Seorg lelaki diminta oleh seorang kaya untuk mengecat sebuah perahu, dia pun mula mengecat perahu tersebut.
Ketika sedang mengecat, dia menemui sebuah lubang kecil di perut perahu, mungkin lubang ini tidak diketahui oleh tuan perahu. Lelaki itu lantas terus saja menampal lubang itu.
Setelah selesai mengecat, dia terima duit upah lalu pergi.
Tak lama berselang, pemilik perahu datang menemui lelaki tersebut dan memberinya duit yang nilainya sungguh tidak diduga.
Si tukang cat terkejut lalu berkata,
"Anda sudah membayar upah saya, Tuan".
"Tapi ini bukan upah utk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di perut perahuku".
"Oh, Itu kan cuma hal kecil. Tuan tidak perlu memberi saya upah sebanyak ini utk pekerjaan sekecil itu".
"Mungkin kamu tidak mengerti. Ketika saya minta kamu mengecat perahu itu,
saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut.
Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus saja pergi memancing dengan menaiki perahu itu.
Mereka tidak tahu tentang lubang itu. Sementara saya tidak berada di rumah ketika mereka pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi,
saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu perahu itu bocor.
Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dgn selamat.
Lalu saya mendapati bahawa kamu telah menampal lubang yang bocor itu.
Kamu telah menyelamatkan anak-anak saya.
Yang sudah kamu lakukan bukan hal kecil, kerana sumbanganmu itu telah menyelamatkan nyawa org lain.
Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.
Teruslah menolong dan meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yang kita temukan.
Kita tidak akan pernah tahu bila atau yang mana bantuan kita akan bermanfaat".
Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bilakah PERBUATAN BAIK kita akan berbuah.
Tapi ia PASTI AKAN BERBUAH.
"Jika kita berusaha untuk menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja sebenarnya sedang menerangi jalan kita sendiri."
Jadilah penerang bagi orang lain.
Kalau manusia di dunia pun mampu menyedari perbuatan baik kita, apalagi ALLAH Tuhan kita Yang Maha Mengetahui.
Insya Allah... Aamiin...
Selasa, 19 Jun 2018
Sabtu, 7 April 2018
Rabu, 20 April 2016
Nilai Dalam Novel Songket Berbenang Emas
1. Kasih sayang
Dahlia menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat
di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya
dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit.
2. Keberanian
Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya manakala
Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
3. Setia kawan
Kavita sanggup membuat salinan nota untuk diberikan
kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah demi pelajaran kawannya itu.
4. Pengorbanan
Embong sanggup berkorban dengan bekerja dari pagi hingga malam untuk
mencari rezeki buat keluarganya.5. Keikhlasan
Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia dan memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
6. Kerjasama
Penduduk kampung bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Selain itu, mereka bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran
7. Kegigihan
Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Dia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital
8. Ketabahan
Dahlia tabah menghadapi situasi emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular9. Keinsafan
Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya dan mencuri kambing abahnya.
Selasa, 22 Mac 2016
Plot Novel Songket Berbenang Emas
Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi
urutan masa.
Permulaan
Dahlia pelajar
tingkatan enam atas
sedang menjalani latihan
bola jaring di
padang bola jaring.Mereka
berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat, Dahlia
teringat akan emaknya
yang hilang ingatan. Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan
memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia menyuarakan
hasrat mahu merisik
Dahlia. Pada petang
itu, Azhari menghantar
Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
Dahlia amat
sedih apabila melihat
keadaan emaknya, Saleha yang
berada di kebun
getah pada waktu senja.
Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia
dan abahnya memujuk emaknya balik ke
rumah dengan bantuan
orang kampung. Nek Kiah menyalahkan
Embong yang menyebabkan aleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji
Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke
Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin
serius.Dahlia terpaksa
keluar dari asrama
dan kerap ponteng sekolah kerana
menguruskan
adik-adiknya.Abah Dahlia pula
dimasukkan ke wad
kerana dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
Seman telah datang ke rumah Nek
Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan
tempat tinggal Dahlia
sekeluarga. Nek Kiah
mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak
mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia
tertekan kerana keluarganya
tidak mampu untuk
menyediakan wang sebanyak itu.
Aton menyalahkan Dahlia yang
menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk
menyelamatkan Said.
Nek Kiah
memandang serong terhadap
Dahlia atas kehadiran
Azhari dan Najib
ke rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
Najib cuba untuk memikat hati
Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana
bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
Penduduk kampung sudah jarang
mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang
lain. Selaku ketua
kampung Haji Sulaiman
menasihati orang-orang kampungnya
agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
Abu Bakar
menjumpai kain merah
yang sudah reput
yang membungkus telur
ayam yang mengandungi jarum
peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai.
Selepas itu, Saleha
sudah sembuh dan
dibenarkan pulang ke rumahnya.Nek Kiah
pula sakit dan
dirawat di hospital
selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya.
Setelah keluar dari
wad, Nek Kiah tinggal
dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar
pulih.Nek Kiah mula
berubah dan berbaik
semula dengan keluarga Dahlia.
Banjir yang
berlaku di Kampung
Parit Haji Rais
telah membawa hikmah
apabila penduduk kampung bersatu
dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah
dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Peleraian/ Pengakhiran
Dahlia tinggal
di asrama semula
kerana peperiksaan STPM semakin
hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan
STPM tamat. Kedatangan Cikgu Daim
membawa berita gembira
apabila Dahlia terpilih
untuk mengikuti pengajian di
Jepun selama empat
tahun. Sebelum ke
Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia terlewat
kerana jurucakap majlis
lewat sampai. Azhari
datang berjumpa Dahlia
di stesen bas sebelum
Dahlia bertolak ke
Kuala Lumpur.
Dia telah
menghadiahkan songket
berbenang emas berwarna
merah kepada Dahlia.
Azhari mahu Dahlia
menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada
di mana-mana jua.
Watak Sampingan Novel Songket Berbenang Emas
1. Saleha
Ibu Dahlia
Berumur 39 tahun
Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang,
Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)
Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
Bekerja sebagai penoreh getah
Seorang yang penyayang-
semasa sihat ,beliau
yang menjaga semua keperluan
anak-anaknya.
2. Embong
Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
Seorang ketua keluarga
yang bertanggungjawab. Beliau
tidak mahu anak-anaknya
berhenti sekolah dan mengatakan beliau
akan bertanggungjawab menyara
kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.
Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya
Seorang yang percaya
akan kehendak takdir
Isterinya menjadi kurang siuman.
Seorang yang penyabar. Dia sanggup dihina oleh ibu
mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
Seorang yang mementingkan
ilmu untuk anak-anaknya. tetap menyuruh
Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.
Seorang yang berani. Embong berani membunuh
ular sawa yang
membelit badannya.
3. Azhari
Berkumis nipis
Bermuka bulat
Tinggi
Kacak
Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun
Ismail.
Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
Suka akan Dahlia
Seorang yang suka
memberi nasihat. Dia menyuruh
Dahlia belajar bersungguh-sungguh.
Seorang yang pandai
memujuk. Dia pandai memujuk Dahlia
agar menerima lamarannya.
4. Siti Wangi
Sahabat Dahlia
Bermuka bulat
Sentiasa ceria
5. Tauke Lim
Berbangsa Cina
Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu
keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada
Embong untuk dibayar
kepada Nek Kiah
yang berhasrat menjual
tanah tempat mereka tinggal.
Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia
berhutang
Seorang yang prihatin
akan masalah orang
lain - Sangat prihatin
atas nasib keluarga Embong
Seorang yang pemurah-
menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada
Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran
di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah
berkawan lama
Seorang yang pandai
bergaul- Walaupun Tauke
Lim berbangsa Cina
tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai
bergaul.
6. Nek Kiah
Ibu Saleha
Suka
membandingkan antara anaknya-
Nek Kiah suka
membandingkan anak-anaknya
dengan keluarga Dahlia
yang hidup dalam
kemiskinan. Nek Kiah lebih
menyayangi cucu-cucunya yang lain.
Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam
kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga
Dahlia. Apabila keluarga
Dahlia dalam kesusahan, dia langsung
tidak membantu malah menyalahkan Saleha
yang berkahwin dengan Embong yang
tidak diketahui asal usulnya.
Seorang yang pemarah
Seorang yang suka
mempercayai perkara tahyul-
Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia
ada hantu. Dia
menggores kapur di
setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu. Menyuruh
mayat Said dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali kerana dipercayai boleh
hidup semula.
Seorang yang mementingkan
diri- Nek Kiah
tidak mengambil tahu
akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
Langgan:
Catatan (Atom)