membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawah gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan
langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
Kuselusiri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.
Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang
digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan
kemunculan pelangi.
Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur.
Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar
apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan
keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak
mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
Penyajak meluahkan
kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus
dipinggirkan oleh semua pihak.
Tema
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan
Persoalan
1. 1. Keindahan alam semula jadi
ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan
oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus
dan banjaran gunung.
2.
2. Kedaulatan bahasa Melayu
yang kian hilang
Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin
kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan.
3.
3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap
nasib bahasa Melayu
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu
berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan