Rangkap 1
Dengarkan
tuan suatu riwayat
Raja di desa
Negeri Kembayat
Dikarang
fakir dijadikan hikayat
Supaya
menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri
Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah
diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja
suatu negeri,
Sultan
halifah akas bestari,
Asalnya
baginda raja yang bahari,
Melimpah
ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan
yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada
peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit
kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang
empunya temasya,
Baginda
itulah raja perkasa,
Sangat
tiada merasai susah,
Entah pada
esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang
mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada
sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri sultan
raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa
bulan beberapa hari,
Hamillah
puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh
alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa
lamanya dalam kerajaan,
Baginda
duduk bersuka-sukaan,
Datanglah
beroleh kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan
aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari
istana.
Rangkap 6
Datanglah
kepada suatu masa,
Melayanglah
unggas dari angkasa,
Unggas gurda
sangat perkasa,
Menjadi
negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa
melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti
dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat
sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri
gundah-gelana,
Membawa diri
ke mana-mana.
Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar
biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan
kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera
tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Baginda pun
sedang dihadap orang,
Mendengar
gempar seperti perang,
Bertitah
baginda raja yang garang,
"Gempar
ini apakah kurang."
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil
menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di
medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas
tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang
sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah
kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk
bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan
sungai.
Persoalan
Persoalan perjalanan
yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
Bentuk
Terdiri daripada 8 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah
kata.
Semua baris adalah maksud.Rima akhir aaaa.
Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu riwayat (a)
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
Nilai
Nilai ketaatan
Rakyat Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
Nilai tanggungjawab
Raja negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
Nilai keperihatian seorang pemimpin
Seseorang perlu perihatain dengan kesusahan yang ditanggung
oleh orang lain.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Pengajaran
nggungjawab seorang pemimpin
Kasih sayang terhadap ahli keluarga
Keadilan dan kesaksamaan pemimpin
Bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.
Berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia .
Kasih sayang terhadap ahli keluarga
Keadilan dan kesaksamaan pemimpin
Bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.
Berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia .
Prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh
orang lain.
Terima kasih. Moga dimurahkan rezeki
BalasPadamterima kasi keran dapat membantu saya dalam mata pelajaran bm
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSangat membantu. Terima kasih kerana membuatnya. Saya suka rekaan blog ni.
BalasPadam