Sinopsis
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16
tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan
sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan
menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak
menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata
perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen,
Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan
kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan
kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman
terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari
dan semangat cinta akan tanah air.
Tema
Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta Negara melalui
penyertaan PLKN.
Persoalan
Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai
PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok
apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di
papan kenyataan sekolah.
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan
hubungan kekeluargaan.
Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk
bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya
Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak
Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin
mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri
kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi
motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat
kepada negara.
Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan
mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari
memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan
objektif dan pelaksanaan PLKN.
Plot
Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat
daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba
member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh
posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu
rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung
dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang
ringgit sahaja.
Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan
rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah.
Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak
muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan jawapan yang positrif agar mereka berasa
seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila
Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan
pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN.
Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang
mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN.
Peleraian
Aiman melayari internet di
biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai
kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera
sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk
Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga
berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.
Teknik Plot
Monolog Dalaman
Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja?
Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!.
Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak
berminat, baru aku bakar.
Pemerian
Pada permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga
Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya
menjadi seorang remaja yang manja dan malas.
Imbas Muka
Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman
mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air
kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas
dalam fikirannya ketika bermimpi.
Watak Perwatakan
Watak utama
Aiman
Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
Berasal daripada keluarga yang berada
Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar terhadap
pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra
Seorang yang malas dan mesra. Contoh: segala kerjanya di
rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia
akan tidur.
Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. Contoh: ketika
bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan
Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara.
Watak sampingan
Khir Ghazali
Ayah kepada Aiman
Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk
bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan
masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman meminta Khir
Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas
untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan
banyak memanfaatkan Aiman
Seorang yang sensitive. Contoh: apabila isterinya bertegang
leher dengannya ubntuk tidak menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa
tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.
Masnah
Ibu kepada Aiman
Berpangkat datin
Seorang yang suka berfikiran negative. Contoh: beranggapan
bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN
Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk
kepentingan sendiri. Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan
kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya
daripada menghadiri PLKN.
Cikgu Dahari
Seorang guru
Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program
Penghayaran Sastera dan budaya
Seorang yang berfikiran positif.
Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan
tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman
moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan peserta
sentiasa terjamin. Beliau juga menenrangkan peranana sastera dan budaya dalam
kalangan masyarakat.
Seorang yang sentiasa memberi
galakan kepada anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai
pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan
bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia
berkhidmat untuk negara.
Posmen
Seorang yang berfikiran positif.
Contoh: Apabila Aimanmenyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat
Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran
dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
Seorang yang amanah. Contoh: selepas memberi
kata-kata perangsang kepada Aiman
tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya
menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang
diberikan kepadanya.
Latar
Latar masa
Alaf baru (Program
PLKN – bermula tahun 2004)
Waktu tengah hari.
Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai
di rumah.
Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari
Waktu pagi
Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah
tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka
Waktu petang
Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual
bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.
Latar tempat
Rumah Aiman.
Contoh: Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan
latihan Khidmat Negara
Peristiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang
keengganan Aiman menghadiri PLKN
Sekolah Menengah
Contoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan
Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.
Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang
manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan.
Latar masyarakat
Masyarakat bandar yang sibuk bekerja .
contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai
hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di
rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
Masyarakat yang penyayang
Contoh: Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di
rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan
kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.
Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Contoh: Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada
penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu
adalah amanah masyarakat terhadapnya.
Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya
yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku
Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit
Masyarakat yang berfikiran positif.
Contoh: Walaupun Khir Johari mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk
membantu Aiman mengecualikan diri daripada menyertai PLKN, namun Khir Ghazali
mahu anaknya menyertai program tersebut kerana beliau tahu bahawa anaknya akan
memperoleh banyak manfaat daripada PLKN. : Cikgu Dahari menerangkan tentang
kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan
negative mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka
kepada negara. Contoh: Apabila Aiman meluahkan perasaannya yang memandang rendah
terhadap PLKN, Posmen bertindak menyedarkannya dengan menceritakan bagaimana
anak jirannya yang pemalas berubah sikap setelah menyertai PLKN.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contoh: kata singkatan ‘tak’ dalam ayat. Saya tak berminat
langsung (m.s 3)
Inversi
Contoh: amanah orang semua surat ini (m.s 4)
Peribahasa
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
(m.s 7)
Bahasa asing
Contoh: penggunaan perkataan bahasa Inggeris daddy, mummy
(m.s 14)
Simile
Contoh: perkataan ‘macam’ dalam ayat, Nak angan-angan macam
Mat Jenin
Nilai
Nilai amanah
Contoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya
menghantar surat
Nilai kasih sayang
Contoh: Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan
masak makanan kegemarannya.
Nilai bertanggungjawab
Contoh: walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa
mendengar masalah Aiman
Nilai cinta akan tanah air
Contoh: apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di
mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya
Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
Pengajaran
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada
kita.
Contoh: Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang
menganggapnya sebagai cucu sendiri
Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas.
Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
posmen dengan penuh amanah
Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan.
Contoh: Masnah tidak memberi galakan kepada anaknya untuk
menyertai PLKN malah memberitahu suaminya bahawa program tersebut mungkin
membahayakan nyawa anaknya. Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata
perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan