Sinopsis
Umum
Lili
seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung sebelah
ibunya pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Demi tidak melukakan hati seorang ibu, Lili
menurut walau pun batinnya melawan. Di sana beliau diserkap tanda tanya tentang hampir semua rumah di kampung itu dibina
dengan jendelanya menghadap jalan. Hal inilah
yang menjadi persoalan yang
bermain di minda Lili. Persoalan yang sering diajukan kepada datuk dan
deneknya, tetapi jawapan mereka sering ditangguhkan dan ini menambahkan
perasaan ingin tahu Lili. Di kampung, ada remaja yang menjadi
rakan Lili seperti, Danel dan Geetha
yang pernah ditemui sewaktu di dalam bas
ke Dungun. Di Kampung Sentosa ini ada juga remaja yang menjadi watak antagonis
seperti Rafik dan Haziq.Watak remaja nakal (pada awalnya dan berubah menjadi
baik pada akhirnya) yang sengaja diwujudkan sebagai memberitahu kepada para
pembaca remaja sekalian yang sekali jahat bukan selama-lamanya akan jahat.
Watak mereka juga sebagai motivasi bagi para remaja bahawa masih belum
terlambat untuk berbuat baik dan bertaubat.Lili menetap di kampung bersama
dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan.
Duduk
di kampung, Lili dapat berasakan bahawa penduduknya agak pelik.Datuk sangat
berpegang kepada adat tradisional di samping watak remaja iaitu Danel yang
dihadirkan sama sebagai 'penentang' kepada perubatan tradisional datuk.Mereka
saling mengemukakan hujah-hujah untuk memenangkan diri masing-masing.Si datuk
tetap menolak kehidupan moden dengan berpendapat bahawa kehidupan moden bakal
memusnahkan perkara yang diwarisi turun -temurun.
Danel pula dengan tidak menghukum adat tradisional kesemuanya, berpendapat segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia dan menjadikannya lebih senang untuk dikendalikan. Akan tetapi apabila berlakunya kes penculikan terhadap Lili perwatakannya berubah.Penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah, ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan. Lili cuba menyelami permasalahan yang berlaku dalam keluarga Che Jah. Rafik dan Haziq terlibat dalam gejala sosial disebabkan oleh bapanya, Seman yang bersikap panas baran, pemabuk ,kaki judi dan tidak bertanggungjawab. Lili meminta pendapat Kak Mimah seorang daripada pesakit datuk mengenai kes keganasan rumah tangga. Hal ini kerana Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat,Bahagian Warga Tua dan Keluarga.Kak Mimah berjanji akan cuba membantu menyelesaikan kes keluarga Che Jah. Akhirnya,kes keluarga Che Jah berjaya diselesaikan dengan kerjasama Kak Mimah.
Penduduk
kampung menyalahkan datuk yang dituduh cuba melindungi Che Jah kerana datuk
pernah memberikan pekerjaan kepada suami Che Jah. Datuk juga dipersalahkan
kerana tidak melaporkan kes penculikan Lili.Selain itu,datuk juga dituduh
pengkhianat bangsa kerana datuk dikatakan bersubahat dengan Pak Cik William dan
abang Danel ,Sugi yang ingin membeli tanah milik penduduk kampung untuk
dimajukan menjadi kawasan perumahan.
Ibu
berasa pelik kerana Lili tidak merungut tentang hari-hari yang telah dilalui di
kampung datuk dan nenek.Lili berasa pengalaman yang diperoleh sepanjang dia
berada di kampung amat bermakna.Lili,Geetha dan Danel menyaksikan matahari
terbit di jeti nelayan. Mereka berjanji akan terus berhubung melalui surat
,telefon dan e-mel. Datuk,Haji Abdul Rahman bercerita mengenai sejarah jendela
yang menghadap jalan tetapi cerita tersebut tidak terperinci dan beliau
berjanji untuk bercerita lagi Lili apabila Lili pulang ke kampung nanti . Datuk
memulakan ceritanya sewaktu zaman
penjajahan tentera Inggeris. Kisah hidup datuk dan nenek
Lili penuh dengan penderitaan namun sejarah hidup mereka belum habis
diceritakan kepada Lili begitu juga tentang jendela menghadap jalan.
Pada
pengakhiran cerita ini, Danel dan Lili saling berhubungan antara satu sama lain
dan bercerita tentang diri masing-masing. Mereka juga turut bercerita tentang
Che Jah yang telah mendapat pembelaan yang sewajarnya manakala Rafik dan Haziq
telah berubah menjadi baik. Mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon
persendirian. Lili tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa kerana mahu
mengutip cerita datuk tentang jendela menghadap jalan dan cerita nenek tentang
sejarah hidupnya bersama-sama datuk hingga ke saat ini.
Terima kasih cikgu. Sinopsis ni banyak membantu saya .
BalasPadamTerima kasih cikgu. Sinopsis ni banyak membantu saya .
BalasPadambaik
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBoleh bagi sinopsis keseluruhan tak?
BalasPadamTerima kasih cikgu .... membantu saya dlm memahami lagi cerita nii
BalasPadam