Selasa, 4 Mei 2010
PANTUN EMPAT KERAT (BUDI )
PANTUN EMPAT KERAT
(BUDI )
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Dewan Bahasa dan Pustaka
1. Makna kata
Punggur = dahan kayu yang mati
Resam = kebiasaan hidup
2. Maksud
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut
Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain walaupun telah menabur bakti
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal dunia sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.
Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati sampai bila-bila
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka
Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila
3.TEMA
KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI DALAM MASYARAKAT
- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.
4. PERSOALAN
i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan
ii. Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia
iii. Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang
iv. Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas sampai bila-bila pun
5. NILAI
i. Berbudi bahasa – berbudi walaupun kecil
ii. Mengenang budi – orang berjasa sentiasa dihargai
iii. Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi
6. PENGAJARAN
i. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat
ii. Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil
iii. Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita
iv. Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.
Dipetik daripada bahasa melayu tingkatan 4 dan 5 (http://cikgumarjana.blogspot.com)
Sabor
Sabor dibawa oleh saudaranya, Jibor ke rumahnya dan diperkenalkan kepada isterinya, Siti Saidah. Setelah beberapa hari di rumah Jibor, Siti Saidah terlalu berahi melihat Sabor. Siti Saidah juga pernah bermukah dengan jauhari, tetapi perbuatanya itu tidak diketahui oleh suaminya. Setelah dua puluh hari Sabor di rumahnya, cinta dan berahi Siti Saidah kepada sabor semakin berkobar-kobar. Pada suatu malam, Jibor memakan majun lalu tidur dengan nyenyaknya. Siti Saidah mengambil kesempatan ini untuk menggoda Sabor. Apabila Sabor terasa ada seseorang yang memeluk dan menciumnya, dia terjaga daripada tidurnya. Dia terkejut lalu memarahi Siti Saidah kerana menduakan suaminya. Sabor menyuruh Siti Saidah ingat akan Allah dan Rasulullah.
Siti Saidah memberitahu Sabor bahawa dia sangat cinta dan berahi akan serta meminta Sabor memenuhi hajatnya. Apabila mendengar kata-kata Siti Saidah, Sabor hampir tergoda, tetapi Sabor teringat akan pesanan Raja Damsyik. Sabor juga teringat akan firman Allah yang bermaksud “Hai segala kamu yang percaya akan Allah Subhanahu wataala, jangan kamu berbuat zina bahawasanya itu terlebih keji lagi jahat perbuatan”. Sabor bertambah takut dan bersyukur kerana Allah telah melindunginya daripada melakukan zina.
Sabor kemudian marah kepada Siti Saidah dan menasihatinya supaya takut kepada Allah dan malu kepada Rasulullah. Siti Saidah masih merayu dan mencumbui Sabor, tetapi Sabor tidak melayan kehendaknya. Justeru Siti Saidah mengancam akan membunuhnya. Siti Saidah sangat marah dan mendapatkan suaminya.
Dipetik daripada KELAS 5 AGAMA 1 2005 SMK TUN PERAK (http://fivereligionone05.blogspot.com)
Soalan Latihan
1. Siapakah Siti Saidah ?
* Isteri Jibor
* Isteri yang tidak setia/curang(bermukah dengan jauhari)
* Tidak beriman/penzina
* Suka menabur fitnah
* Pendendam
* Berahi akan Sabor
2. Jelaskan sebab Sabor dapat menghindarkan diri daripada pujukan Siti Saidah?
* Teringat akan pesanan Raja Damsyik tentang dosa berzina/supaya menjauhi zina
* Takut akan balasan Tuhan apabila melakukan perbuatan terkutuk (zina)
* Tidak mahu mengkhianati saudaranya Jibor
3. Sekiranya adan adalah Sabor, apakah tindakan yang akan anda ambil terhadap Siti Saidah?
* Memberitahu Jobor akan kecurangan Siti Saidah
* Membawa Siti Saidah ke muka pengadilan supaya dijatuhkan hukuman yang sewajarnya
* Mengajak Siti Saidah mendalami ajaran agama
* Menasihati Siti Saidah supaya bertaubat/insaf akan kesalahannya
4. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Jibor apabila mendengar aduan Siti Saidah?
