Isnin, 9 Mac 2009

Gaya Bahasa

1. Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan melalui kerya mereka.

2. Berikut diberikan bebrapa istilah-istilah gaya bahasa yang perlu difahami oleh pelajar:

a. Diksi

i. Bermaksud pemilihan kata

ii. Penulis akan menggunakan dan memilih kata-kata yang sesuai dengan tema dan persoalan, latar, watak dan mesej yang ada dalam karya mereka

b. Ayat

i. Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karyanya

ii. Ayat yang digunakan sama ada ayat panjang atau ayat pendek mengikut kesesuaian karya yang diolahnya

c. Personafikasi

i. Dikenali juga perorangan yang bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda-benda lain

ii. Sifat manusia itu meliputi perwatakan, perasaan, tindak-tanduk dan perlakuan

iii. Antara contoh-contoh personafokasi yang pernah digunakan ialah daun nyuir melambai-lambai dan rumput menari-nari ditiup angin

d. Simile

i. Perbandingan setara yang digunakan oleh penulis bagai menyatakan sesuatu perkara.

ii. Kata-kata yang biasa digunakan seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.

iii. Contoh penggunaan simile: seperti anjing dengan kucing, kurus macam lidi dan bagai aur dengan tebing

e. Metafora

i. Perbandingan setara secara terus atau langsung yang digunakan oleh penulis

ii. Contoh penggunaan metafora: samudera hampa dan lautan fikiran

f. Hiperbola

i. Merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan oleh penulis untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud sebenar

ii. Contoh penggunaan hiperbola: lautan api sanggup kurenangi

g. Sinkope

i. Bermaksud penyingkatan kata

ii. Contoh penggunaan sinkope: "Apa dah jadi ni?"

h. Rima

i. Bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi

ii. Terdapat rima awal, rima dalam dan rima akhir

iii. Perhatikan rima pantun berikut:

Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah di saun kayu.

i. Asonansi

i. Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi vokal u dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

j. Aliterasi

i. Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi

ii. Contohnya pengulangan bunyi konsonan k dalam baris 'Tikar pucuk tikar mengkuang'

k. Perlambangan

i. Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau makna yang lebih mendalam,

ii. Contohnya bunga melambangkan perempuan, senja melambangkan usia yang telah tua dan pagi melambangkan usia muda

3 ulasan:

  1. terima kasih..info ini berjaya meningkatkan pemahaman saya berkenaan gaya bahasa.

    BalasPadam
  2. adakah protaganis serta antoganis dikira sebagai gaya bahasa?

    BalasPadam
  3. terima kasih..penerangan yang jelas dan mudah difahami.

    BalasPadam