Sinopsis
Mengisahkan Aku melancong ke
negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke
Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan
serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding
barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan
untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk
dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa
panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta
rakan-rakannya berasa sukar untuk
menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga
dipamerkan dan harga barangan hanya akan
diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual
jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di
rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya
yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit,
tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki
seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku
tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan dan Dr. Liza
tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji
Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku
tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya
tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada
satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan
rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan
mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket
kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain
yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati
rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan
jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia
tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut
itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan
kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket
tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan
mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian
Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik
menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem,
lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas
kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri
menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem
menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai
dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga
AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga
menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai
dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit
dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku berhasrat untuk menggembirakan orang
lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap
kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.
Tema
Pengalaman seorang pelancong yang
suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak
disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta
dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi
kelangsungan kehidupan moden.
Persoalan
Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan
esotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang
terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
Sikap berbudi bahasa
sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa
kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap
pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya.
Kepandaian sikap puji
memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya
demi melariskan jualan.
Kebijaksanaan dalam
menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan
cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Plot
Permulaan
Aku mengikuti rombongan Passage
Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan
dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli.
Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan
kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli
beberapa buah buku terbitan Turki.
Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana dia
terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki.
Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan
dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu
kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di
Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale,
Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan
cenderamata yang popular dan unik.
Klimaks
Aku disapa oleh seorang lelaki
berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai
jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang
sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya
tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh
penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan
mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket
tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku
perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap
pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan kerana tertipu dengan layanan mersa yang
telah diberikan oleh pekedai Turki itu.
Peleraian
Sewaktu beratur untuk menaiki
feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket
kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk
membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya,
jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20
daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak
praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket
kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya
menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya menjualkannya
kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat menghangatkan badannya sepanjang
perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin
dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket tersebut di
kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo
yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah
dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.
Teknik Plot
Imbas Muka
Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita
tua yang menjual makanan burung di situ.
Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long
yang menunggang motosikal pergi balik kerja.
Saspens
Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan
aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya
yang kelihatan marah.
Monolog
Contoh: Aku terpaku
seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat
menggembirakan Shahmeem? (muka surat 79)
Dialog
Contoh: “Dah beli,
ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
“Ok
juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga AS$150 sat jaket,”
terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg plastiknya. (muka surat 70)
Watak Perwatakan
Watak Utama
Aku ( Mas ) –Seseorang
yang :-
Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca
buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.
Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak
lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring
hanya satu lira.
Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai
Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil
hati.
Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki
agar membeli jaket kulit kijang itu.
Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia
berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan
tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
Bersederhana apabila
berbelanja.
Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar
tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukan.
Watak Sampingan
Pekedai Turki
Pemuda berkulit putih. Mempunyai kumis. (misai)
Fasih berbahasa inggeris.
Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi
dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika
melayan pelanggan di kedainya.
Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya
membeli barang jualannya.
Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya
dengan memberikan kata-kata manis.
Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak
mahu membeli barangannya walaupuan telah mencubanya.
Polis Turki
Lelaki dewasa. Bertubuh tegap. Berbaju T dan berseluar panjang.
Berwajah serius
Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya
apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
Shahmeem
Kawan kepada Aku
Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual
secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
Murah hati
Shahmeem bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga
asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan
dengannya.
Latar
Latar tempat.
Hotel Senator
tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di
Turki.
Grand Bazaar
Pusat membeli belah.
Kedai menjual jaket kulit
Tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung
tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
Tempat Haji Helmi dan
isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan.
Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi
membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Pigeon Valley
Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
Gunung Bolu
Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta.
Masjid Ulu
Bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
Masjid Biru T
empat Aku menunaikan solat jamak.
Egyptian Market
Tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati
jinak.
Terminal feri Selat Bhosporus –
Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di
pasaran gelap dengan harga AS$120.
Latar masa
Malam
Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan
selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
Siang
Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual
jaket kulit.
Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki
feri menyeberangi Selat Bhosporus.
Latar masyarakat
Masyarakat elit
Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan
seharian.
Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai
Turki yang menjual barangan kulit.
Masyarakat yang tidak berkemampuan.
Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan
lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti
pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya
yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
Masyarakat yang suka melancong.
Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara
Turki.
Masyarakat yang suka akan kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak
empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan
diri.
Gaya Bahasa
Kata ganda
cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa
membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
Aku bercadang untuk
membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang
boleh dijadikan kenang-kenangan.
Matanya
bercahaya-cahaya.
Bahasa Asing
bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ )
bahasa Arab. –
Assalamualaikum, solat jamak, al-
mathurat
Sinkope – ‘Eh,
lawanya jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?”
Nilai
Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus
asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.
Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan
kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang
perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.
Keikhlasan – Aku
dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta
serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
Pengajaran
Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan
perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2
helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan
Salleh.
Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu
perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang
sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga
sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti
pengait benang, kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan
supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra
kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli
barangannya.
Kira patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang
dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang
kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang
kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan
tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN.
BalasPadam