dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan
penyebat masuk ke dalam kandang.
Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai
makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk memburu kuda lain.
Dia lelaki punya kuasa
sekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.
Penjaga kuda diibarat
penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia
menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang berani menentang kekejaman dan menghalang
penindasan penguasa.
Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!
Tema
Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan.
Persoalan
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah
kandang kuda.
Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang
diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal
sesuatu kumpulan.
Persoalan penganiyaan terhadap haiwan-kehidupan kuda yang
sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.
Persoalan ketegasan dalam
memimpin.
Persoalan kepatuhan menurut perintah.
Persoalan keberanian menempuh
cabaran.
Bentuk
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4
rangkap
Rangkap 1 - 5 baris ayat
Rangkap 2 -5 baris ayat
Rangkap 3 - 11 baris ayat
Rangkap 4 - 8 baris ayat
3. Jumlah suku kata 8
hingga 12 suku kata.
4. Rima akhir setiap
rangkap
Rangkap 1 – abcdd
Rangkap 2 – abcab
Rangkap 3 – aabcccadecc
Rangkap 4 – abaabacd
Gaya Bahasa
Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan
Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :Dia
lelaki sang gembala kuda
Metafora
Contohnya :
cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola
Contohnya
rembatan angkuhnya memacu takut.
Nilai
keberanian
kesetiaan
harga diri
Pengajaran
1.
Kita hendaklah berani
menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
2.
Kita hendaklah setia dengan
pemerintah atau ketua.
3.
Kita hendaklah berjuang
demi kebenaran.
4.
Kita hendaklah memastikan
kebajikan orang bawahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan