Ahad, 5 April 2009

Novel Perlumbaan Kedua

A. Sinopsis

• Arnab Putih sedang menghambur, berlari-lari dan melompat di suatu tanah lapang yang ditumbuhi rumput untuk menguji ketangkasannya.
• Datang Sang Kancil mengingatkan semula peristiwa Perlumbaan Pertama pada 198 tahun yang lalu
• Arnab Putih berasa tercabar lalu mengambil leputusan untuk berlumba dengan Tuk Kura.
• Sang Kancil menyatakan hasrat Arnab Putih kepada Tuk Kura
• Perjumpaan binatang diadakan berdekatan Bukit Batu dengan diketuai oleh Sang Gajah
• Syarat-syarat perlumbaan ditetapkan iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit, dan perlumbaan itu merupakan perlumbaan terakhir.
• Sang Gajah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak diberi tempoh masa selama 2 bulan untuk bersedia.
• Bapa arnab melantik Sang Tedung untuk mengawasi gerak-geri Tuk Kura.
• Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih 10 ekor kura-kura muda untuk diberi latihan.
• Tuk Kura merancang strategi dengan memberi pelbagai jenis latihan di tebing sungai.
• Bapa arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Arnab Putih telah dipilih sebagai wakil.
• Sang Tedung menghasut dan memecah-belahkan suku-sakat kura-kura.
• Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya sendiri sehingga Tuk Kura menghilangkan diri.
• Berita kehilangan Tuk Kura tersebar luas di dalam hutan sehingga bapa arnab mendesak Tuk Kura untuk mengisytiharkan Arnab Putih sebagai pemenang.
• Walau bagaimanapun, Tuk Kura muncul pada hari perlumbaan. Perlumbaan diteruskan.
• Tuk Kura melambungkan dirinya dari puncak bukit sehingga berjaya memenangi perlumbaan kedua.


B. Tema

Isi : Kebijaksaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu perlumbaan.
 Kebijaksaan Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan kebijaksanaannya melambungkan diri dari puncak bukit membantu Tuk Kura menewaskan Arnab Putih yang hanya bergantung kepada kepantasannya.

Huraian 1 : Kebijaksanaan membuat keputusan.
 Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan bijak melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi Perlumbaan Kedua.

Huraian 2 : Kebijaksaan mengatur strategi untuk menghadapi perlumbaan kedua.
 Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda. Kemudian, kesemua kura-kura tersebut dibawa ke tebing sungai untuk diberi pelbagai jenis latihan sebelum menghadapi hari perlumbaan.

Huraian 3 : Kebijaksanaan memerangi perlumbaan kedua.
 Sebelum hari perlumbaan, Tuk Kura menghilangkan diri sehingga pihak lawan (arnab) berasa begitu yakin sehingga gagal membuat persediaan. Kelebihan Tuk Kura itu telah memudahkan Tuk Kura memenangi perlumbaan kedua. Selain itu, tindakan mengejut Tuk Kura menggunakan cara melambung diri dari puncak bukit turut merupakan kebijaksaannya.


C. Persoalan

Isi 1 : Perjuangan untuk menebus maruah.

Huraian : Arnab Putih berasa tercabar dan malu apabila mendapati keturunannya pernah tewas kepada kura-kura suatu ketika dahulu. Maka Arnab Putih mengambil keputusan untuk menebus semula maruah dengan mengambil bahagian dalam perlumbaan kedua.

Isi 2 : Amalan tolong-menolong dan bekerjasama

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya untuk mendaki bukit dan kerjasama erat antara kura-kura muada sewaktu membuat latihan.

Isi : Kegigihan yang berterusan pasti akan membawa kejayaan.

Huraian : Tuk Kura gigih memberi latihan yang berterusan kepada kura-kura muda di tebing sungai dalam usaha memenangi perlumbaan kedua.


D. Nilai

Isi 1 : Kegigihan

Huraian : Tuk Kura gigih berusaha untuk memenangi perlumbaan kedua dengan mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk dilatih di tebing sungai. Tuk Kura memberi pelbagai jenis latihan kepada 10 ekor kura-kura muda.
Isi 2 : Kebijaksanaan

Huraian : Kebijaksanaan Tuk Kura terbukti apabila Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan. Selain itu, tindakan Tuk Kura melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan turut menggambarkan kebijaksanaannya.

Isi 3 : Tolong-menolong

Huraian : Sang Gajah telah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki bukit hingga ke puncak. Malah, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.


E. Pengajaran

Isi 1 : Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

Huraian : Tuk Kura bijak melantunkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan kedua.

Isi : Kita hendaklah hidup tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain supaya sesuatu kerja yang susah dan berat menjadi senang atau mudah.

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki puncak bukit. Manakala, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.

Isi 3 : Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Huraian : Tuk Kura gigih mengumpul suku-sakatnya dan gigih memilih sepuluh ekor kura-kura untuk diberi latihan. Tuk Kura gigh mengatur pelbagai jenis latihan kepada sepuluh ekor kura-kura muda di tebing sungai.


F. Latar Tempat

Tempat : Tanah lapang

Peristiwa : Arnab Putih sedang berlari-lari menguji ketangkasannya di tempat ini. Di sinilah Sang Kancil mengingatkan semula Arnab Putih kisah kekalahan nenek moyangnya di tangan kura-kura 198 tahun lalu. Di kawasan ini jugalah, Sang Kancil mencabar Arnab Putih untuk berlumba dengan Tuk Kura.

Tempat : Bukit Batu

Peristiwa : Di lereng bukit inilah berlangsung perlumbaan kedua dan di sini juga Tuk Kura melambungkan dirinya untuk memenangi perlumbaan kedua.

Tempat : Tebing sungai

Peristiwa : Di kawasan inilah, Tuk Kura melatih suku-sakatnya untuk menghadapi perlumbaan kedua. Di kawasan ini juga Sang Tedung menghasut sepuluh ekor kura-kura muda untuk menarik diri daripada latihan. Di sini juga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya.


G. Latar Masa

Isi 1 : 198 tahun

Huraian : Sang Kancil mengingatkan semula kekalahan keturunan arnab di tanga kura-kura kira-kira 198 tahun lalu.

Isi 2 : Tempoh masa dua bulan

Huraian : Sang Gajah yang bertindak sebagai hakim memberi tempoh masa dua bulan untuk Arnab Putih dan Tuk Kura membuat persedia. Tuk Kura memilih suku-sakatnya untuk diberi latihan di tebing sungai.

Isi 3 : Pada hari perlumbaan

Huraian : Semua binatang berkumpul. Tuk Kura muncul semula. Perlumbaan kedua diadakan dan dimenangi oleh Tuk Kura. Semua suku-sakat Tuk Kura meminta maaf daripada Tuk Kura.

Dipetik daripada Blog Pendidikan Kunci KeGemilangan (http://guruimpianku85.blogspot.com)

2 ulasan:

  1. salam..cikgu...gaya bahasa tak ada kew???

    BalasPadam
  2. salam..cikgu..saya nak ucapkan terima kasih kerana memberikan persoalan yang sedang saya cari :)

    BalasPadam