* menyiasat hal itu dengan teliti sebelum mengambil tindakan
* Bertanyakan hal yang sebenar daripada Sabor untuk mendapatkan kepastian
* Membawa perkara tersebut ke muka pengadilan (mahkamah)
Dipetik daripada KOMSAS SPM (http://komsasspm.blogspot.com)
Isnin, 3 Mei 2010
Cerpen Ibu dan Ceper
"Ibu dan Ceper"
(Antologi Harga Remaja)
Tingkatan 4
Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat. Penulis membandingkan kekuatan Sungai Ceper dengan kegigihan ibunya. Sungai Ceper masih belum tercemar dan berfungsi untuk mengairi sawah padi. kepelbagaian fungsi sungai tersebut diumpamakan oleh penulis seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah bagi menyara keluarganya.Ibu merupakan merupakan seorang wanita yang rajin. selain bersawah, dia juga menetak mengkuang bagi menampung kelangsungan hidup keluarganya. Ibu aktif juga dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu kenduri kendara, menziarahi jiran sekiranya ada kematian.
Suaminya agak pemalas kerana amat kurang membantu menyara keluarga. Si ibulah yang berhempas pulas menggunakan tulang empat kerat untuk menguasahakan sawah. Si suami banyak menghabiskan masa dengan memenuhi hobinya iaitu memikat burung ketitir. Penulis menjelaskan bahawa Sungai Ceper memusnahkan padi tanaman ibunya. Penduduk di seluruh kampung menjadi papa kedana kerana padi mereka musnah sebagai akibat banjir. Selain banjir, kemarau turut mengancam penduduk kampung juga. Kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanaman padi mati. Ibu terpaksa mendapatkan bekalan air di perigi.
Penulis teringat akan kisah lampaunya. Penulis yang kini sudah beranak dan bercucu teringat akan kisah arwah ibu dan bapanya. Ibu tidak dapat bekerja mengusahakan sawah padi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu keluarga. Penulis teringat akan kisahnya menjaga ibu dan ayahnya yang sudah tua. Ketika menjaga ibunya yang sudah tua, kadang-kala terdapat kesalahan yang dilakukan yang mengores hati ibunya. Penulis amat menyesali kesilapannya.
Keadaan Sungai Ceper digambarkan semakian kotor kerana pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut. Air sungai semakin sedikit dan dasarnya semakin cetek sehingga menyebabkan sungai tersebut gagal berfungsi. Air sungai tersebut tidak mengalir lagi. Kekotoran di sungai tersebut amat menjijikkan.
Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Walau bagaimanapun, keriangan mengusahakan sawah padi berbeza daripada zaman sebelumnya. Hal yang demikian kerana sungai tersebut tidak mampu lagi mengairi sawah seperti yang digambarkan ketika zaman ayah dan ibunya masih muda. Mengikut pengamatan penulis, kematian ibunya sama keadaan seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.
Dipetik daripada LemBaraN PeNDiDik (http://norliza86usm.blogspot.com)
Kepentingan tonggak keluarga yang gigih dan bersemangat yang sama pentingnya dengan sungai yang menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.
PERSOALAN
- Kepentingan air kepada kehidupan manusia
- Hubungan simbiosis antara manusia dan alam sekitar
- Kegigihan dan kesabaran
- Sifat tidak bertanggungjawab manusia
- Peranan wanita
- Kasih sayang
- Kasih sayang
- Sayang akan alam sekitar
- Berdikari
- Kecekalan
- Kesyukuran
- Bermasyarakat
- Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya
- Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar
- Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga
- Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana
- Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah
Ahad, 9 Ogos 2009
Sajak "Pembeli Masa Sudah"
Terangkan tema dan persoalan sajak Pembeli Masa Sudah.
Tema sajak ini ialah cara penyair mencari bahan bagi karyanya daripada kehidupan manusia. Penyair mengambilnya daripada pengalaman silam orang lain dan juga diri sendiri lalu menyiarkannya untuk dibaca oleh mereka yang suka berfikir.
Salah satu persoalan sajak ini ialah betapa penyair pergi merata-rata dan menggunakan deria untuk menghayati kisah-kisah hidup manusia. Penyair hidup menyendiri dan jiwanya dibebani kisah-kisah itu.
Satu persoalan lagi ialah perihal cerewetnya penyair memilih bahan karyanya. Pemilihan teliti amat penting kerana akan menentukan mutu puisi dan ini mencerminkan mutu diri penyair.
Persoalan seterusnya ialah tentang proses mengolah bahan menjadi sajak, kemudian menyiarkannya. Puisi dihidangkan untuk pembaca yang gemar berfikir dan menimbang.
Persoalan akhir ialah bahawa penyair juga mengambil kisah pengalaman dirinya sendiri sebagai bahan karya. Semakin matang dan lanjut usianya, semakin berharga serta bererti pengalaman silamnya.
Nyatakan unsur-unsur bentuk dalam sajak Pembeli Masa Sudah.
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap. Rangkap pertama mempunyai sembilan baris, rangkap kedua lapan, dan rangkap ketiga sembilan. Bilangan suku kata sebaris tidak sekata. Contohnya, baris pertama dalam rangkap pertama mempunyai 13 suku kata manakala baris akhir dalam rangkap akhir hanya mempunyai enam suku kata.
Skema rima rangkap pertama ialah abacdccae; rangkap kedua, abccbada; dan rangkap ketiga, abcddefg. Nyatalah bahawa dari segi bilangan baris serangkap, bilangan suku kata sebaris dan skema rima, sajak ini bebas, tidak terikat dengan bentuk puisi tradisional.
Aliterasi ada digunakan, contohnya “Penyair ialah pengunjung pasar kisah”, dengan tiga perkataan mempunyai huruf awal “p”. Contoh asonansi ialah “yang kian memberat di pundakku” dengan empat vokal “a”. Terdapat juga ulangan kata di awal baris, iaitu anafora seperti dalam dua baris berikut:
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih
Disamping ulangan kata di awal baris, iaitu “dari”, terdapa juga ulangan kata di tengah baris, iaitu “ke”. Rima antara kata di tengah dan di hujung baris juga ada digunakan, iaitu “gelisah” dengan “payah” dan “sedih” dengan “perih”.
Dipetik daripada The Star Online (19/10/2003)
Jumaat, 22 Mei 2009
Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
Burung bayan telah bercerita kepada Bibi Zainab hingga menyebabkannya terlupa untuk berjumpa dengan kekasihnya. Burung bayan bercerita tentang seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak tinggal di dalam sebuah lubang kayu. Anak-anak bayan bersahabat dengan anak cerpelai. Ibu bayan marah dan mengatakan bahawa anak cerpelai tidak setia. Perbuatan anak-anak bayan itu disifatkan seperti cerita anak kera yang bersahabat dengan anak saudagar. Bapa bayan pun bercerita tentang anak kera yang beramain catur dengan anak saudagar. Akibat kalah dalam permainan itu anak kera menghamburkan buah catur kepada anak saudagar. Anak saudagar berasa malu dan menghunus pisau lalu terkena anak kera. Anak kera melontarkan pisau itu semula lalu terkena anak saudagar. Apabila melihat keadaan anaknya itu, bapa kera menasihati anaknya supaya jangan bermain dengan anak saudagar lagi. Anak kera engkar akan nasihat bapanya.
Apabila luka anak kera sudah sembuh, luka anak saudagar masih belum sembuh lagi. Menurut tabib, bagi menyembuhkan luka itu anak saudagar perlu memperoleh hati anak kera. Saudagar pun membunuh dan mengambil hati anak kera untuk mengubati anaknya. Menurut bayan, itulah balasan terhadap orang yang tidak menurut kata ibu bapanya.
Anak bayan terus bersahabat dengan anak cerpelai. Pada suatu hari seorang kanak-kanak telah menangkap anak cerpelai. Cepelai amat sedih lalu pergi berjumpa dengan serigala. Serigala menasihatinya dengan memberi jalan supaya kanak-kanak itu turut menangkap anak bayan. Kanak-kanak yang sudah tahu akan tempat tinggal anak bayan. Selepas itu kanak-kanak itu pergi ke tempat anak bayan tinggal pada waktu malam untuk menangkapnya. Kanak-kanak itu menutup lubang pokok dan datang semula keesokannya untuk menangkap bayan yang terperangkap dalam batang pokok. Malangnya, bayan membuat helah dengan berpura-pura mati. Semua bayan yang disangka mati oleh kanak-kanak itu dicampak ke tanah. Sebaik-baik tercampak ke tanah, bayan-bayan itu pun terbang untuk menyelamatkan diri kecuali bayan tua.
Kanak-kanak itu hendak mengambil bayan tua, tetapi bayan tua membuat helah lagi. Bayan tua mengatakan bahawa tidak kenyang jika dagingnya dimakan. Bayan tua mencadangkan dirinya dijual kepada raja kerana menurut tabib, penyakit sopak pada kaki dan tangan raja boleh diubati oleh bayan. Kanak-kanak it uterus membawa bayan ke istana raja. Bayan dijual dengan harga empat ribu dinar. Penyakit raja akhirnya sembuh. Setelah beberapa lama, bayan memohon izin untuk pulang bagi melihat bini dan anak-anaknya, lalu raja mengizinkannya.
Bayan menamatkan cerita “Anak Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya” itu kepada Siti (Bibi Zainab), isteri kepada saudagar Khojah Maimun yang sudah bersiap-siap hendak bertemu dengan kekasihnya. Ketika itu, hari sudah hampir siang. Apabila menjelang malam keesokan harinya, sambil memuji-muji kecantikan Siti, bayan menyambung ceritanya lagi. Siti pula mengatakan bahawa dia amat seronok mendengar cerita bayan. Bayan pun terus bercerita.
Dipetik daripada blog Cikgu Mohd Khir Kassim
Tema
Petikan hikayat berbingkai itu mengemukakan tema nasihat. Ibu bapa bayan telah memberi nasihat kepada anaknya supaya berhati-hati memilih kawan.
Persoalan
- Kepentingan memilih kawan. Bayan telah melarang anaknya supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai kerana cerpelai bersikap tidak setia.
- Dendam dan kezaliman. Ibu bapa cerpelai yang telah kehilangan anaknya mahu membalas dendam anaknya dengan bayan. Ia meminta serigala untuk membunuh anak-anak bayan.
- Kebijaksanaan menggunakan fikiran. Bayan tua bijak menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh seorang budak. Ia meminta budak itu menjualnya kepada seorang raja. Bayan tua mendakwa dia boleh mengubati penyakit raja tersebut.
Watak & Perwatakan
- BAYAN
Bayan merupakan tukang cerita yang berhati mulia kerana cuba menghalang perbuatan sumbang Bibi Zainab.
Bayan jugak bijak dalam melengah-lengahkan Bibi Zainab dengan bercerita sehingga Bibi Zainab terlupa akan janjinya dengan kekasihnya.
- Anak Bayan
- Bapa Bayan
- Anak Kera
- Bibi Zainab
- Bayan Tua
Latar
- Latar Tempat
- Di rumah Kojah Maimun- berlakunya peristiwa bayan bercerita dari satu kisah kepada kisah yang lain kepada Bibi Zainab sehingga melekakan Bibi Zainab.
- Sarang tempat tinggal bayan- peristiwa seorang kanak-kanak menutup lubang bayan. Budak itu berbuat demikian untuk menagkap bayan.
- Ketika hari sudah tinggi-peristiwa seorang budak datang ke sarang bayan untuk mengambilnya tetapi didapatinya anak-anak sudah mati.
- Malam- budak lelaki telah menutup sarang bayan. Peristiwa bayan bercerita kepada Bibi Zainab juga dilalukannya pada waktu malam.
3. Latar Masyarakat
- Masyarakat binatang yang boleh berkata-kata dan bertindak terdapatnya watak binatang seperti bayan dan juga cerpelai.
- Masyarakat golongan atasan-terdapatnya golongan masyarakat istana dan juga orang kaya seperti Kojah Maimun yang bekerja sebagai peniaga,
- Masyarakat bijaksana-kebijaksanaan bayan tua kerana melepaskan dirinya melalui helah-helah sehingga dijual kepada seorang raja.
Gaya Bahasa
- Diksi
'Hai raja besar yang berakal, sempurnya bicaranya, duli maha mulia,.... '
- Simile
(HALAMAN 27)
Nilai & Pengajaran
- Kebijaksanaan penting untuk menyelamatkan diri dari bahaya. ini telah menyelamatkan bayan tua daipada dibunuh oleh budak yang menangkapnya dan membolehkan bayan mengahalang pebuatan terkutuk yang hendak dilakukan Bibi Zainab.
- Tolong-menolong dan nasihat-menasihati ke arah kebaikan adalah dituntut demi kesejahteraan manusia. Aspek positif ini digunakan secara meluas oleh watak-watak dalam cerita ini demi kebaikan mereka. Bayan tua telah memberi pertolongan yang amat berharga kepada raja.
- Jauhilah kedegilan demi keselamatan diri. Inilah kelakuan yang telah menyebebkan kecelakaan menimpa anak kera.
- Sifat kejam akan hanya memusnahkan orang lain.
- Kepentingan adanya ilmu dalam diri. Secara tersirat, cerita ini menyeru kita menjadi manusia beilmu untuk mengharungi hidup yang pancaroba.