Selasa, 7 April 2009

Cerpen Menatap Wajahnya

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iait6u Cikgu Balkis yang sudah lama terpisah. Alasan Cikgu Balkis bahawa suamimya melarangnya meneruskan hubungan dengan Muliati menyebabkan hatinya bertambah dukacita. Muliati berfikir mesti ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian.

Muliati seorang gadis yang cacat apabila terjatuh ke dalam gaung semasa ekspedisi di hutan. Beliau juga seorang anak yatim piatu dan tinggal bersama nenek. Cikgu Balkis banyak membantunya semasa di alam persekolahan dahulu. Muliati menganggap gurunya itu sebagai ibu keduanya. Dia amat rindu kepada gurunya itu.

Muliati berjaya memperoleh ijazah di sebuah universiti. Sebaik sahaja majlis konvokasyen tamat, Riani membawa sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengatakan Cikgu Kesayangannya itu akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.

CERPEN - MENATAP WAJAHNYA oleh Siti Hajar Mohd. Zaki

Watak dan perwatakan (FU)

  • Muliati
    • Pelajar aktif tetapi kemudiannya cacat dalam kemalangan.
    • Ibu bapa telah meninggal dunia.
    • Tinggal dengan nenek.
    • Gigih dan cekal hadapi cabaran.
    • Berjaya belajar hingga ke universiti.
    • Mengharap kasih berterusan daripada Cikgu Balkis tetapi terputus di tengah jalan.
  • Cikgu Balkis
    • Simpati terhadap penderitaan Muliati.
    • Ikhlas membantu Muliati semasa di sekolah.
    • Tabah hadapi dugaan hidup walaupun sakit ganjil.
Nilai (FS)
  • Kasih sayang.
  • Belas kasihan.
  • Kegigihan.
  • Sabar.
  • Ikhlas.
Pengajaran (FS)
  • Perlu tabah hadapi cabaran dan dugaan hidup.
  • Perlu menolong orang yang amat memerlukan bantuan.
  • Hendaklah menerima takdir.
  • Janganlah terlalu cemburu terhadap seseorang.
Sudut pandangan (FS)
  • Sudut pandangan orang pertama.

FU = Fokus Utama FS = Fokus Sampingan


Dipetik daripada www.bmspm.net



Sinopsis


Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iaitu Cikgu Balkis setelah lama berpisah. Cikgu Balkis enggan dan memberikan alasan bahawa suaminya melarang mereka meneruskan perhubungan. Muliati bertambah dukacita. Muliati menganggap ada sesuatu yang tidak kena sehingga menyebabkan Cikgu Balkis bertindak sedemikian. Sewaktu zaman persekolahannya dahulu, Muliati yang cacat dan yatim piatu sering dibantu dan diberikan perhatian oleh Cikgu Balkis. Ketika Muliati memperoleh ijazah di sebuah universiti, dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah sekali gus mengatakan bahawa beliau akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.


Tema


Pengorbanan ikhlas seorang guru terhadap pelajarnya – Cikgu Balkis membantu Muliati sehingga berjaya memperoleh ijazah.


Persoalan


- Kegigihan mencapai cita-cita untuk berjaya

- Sikap tidak mahu berterus terang kadang kala disalah anggap oleh orang lain

- Kecacatan tidak menghalang seseorang untuk mengecapi kejayaan


Watak dan Perwatakan


Muliati

- Anak yatim piatu

- Tinggal bersama nenek

- Seorang yang cacat

- Mengenang budi guru

- Penyayang

Cikgu Balkis

- Guru Muliati/ibu angkat Muliati

- Menghidap penyakit ganjil

- Penyayang/prihatin

- Suka menasihati

- Bersimpati


Latar


Latar Tempat

- Rumah nenek Mualiti

- Kampus universiti

- Sebuah sekolah menengah

Latar Masa

- 4 tahun bermula sejak Muliati masuk ke universiti hingga berjaya menggenggam ijazah

- Majlis Konvokesyen Muliati

Latar Masyarakat

- Masyarakat yang mementingkan pendidikan tinggi

- Masyarakat yang prihatin dan penyayang

- Masyarakat kampus/pelajar universiti


Nilai


- Kasih sayang – nenek Muliati amat sayang akan cucunya, Muliati dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya

- Kegigihan – Muliati yang cacat tetap gigih berusaha untuk berjaya

- Kesabaran – Muliati sabar serta tabah menerima takdir Tuhan dan tidak menurut perasaan sedihnya

- Belas kasihan – Riani, rakan Muliati sangat kasihan melihat keadaan Muliati dan sanggup memberikan pertolongan ketika menghadapi kesukaran di universiti.



Pengajaran


- Walaupun menghadapi banyak kekurangan tetapi kita mestilah gigih dan tidak mudah berputus asa

- Kita perlu mengingati jasa dan budi orang lain terhadap kita

- Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada golongan yang kurang bernasib baik

- Kita perlu berusaha gigih sekiranya ingin berjaya


Dipetik daripada Laman Bimbingan Bahasa Melayu SPM MSAB(EC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan