Isnin, 25 Oktober 2010

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

TEMA:-

  • Nasihat untuk memilih sahabat, guru, isteri yang sebaiknya.

Rangkap

Maksud

Cahari olehmu akan sahabat,

Yang boleh dijadikan ubat.

Saranan agar mencari rakan yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada kita.

Cahari olehmu akan guru,

Yang boleh tahukan setiap seteru.

Saranan agar mencari guru yang mahir tentang muslihat musuh.

Cahari olehmu akan isteri,

Yang boleh menyerahkan diri.

Saranan agar memilih isteri yang taat setia akan suami.

Cahari olehmu akan kawan,

Pilih segala orang setiawan.

Saranan agar memilih kawan yang tahu erti setia kawan.


Disalin daripada Blog Cikgu Azemi


Isi dan Persoalan

1. Kepentingan mencari kawan yang baik dan setia.

2. Guru yang bijak dapat mengajar muridnya menilai perkara yang baik dan buruk.

3. Seorang isteri yang baik selalunya taat kepada suami.


Pengajaran

1. Kita haruslah bijak mencari kawan yang sanggup berkongsi ketika susah dan senang.

2. Kita perlulah mencari guru yng dapat membimbing kita menilai perkara yang baik dan yang buruk.

. Kita hendaklah mencari isteri yang patuh dan taat kepada suami.


Gaya Bahasa

1. Kata klasik - contohnya cahari.

2. Kata kiasan - contohnya ubat.

3. Pengulangan frasa - contohnya cahari olehmu.

4. Asonansi - contohnya pengualngan vokal a - cahari olehmu akan sahabat.

5. Aliterasi - contohnya pengulangan konsonan b - Yang boleh dijadikan ubat.


Seloka Emak Si Randang

MAKSUD:-

  • Emak Si Randang yang baik hati sanggup menanakkan nasi kepada orang dagang yang lalu di depan rumahnya. Kerana ketiadaan kayu api, dia telah merobohkan rumahnya untuk mendapatkan kayu api. Disebabkan nasi telah dijamu kepada orang lain, anak sendiri yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Apabila dagang itu pergi, dia kerugian ditambah pula kerana beras habis dan tanaman padi juga tidak menjadi.

TEMA:-

  • Sindiran kepada orang yang suka bertindak tanpa berfikir baik buruknya.

PERSOALAN:-

  1. Lebih mementing orang daripada diri sendiri.
  2. Menghulurkan bantuan sehingga membebankan diri.
  3. Bertindak tanpa menggunakan akal yang bijak.
Pengajaran:-

Pelbagai pengajaran yang dapat kita ambil daripada Seloka Emak Si Randang, antaranya:-

  • Kita mestilah mengukur kemampuan diri sebelum membantu orang lain.
  • Kita seharusnya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum memberikan bantuan kepada orang agar tidak akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.
  • Kita sepatutnya berbuat baik kepada orang tetapi biarlah berpada-pada.
  • Sebelum berfikir untuk membantu orang luar, kita mestilah dahulu membantu diri sendiri dan keluarga.
NILAI:-
  1. Berfikiran rasional
  2. Baik budi
  3. Bijaksana dalam tindakan
  4. Berhati-hati

GAYA BAHASA:-

  1. Sinkope / singkof > Beras habis padi tak jadi.
  2. Asonansi > Anak pulang kelaparan.
  3. Aliterasi > Dagang pergi awak terhutang.
  4. Anafora > Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan.
  5. Hiperbola > Tiada kayu rumah diruntuhkan.
Disalin daripada Blog Cikgu Azemi

Ahad, 17 Oktober 2010

Fokus SPM 2010 - Seloka Pak Kaduk (Belum Pernah Keluar dalam peperiksaan SPM)

Latihan Seloka SPM 1

(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

(i) Nyatakan sikap Pak Kaduk dalam seloka di atas.

[ 2 markah ]

  • seorang yang bodoh / dungu
  • suka mendengar kata orang
  • berangan-angan terhadap sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya
  • seorang yang suka berjudi / bersabung ayam

(ii) Jelaskan perlakuan-perlakuan negatif yang dilakukan oleh Pak Kaduk.

[3 markah]

  • suka berjudi / mempertaruhkan kampung halamannya menyebabkan kampungnya tergadai
  • membunuh isterinya
  • suka bertandang ke rumah orang
  • berlayar semasa angin tidak bertiup dan melabuhkan sauh ketika bayu berpuput
  • membuang nasi sedangkan Pak Kaduk kebuluran

(iii) Pada pendapat anda, apakah persoalan yang diperkatakan dalam seloka di atas?

[ 4 markah]

  • persoalan menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan
  • persoalan jangan bertindak zalim sesama manusia
  • persoalan jangan terlalu tamak / gelojoh
  • persoalan jangan bertindak terburu-buru
  • persoalan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah akan mendatan
  • persoalan jangan terlalu mudah mempercayai orang lain

Latihan Seloka SPM 2

(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

(i) Nyatakan maksud rangkai kata bayu berpuput?

[2 markah]

  • Maksud rangkai kata bayu berpuput ialah angin bertiup

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar apabila kematian angin?

[3 markah]

  • dia seorang yang pemalas lalu tidak mahu atau tidak pandai mendayung sampan dan hanya berharap kepada angin sahaja
  • dia tidak larat mendayung sampannya kerana kekurangan tenaga akibat kelaparan yang dialaminya
  • balasan Tuhan atas perbuatannya yang menzalimi diri, isteri dan orang lain

(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka ini.

[ 4 markah ]

  • kita hendaklah mengamalkan ajaran agama iaitu mematuhi larangan berjudi. Pak Kaduk yang suka berjudi telah kehilangan segala-galanya termasuk kampung halaman, rumah dan isteri
  • kita hendaklah rasional dalam sebarang tindakan yang diambil. Tindakan Pak Kaduk yang marah akan isteri lalu membunuhnya amatlah tidak dapat diterima akal
  • kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Tindakan Pak Kaduk yang membuang nasi merupakan suatu pembaziran dan kufur akan nikmat Tuhan.
  • Kita hendaklah mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Pak Kaduk yang jahil dalam bidang pelayaran telah menyusahkan diri sendiri

Latihan Seloka SPM 3

(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.

Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.

Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

(i) Pada pendapat anda, mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil sesuatu tindakan?

[3 markah]

  • kita tidak akan mengalami kesusahan / kesulitan
  • bersedia dengan segala keperluan
  • pekerjaan kita berjalan lancar / teratur / sistematik

(i) Pada pendapat anda, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya Pak Kaduk boleh berubah laku?

[ 3 markah ]

  • berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan
  • berhenti daripada berjudi
  • mensyukuri rezeki yang diberi oleh Tuhan
  • mempelajari ilmu pelayaran / ilmu alam / geografi
  • menghargai isteri
  • duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah
  • banyak beramal kepada Tuhan
  • mendalami ilmu dunia dan akhirat

(iii) Jelaskan unsur sindiran yang ingin disampaikan dalam seloka di atas.

[4 markah]

  • menyindir orang yang suka bertaruh dan berjudi. Pertaruhan melibatkan benda atau wang

terhadap ayam laga akan mengakibatkan diri, keluarga dan masyarakat mendapat susah menyindir orang yang suka menolak rezeki yang ada. Perbuatan mengharapkan sesuatu hasil yang belum tentu dapat diperoleh akhirnya merugikan diri sendiri (Sumber: Cikgu Razak)

Selasa, 5 Oktober 2010

Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di Kampung Teluk Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau bernama Ripin dan Mariam. Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya. Walaupun usianya telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya. Imam dan siak kurang menyenangi Tuk Wali. Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah dan bukannya berada di gelanggang silat. Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin. Ripin menolak penyerahan tersebut kerana berasa dia belum layak menerimanya. Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Piee telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan yang berakhir dengan keris itu mengenai perut Tuk Wali. Piee melarikan diri bersama-sama biola. Ripin datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah. Tuk Wali sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara satu sama lain. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang menikam suaminya.

Tema

Keazaman seorang guru silat dalam mempertahan dan memperjuangkan nilai atau khazanah bangsa.

Persoalan

1. Perbezaan pandangan antara golongan tua. Tuk Wali merasakan dia masih layak untuk mengajar silat sementara imam dan siak menasihatinya supaya ke masjid.


2. Kekecewaan keran tidak lagi dihiraukan oleh masyarakat. Kehebatan Tuk Wali
tidak lagi disanjung tinggi kerana dia sudah tua.

3. Sikap merendah diri dan menghormati guru. Ripin tidak sanggup mengambil alih tugas sebagai guru silat kerana masih menghormati gurunya yang masih ada dan berkemampuan mengajar.

4. Perasaan demdam yang membawa kepada permusuhan. Siak bertarung dengan Tuk Wali kerana cucunya ditampar , selain masih berdendam kerana isteri Tuk Wali, Mak Umi dahulunya adalah bekas tunangan beliau.

5. Penglibatan dengan dadah meyebabkan kehidupan musnah. Piee seorang yang handal bersilat tetapi akhirnya menjadi pencuri dan tergamak menikam Tuk Wali.


Ahad, 3 Oktober 2010

Latar: Azfa Hanani

Latar Tempat
1. Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya ‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar.
2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz.
3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani.
6. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan.
7. Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun.
8. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.
9. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa Hanani.

Latar Masa
1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari.
2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam. Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu petang pula adalah ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani yang ke-17. Latar malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.
4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
6. Masyarakat yang berpegang kepada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Disalin daripada Blog cikguroosezah.blogspot.com

Azfa Hanani: Tema dan Persoalan

TEMA

Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

PERSOALAN

1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan

a.
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagimenggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b.
Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga dikampung.
c.
Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

2. Berani mengambil risiko

a.
Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan
dan kawan-kawan yang baharu.

3. Kegigihan dan tidak putus asa dalam menjalani kehidupan seharian

a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b.
Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih
bersikap optimis dan tidak berputus asa.

4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat

a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana
tamakkan harta.
b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana
Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c. Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

5. Berpegang kepada janji
a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada
Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
c. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang
lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan
mereka.

disalin daripada Blog cikguroosezah.blogspot.com