Isnin, 25 Januari 2016

Persoalan Novel Songket Berbenang Emas

Kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung
- Dahlia segera ke kebun getah setelah dimaklumkan oleh Melati, ibunya bercakap dan ketawa bersendirian

Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa
- Melati, Mawar dan Kiambang taat suruhan bapa mereka supaya menjaga adik mereka, Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang menerima rawatan di hospital

Intergriti dalam menjalankan tanggungjawab
- Doktor Ridhuan berusaha mengenal pasti punca dan penyelesaian penyakit Saleha yang menerima rawatan di Hospital Permai

Kepentingan ilmu dalam kehidupan
- Dahlia, Kavita dan Siti wangi belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi STPM di Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu pahat
- Dahlia cemerlang dalam Peperiksaan Penggal dan Percubaan STPM ditawarkan mengikuti Ijazah Pertama dalam bidang Pengurusan Perniagaan selama 4 tahun di Jepun. Dia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Universiti Malaya

Keikhlasan dalam menghulurkan bantuan
Azhari, kakitangan sementara di Hospital Permai singgah di rumah Dahlia untuk mengambil beberapa helai baju Saleha yang menerima rawatan di sana
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia walaupun menerima tohmahan dan dipandang sinis oleh masyarakat

Sikap tamak sehingga sanggup menzalimi adik-beradik
- Seman mempengaruhi ibunya, Kaih agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar walaupun adik kandungnya Saleha telah mendirikan rumah di tanah tersebut

Pengurusan masa secara berkualiti
- Dahlia bijak menguruskan masa secara optimam untuk menjaga adik-adik, melakukan kerja di dapur dan belajar

Perasaan dendam yang boleh membawa kepada keburukan
- Aton menuduh dahlia membunuh anaknya Said dan Embong sebagai perancang. Dendam berpunca daripada tindakan saleha yang menghalaunya semasa dia datang mengutip hutang daripada Saleha

Tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga
- Dahlia sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket dan tambang teksi untuk mengunjungi ibunya di Hospital Permai
- Dahlia membawa adik bungsunya Anggerik yang demam panas ke klinik
- Membawa adik-adik melawat ayah mereka yang dipatuk ular tedung di Hospital batu Pahat

13 ulasan:

  1. My teacher ask me to explain persoalan cinta. Example she did dont wanna love because for her study. Can i have a better explain for the example i give please?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Persoalan cinta dalam kalangan anak muda. Dahlia tidak mahu menyambut huluran cinta Azhari kerana dikhuatiri akan menjejaskan pelajarannya

      Padam
  2. Thanks for the notes ☺️I wanna ask if I want to write persoalan kebijaksanaan what example can we write?

    BalasPadam
  3. Dahlia berjaya mendapatkan keputusan STPM yang cemerlang, serta menerima tawaran untuk menyambungkan pelajarannya di Jepun.

    BalasPadam
  4. Boleh ulas dalam persoalan ketegasan dalam membuat keputusan?

    BalasPadam
  5. Assalualaikum... Boleh tak saya nak tahu peristiwa berkaitan persoalan maruah.

    BalasPadam
  6. persoalan tentang kejujuran please...dah habis satu google cari xjumpa juga

    BalasPadam
  7. oooo. baru akuntahu... hahahahahaaaaa

    BalasPadam