terjamin.
Kita hendaklah rasional membuat keputusan
agar tidak menyesal pada masa akan datang.
Janganlah kita mempunyai perasaan dendam
supaya hidup kita sentiasa bahagia.
Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah
agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan
TERIMA KASIH
BalasPadam