Selasa, 21 Februari 2012

Hutan Rimba

Sinopsis
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema
Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..

Persoalan
1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

Plot
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.
(iii) Konflik
Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.
(iv) Klimaks
Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.
(v) Peleraian
Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pak Tua
• Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
• Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
• Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
• Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
• Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
• Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.
Watak Sampingan
1. Mak Tua
• Isteri Pak Tua.
• Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
• Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
• Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka..

2. Ajam
• Anak sulung Pak Tua
• Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
• Pakar dalam dunia perniagaan.
• Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
• Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3. Bakar
• Anak kedua Pak Tua.
• Berkelulusan Sarjana Pertanian.
• Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati
• Anak ketiga Pak Tua.
• Pensyarah IPT.
5. Budi
• Anak bongsu Pak Tua.
• Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Latar
Latar Masa
1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.
Latar Tempat
1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah
Latar Masyarakat
1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

Teknik Plot
1. Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…

2. Dialog
Contoh:
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…
3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

4. Suspens
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…

Gaya Bahasa
1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…

Nilai
1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.
4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

Disalin daripada Blog zuliana09

Tanggar Amanat

Sinopsis

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalusinasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Tema

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Halusinasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.
3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Hawa
- keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah.
- Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
- Seorang yang setia dalam hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam, suaminya.
- Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
- Isteri kepada Adam.


Watak sampingan

Adam
- Suami Hawa.
- Seorang yang penyabar. Adam sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
- Mempunyai sifat patriotik yang tinggi. Ingin kembali dan menetap di Malaysia.

Janin
- .Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
- Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani memberikan pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
- Ikhlas memberi pandangan. Dia ikhlas memberi pandangan kepada ibunya.
- Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabaran. Contohnya Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah bersabar menghadapi tekanan. Contohnya, Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

TEMA
Ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang.

PERSOALAN
i. Perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya.
ii. Kepercaya kepada qadak dan qadar kerana manusia hanya merancang dan takdir yang
akan menentukan segala-galanya.
iii. Ketabahan seorang ibu angkat yang membesarkan anaknya.
iv. Kepercayaan terhadap perkara karut seperti anak yang membawa sial.
v. Sikap tidak berperikemanusiaan seorang ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak
yang cacat kepada orang lain.

WATAK & PERWATAKAN

i. Mak Timah
- Ibu kandung kepada Katijah dan Munah
- Ibu angkat kepada Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong
- Seorang yang penyayang kerana amat menyayangi Pungut yang dianggap seperti darah
dagingnya sendiri.
- Prihatin dan bertanggungjawab kerana sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat
kerana kasihan terhadap Pungut yg hendak dibuang oleh kelyarganya sendiri.
- Isteri yang mengambil berat tentang kepayahan hutang suaminya.
- Bersikap mesra dengan jiran tetangga

ii. Pungut
- Nama sebenarnya adalah Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong
- Berketurunan cina.
- Berumur 24 tahun
- Ketika dilahirkan, badannya bersaiz sebiji buah betik
- Gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari
- Diserahkan neneknya Bibik kepada Mak Timah setelah ibunya Siew Lan tidak mahu menjaganya.

iii. Bibik
- Berketurunan cina peranakan
- Nenek kepada Pungut atau Zahara binti Muhammad Alias Yap Siew Hong
- Fasih berbahasa Melayu
- Tuan rumah sewa Mak Timah
- Tidak menyukai Pungut dan menganggap Pungut pembawa sial.

BINAAN PLOT

Permulaan
Pungut menunjukkan kelakuannya yang kenak-anakan dan tidak pandai menjaga diri sehingga menyebabkan Mak Timah sering keletihan kerana menguruskannya,

Perkembangan
Mak Timah teringat akan kisah dia mula-mula mengambil Pungut sebagai anak angkatnya.

Klimaks
Anak Mak Timah mencadangkan agar pungut dihantar ke rumah orang cacat. Mak Timah Bersetuju.

Peleraian
Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut lebih dahulu sebelum mengambil nyawanya.
LATAR

i. Tempat
- Rumah Mak Timah
- Rumah Bibik
- Hospital tempat Pungut dilahirkan

ii. Masa
- Tahun 1981 – ketika Pungut berumur 24 tahun
- 1957 – ketika Pungut dilahirkan
- Waktu petang ketika Bibik datang menemui Mak Timah dan menyatakan hasratnya untuk menyerahkan Pungut.

iii. Masyarakat
- Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap golongan yang kurang upaya.
- Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap zuriat sendiri
- Masyarakat yang mementingkan diri
- Masyarakat kampung yang berbilang kaumdan hidup dalam keadaan aman dan damai

Nilai

i. Kasih Sayang – Mak Timah amat menyayangi Pungut.
ii. Belas kasihan – Mak Timah bela pada Pungut yang hendak dibuang oleh keluarganya.
iii. Amanah – Mak Timah menjaga Pungut dengan baik sekali kerana menganggap Pungut
adalah amanah daripada Tuhan.
iv. Cekal – Mak Timah sanggup menghadapi masalah dan amat cekal sepanjang menjaga
Pungut.

Pengajaran
i. Kita mestilah penyayang terhadap sesama insan tanpa mengira seseorang itu normal
atau cacat.
ii. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
iii. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.
iv. kita mestilah amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuaatu tanggungjawab.

Disalin daripada Blog keligit97lense

Pahlawan Buntung

TEMA
Kesengsaraan hidup dan trauma dan kematian yang dialami manusia kesan dari peperangan. Penduduk kampung mengalami kesengsaraan dan ketakutan akibat serangan tentera Jepun di Kampung Pulau Pak Amat. Mak Esah dua beranak mati terbakar setelah rumah mereka terkena letupan bom tentera Jepun. Kaki Pak Husain kudung kerana terpijak bom yang tertanam di pantai selepas Perang Dunia Kedua.
PERSOALAN
1. Kesan buruk peperangan kepada manusia
Tentera Jepun yang meyerang Kampung Pulau Pak Amat menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri Banyak nyawa terkorban..Contoh: Mak Esah dua beranak mati setelah rumahnya terbakar akibat ledakan bom.
2. Kesanggupan menggadai nyawa demi keselamatan orang lain/keberanian
Pak Husain (Pahlawan Buntung) mengetuai /mengatur perpindahan orang kampung Pulau Pak Amat semasa serangan bom tentera Jepun. Pak Husain tanpa bersenjata dan berkasut, hanya berkain pelikat dan berbaju gelap membawa keluarga Khalid keluar dari kampung dan kemudian kembali ke kampung untuk menyelamatkan penduduk kampung yang lain.
3. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk mengatasi masalah/menyelamatkan diri dan orang lain.
Pak Husain memberitahu tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu bahawa semua penduduk kampung telah melarikan diri semasa tentera Jepun mencari orang-orang kampung....Akibatnya , tentera Jepun tidak jadi turun ke pangkalan kampung mereka. Pak Husain meminta izin daripada seorang tentera Jepun yang pandai berbahasa Melayu untuk membuang air besar setelah diarah menggali kubur dan menanam banyak mayat seorang diri. Pada ketika itu dia melarikan diri sampai ke sungai Gali.
4. Keberanian menentang kejahatan/mempertahankan hak
Pak Husain menembak perompak-perompak di Kampung Pak Amat yang cuba mendarat di kampung itu. Tindakannya telah mnyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dan seluruh penduduk kampung dari menjadi mangsa rompakan.
5. Semangat setiakawan yang utuh dalam masyarakat.
Ayah Khalid tidak tidur bermalam-malam lamanya kerana menjaga Pak Husain yang meracau akibat peritiwa menggali kubur dan menanam mayat-mayat seorang diri setelah ditawan oleh tentera Jepun. Pak Husain datang ke rumah Khalid dan mengarahkan keluarganya berpindah segera kerana peperangan telah meletus. Pak Husain memandu arah keluarga dan penduduk kampung Khalid sehingga sampai ke tepi sungai dengan selamat. Tindakan Pak Husain mengarah penduduk kampung berpindah menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang mendarat di kampung itu tidak lama kemudian.
6. Penghargaan terhadap jasa warga tua
Khalid dan ayahnya amat menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan mereka semasa serangan tentera Jepun. Sehingga akhir hayat ayah Khalid sentiasa menyebut nama Pak Husain. Khalid menganggap Pak Husain sebagai pahlawan di kampung mereka.
PLOT
1. Permulaan
Watak utama Pak Husain diperkenalkan melalui pertemuan antara Khalid dengan Pak Husain semasa temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan negara.Khalid menegur Pak Husain di suatu temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan. Mereka bertanya khabar.. Mereka memang sudah lama tidak bertemu iaitu kira-kira 30 tahun.
2. Perkembangan
Khalid dan Pak Husain berbual-bual di warung sambil minum-minum. Khalid menyampaikan berita kematian ayahnya kepada Pak Husain dan hasrat ayahnya yang terlalu ingin bertemu dengannya. Saat itu Khalid mulai terkenang peperangan yang berlaku di kampungnya dan keberanian Pak Husain menyelamatkan keluarganya daripada menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Khlalid terkenang kisah Pak Husain datang mencari mereka sekeluarga untuk membawa mereka ke tebing sungai bagi meyelamatkan diri setelah kampung mereka dibom oleh tentera Jepun.
3. Perumitan
Ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat, semua adik-beradik Khalid berasa terlalu takut lalu memeluk erat ibu mereka. Pak Husain tidak berada dalam kumpulan penduduk kampung semasa menaikki perahu untuk menyelamatkan diri sehingga ayah Khalid bertekad untuk mencarinya tetapi ditahan oleh Pak Ngah. Isteri Pak Husain, Mak Bidah meraung dan menangis apabila menyedari Pak Husain tiada dalam kumpulan mereka. Pak Husain ditahan oleh tentera Jepun ketika berpatah balik ke rumahnya. Dia diarah menggali kubur besar dan menanam mayat-mayat ke dalam lubang besar tersebut.
4. Puncak
Pak Husain menipu tentera Jepun dengan menyatakan dia hendak membuang air besar tetapi Pak Husain terus melarikan diri dan sampai ke Sungai Gali . Keadaannya terlalu lemah dan asyik meracau-racau kerana peristiwa dipaksa menanam mayat-mayat oleh tentera Jepun telah mengganggu emosinya. Setelah Jepun menyerah kalah, Pak Husain membedil perompak yang cuba mendarat di kampung mereka dengan senapang yang diambil daripada tentera Punjabi. Tindakannya menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa dari dirompak.
5. Peleraian
Khalid mengimbas kembali setahun selepas kekalahan Jepun, kaki Pak Husain terpaksa dipotong setelah terpijak saki baki bom yang ternanam di kampung mereka. Pak Husain . Pak Husain memaklumkan kepada Khalid bahawa sudah lebih kurang 30 tahun mereka tidk bertemu. Pak Husain memberitahu Khalid bahawa isterinya Mak Bidah (MAK DA) telah meninggal dunia lima tahun yang lalu. Mereka berpisah di situ tetapi Khalid terus mengingati kekejaman perang yang meragut banyak nyawa. Khalid menganggap Pak Husain ialah seorang pahlawan..... PAHLAWAN BUNTUNG...kerana kakinya yang kudung.
PENGAJARAN
1. Kita mesti berani mempertahankan hak milik kita dari dirampas oleh orang lain
2. Kita mesti prihatin akan keadaan orang lain dan tidak mementingkan diri.
3. Kita mesti sayang akan negara dan sentiasa mengenang hari bersejarah negara kita
4. Kita mesti bijak menggunakan akal untuk mengatasi masalah dan kesulitan yang dihadapi.
5. Kita mesti menghargai jasa generasi tua yang telah bergadai nyawa mempertahankan keselamatan rakyat.


Disalin daripada blog
5harapan2011@smkc