Pemerian
o
Penulis
menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
o
Penulis
menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana
tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat
persekolahan.
o
Penulis
menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah
tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga
yang mereka hadapi.
Dialog
o
Dialog
antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili
terhadap ilmu-ilmu agama.
o
Dialog
antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah
menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan
secara tradisional.
o
Dialog
penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat
dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
o
Dialog
antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat
dengan datuk.
Monolog
o
Datuk
bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di
kampung itu.
o
Lili
bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang
senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.
Imbas
Kembali
o
Datuk
mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal
kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya
kurang mengamalkan ilmu kegamaan.
Saspens
o
Pembaca
saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa
kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung
beranggapan yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan