Isnin, 9 Mac 2009

Plot

1. Plot ialah susunan cerita atau peristiwa dalam sesuatu cereka.

2. Plot mungkin disusun secara kronologi atau tidak.

3. Dalam plot terdapat binaan plot dan teknik plot.

Binaan Plot

1. Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.

2. Pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan konflik yang wujud, sama ada dalam diri watak, antara watak-watak dan watak dengan persekitarannya.

3. Dalambahagian pertengahan, konflik cerita semakin rumit sehingga mencapai puncak cerita atau klimaks.

4. Pada peringkat klimaks, penyelesaian konflik akan berlaku dan bahagian cerita kan menuju kepada pengakhiran atau peleraian.

Teknik Plot

1. Teknik plot ialah cara penulis mengembangkan plot ceritanya agar menarik perhatian pembaca.

2. Teknik plot yang digunakan termasuklah:

a. Imbas kembali

i. Imbas kembali ialah mengenang kembali peristiwa yang pernah dialami oleh watak.

ii. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui khayalan, dialog, monolog atau monolog oleh watak.

iii. Penulis juga boleh mengimbas kembali peristiwa melalui pemerian yang dilakukannya.

b. Imbas muka

i. Melalui imbas muka, pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada tindakan dan aksi watak dalam cerita itu.

ii. Imbas muka dapat memberi gambaran kepada pembaca terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

c. Saspens

i. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

d. Konflik

i. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

ii. Konflik boleh berlaku secara dalaman dan luaran.

iii. Konflik dalaman merupakan konflik dalam diri watak.

iv. Konflik luaran merupakan konflik antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan persekitarannya.

v. Konflik dapat digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.

e. Kejutan

i. Kejutan ialah perubahan dalam urutan cerita yang berlaku secara mengejut tanpa diduga oleh pembaca.

ii. Biasanya, kesan kejutan tidak sama dengan peristiwa yang dibayangkan oleh pembaca

f. Dialog

i. Dialog ialah pertuturan atau percakapan antara dua atau lebih watak.

ii. Melalui dialog antara watak-watak ini, biasanya akan tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema dan persolan dalam cereka tersebut.

g. Monolog

i. Monolog merupakan pengucapan watak secara bersendirian untuk menyampaikan fikiran atau meluahkan perasannya.

ii. Penyataan perasan dan fikiran ini mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah, rayuan dan sebagainya.

h. Monolog Dalaman

i. Monolog dalaman merupakan kata hati atau pengucapan batin oleh watak.

ii. Teknik ini digunakan penulis untuk menyatakan isi hati watak, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dapat dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan